ada satu kisah, bukan dongengan bukan khayalan semata-mata.mungkin sekadar kisah lakaran hidup.oh.kisah si perfectionist atau bahasa kita si sempurna yang teramat sempurna cukup lengkap pakej.hoh.aku sangat kagum dengan orang-orang eh makhluk-makhluk camni yang sempurna kejadiannya dan pemikirannya serta cara hidupnya.kagum kagum kagum.kau kagum tak? kita kan tak sempurna tetiba kita ada kawan yang sangat sempurna siapa yang kagum memang kau manusia tak bersyukurlah.haha.
latifah (nama sebenar kot) adalah seorang yang sangat sempurna.tutur katanya, perlakuannya, pemikirannya dan perangainya.siapa yang kenal dengan latifah sangat mengangumi kematangannya kerana latifah sangat mengetahui hal-hal semasa dan info-info yang jarang-jarang orang tahu.bukan gosipan hangat juga bukan umpatan lahanat.latifah juga seringkali memperbetulkan apa saja kesalahan orang lain sebab sifatnya yang memang dilahirkan sempurna.oh hebat! lama-lama kelamaan latifah menjadi semakin annoying terutamanya bila rakan-rakannya mula menyedari bahawa sebenarnya die tak tahu apa-apa dan hanya berlagak tahu mengenai perkara tersebut.pembetulan yang sering dilakukannya menyasar dari info sebenar tapi demi menjaga hati, kawan-kawannya hanya mendiamkan diri kerana malas nak mengecilkan hati latifah.latifah adalah seorang perempuan yang mudah berkecil hati (bukanlah perfect sangat rupanya!).pantang kalau orang kutuk dia, tapi bila dia kutuk orang tak ada sembunyi-sembunyi dah direct terus ke muka orang tu.hoh.perangai ape ntah.sekarang barulah kawan-kawan dia sedar yang dia adalah NOTHING!!
itulah manusia.hidup hanya menyalahkan orang lain.tapi sebenarnya dialah yang paling tak betul.dan dengan muka tak bersalah mengutuk orang sesuka hati.yelah sebab dia hebat dan sempurna (dia rasa camtu, gila perasan!).beb, kita ni hidup bermasyarakat jangan la kau nak jadi sampah masyarakat busuk hina lak!
notaHujungKaki : bersyukur aku masih tahu menghormati sesama manusia.
No comments:
Post a Comment