ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, June 02, 2010

| siapa kacak sila pergi main jauh-jauh |

selamat hari rabu semua..okay siapa setuju LELAKI KACAK BUKAN IDAMAN WANITA SEANTERO DUNIA sila angkat tangan ramai-ramai. oh aku sangat setuju sebab aku tak kacak dan peluang dijadikan idaman wanita semakin bertambah hahahaha gila kau aku seronok! motif? oh sebelum aku terlupa sesiapa yang terasa atau terperasan dirinya kacak sila jangan teruskan niat anda untuk membaca entri ini bimbang nanti membawa diri dengan hati luka lara meratap meraung bagai.hoho~

kebanyakan wanita mahukan pasangan mereka tidak berlaku curang dan tidak menjadi dambaan wanita lain kan.so kalau pasangannya kacak, tahap kebarangkalian berlaku kecurangan tu semakin bertambah.betol tak? betol betol betol.

boleh tak aku dilabel sebagai lelaki kacak?? hahahahahahaha

lelaki kacak kuat perasan. oh aku kurang pasti betul ke tidak,tepuk dada tanya selera kau sendiri nak makan apa petang ni ok? kadang-kadang lelaki kacak ni kalau jalan depan awek-awek cun, saja je angkat bahu dan mendada sikit nak nampak macho dengan harapan awek-awek tu tergamam terpesona merayu-rayu nak berkenalan kan kan kan.haha.

lelaki kacak memilih bulu. ops bukanlah aku maksudkan selak sehelai-helai pilih bulu yang halus mulus tulus lurus kan. kebiasaannya lelaki kacak mestilah nak couple ngan wanita yang cun melecun bergaya dan seksi tambah-tambah lak kalau kaya.cukup pakej.hoh!

lelaki kacak ikon kasanova. okay siapa ada Toyota Innova, ini tiada kaitan dengan entri ini.haha. lelaki kacak amat sinonim dengan lelaki kasanova.kalau kacak je mesti kasanova kalau kasanova je mesti kacak. malang la lelaki kalau kacak sebab sering dilabel as kasanova. eh tapi ada yang bangga bila dapat tittle kasanova tuh.gila kau glamer.haha.

lelaki kacak banyak alasan. wanita terkenal dengan bebelan manja dan potpetpotpet berdesing-desingnya. dan lelaki pula terkenal dengan 1001 alasannya. alasan dicipta bila mahu melepaskan diri dari masalah. semarah mana pon wanita tersebut, tapi bila lelaki kacak mengeluarkan alasan pasti wanita cair terlentuk mengantuk hancur terus. hah! betul ke tak? ini kelebihan lelaki kacak.hebat! aku memang tabik springlah! hoho~

notaHujungKaki : aku tak kacak.oh selamat!

1 comment:

RastaMat said...

Wan, ko rase aku kacak tak??
hahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...