ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Tuesday, June 01, 2010

| isu Crocs - halal atau haram? |

Crocs, jenama alas kaki yang cukup terkenal.aku pun suka pakai Crocs.senang dipakai malahan selesa dan sesuai dengan apa jua keadaan walaupun dipakai ketika pergi kuliah. dan terbaru terbaik dari ladang, fresh panas dan hangat! kasut Crocs ada kalimah Allah. gila siap tukar profile pic kat facebook lak tu pastu wat kumpulan nak boikot Crocs dan kaitkannya dengan Israel. gila hebat dan hangat! aku pun terkejut melatah opocot opocot omak kau. mengelakkan salah faham, aku buat sedikit research dan jumpa mengenai isu ni kat blog joegrimjows.


logo Crocs yang Original.


logo Crocs yang dah dicetak rompak.

so sekarang meh cik adik meh cik abang makcik pakcik berkumpul dekat-dekat.mari kita selidik perbezaan antara logo-logo ini ya. siapa yang ada Crocs, sila tengok Crocs anda sekarang.siapa yang tiada, sila beli guna duit sendiri.eh.

1) mulut buaya dlm logo cetak rompak ternganga dan yang ori tak terbuka sangat.
2) anak mata buaya cetak rompak tengok atas padahal buaya ori tengok bawah.
3) buaya cetak rompak ada lubang hidung tapi yang ori mana ada lubang hidung.
4) buaya ori lebih comel tapi buaya cetak rompak nampak sangat ganas gila.

hah! kalau tak percaya jugak, teliti betul-betul logo Crocs kat laman web Crocs ya. jangan kita terlalu fanatik dengan khabar angin tanpa siasat dulu kebenarannya. zaman sekarang zaman teknologi, orang boleh semudah-mudahnya mengubah sesuatu logo untuk mewujudkan kacau-bilau. lagi satu, jangan duk sibuk cari benda yang sama dengan khalimah Allah hingga sanggup menyebarkan khabar angin yang belum tentu kesahihannya, baik kau tengok pakaian kau yang pakai tu tutup aurat ke tak. kalau tak tutup aurat, dah terang-terang melanggar perintah Allah, yang tu taknak lak kau prihatin kan. dan yang paling penting beli lah yang ori jangan sibuk cari yang cetak rompak.

notaHujungKaki : apa kata kita boikot hang tuah sbb huruf t tu macam lambang salib lak. kita ganti la dengan hang kuah ke, hang buah ke..amacam? haih~

sekadar pandangan dari sudut pandangan aku.segala salah dan silap aku dahulukan dengan ribuan ampun maaf. Wallahualam...

| Qunut Nazilah - semoga kemenangan milik kita |

"Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkanlah kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing kami keatas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami keatas mereka...Amin.."

notaHujungKaki : semoga titipan doa ini mampu menjadi semangat buat saudara Islam kita..insyaAllah.

| Ya Allah, Kau selamatkanlah bumi Palestin. |

selamat pagi.
okay aku mungkin sedikit terlambat atau tertinggal. KONVOI KEMANUSIAAN DISERANG. Ya Allah, betapa hebatnya ujian yang mereka hadapi, moga semuanya selamat dan mendapat perlindunganMu. aku mengikuti berita ini dengan senyap, membaca dan berkongsi dengan mereka yang sama-sama mengecam dan melahirkan rasa prihatin terhadap saudara-saudara Islam kita yang diserang.

Allahu Akbar!!
kejam rejim zionis ini.
Kau turunkanlah bala yang Maha Hebat terhadap kekejaman mereka.

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care. Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Allahuakbar! Kapal yang diserang adalah kapal Mavi Marmara yang membawa semua bantuan makanan, perubatan dan segala keperluan yang diperoleh dari LifeLine4Gaza (LL4G).

Walaupun terputus hubungan Freedom Flotilla, semoga titipan doa dan semangat dari kita tidak terputus demi memastikan mereka mendapat perlindungan Allah dan selamat menghadapi dugaan yang berat ini. Semoga usaha kita yang sedikit ini mampu memberi sinar buat mereka. Allahuakbar!!!!


notaHujungKaki : berdoa semoga Rejim Zionis hancur musnah dilaknat Allah. semoga mereka mendapat seteruk-teruk balasan. InsyaAllah.

*terima kasih kpd HAZIRAH dan ZARA atas info tersebut.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...