ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Saturday, January 17, 2009

wajarkah?

aku dan diriku hanyalah manusia..
dicipta sebagai khalifah di bumi bertuah ini..
menerajui perjalanan kehidupan..
berbekalkan iman senipis kulit bawang..

namun wajarkah aku dan diriku dihukum..
kerana kesalahan mencuba..
dalam usaha menimba pengalaman..
sebagai ilmu di masa hadapan..

aku tak minta dipilih..
jauh sekali menawarkan diri..
namun aku akur menerima amanat..
amanat yang kukira landasan pengalaman buatku..

aku dan diriku sudah berusaha..
berusaha dan terus berusaha..
walaupun aku sedar sukar sekali untuk memuaskan hati sesiapa sahaja..
namun aku tetap pasrah..

aku telah lakukan yang terbaik..
terhabis kemampuan aku..
kekurangan yang kelihatan adalah pengalamanku..
namun itulah yang telah aku lakukan..
demi bebanan yang bernama amanat..

usahlah aku dihukum..
berilah aku peluang..
menebus kembali kelemahan..
demi sebuah pengalaman..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...