selamat pagi.
okay aku mungkin sedikit terlambat atau tertinggal. KONVOI KEMANUSIAAN DISERANG. Ya Allah, betapa hebatnya ujian yang mereka hadapi, moga semuanya selamat dan mendapat perlindunganMu. aku mengikuti berita ini dengan senyap, membaca dan berkongsi dengan mereka yang sama-sama mengecam dan melahirkan rasa prihatin terhadap saudara-saudara Islam kita yang diserang.
Allahu Akbar!!
kejam rejim zionis ini.
Kau turunkanlah bala yang Maha Hebat terhadap kekejaman mereka.
31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.
Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care. Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.
Allahuakbar! Kapal yang diserang adalah kapal Mavi Marmara yang membawa semua bantuan makanan, perubatan dan segala keperluan yang diperoleh dari LifeLine4Gaza (LL4G).
Walaupun terputus hubungan Freedom Flotilla, semoga titipan doa dan semangat dari kita tidak terputus demi memastikan mereka mendapat perlindungan Allah dan selamat menghadapi dugaan yang berat ini. Semoga usaha kita yang sedikit ini mampu memberi sinar buat mereka. Allahuakbar!!!!
notaHujungKaki : berdoa semoga Rejim Zionis hancur musnah dilaknat Allah. semoga mereka mendapat seteruk-teruk balasan. InsyaAllah.
*terima kasih kpd HAZIRAH dan ZARA atas info tersebut.
No comments:
Post a Comment