aku bukanlah penglipurlara.
bijak memanipulasi cerita.
aku bukanlah sang putera.
bijak berkongsi rasa.
aku bukanlah biduanita.
bijak mempamerkan emosi semasa.
aku hanyalah pelita.
hanya mampu terangi gelita.
hanya ada bila dipuja.
akan pergi bila cahaya tiba.
notaHujungKaki : hujan turun.lebat.sejuk.seperti ingin penuhi keinginan bebola mata.
No comments:
Post a Comment