ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Tuesday, June 01, 2010

| isu Crocs - halal atau haram? |

Crocs, jenama alas kaki yang cukup terkenal.aku pun suka pakai Crocs.senang dipakai malahan selesa dan sesuai dengan apa jua keadaan walaupun dipakai ketika pergi kuliah. dan terbaru terbaik dari ladang, fresh panas dan hangat! kasut Crocs ada kalimah Allah. gila siap tukar profile pic kat facebook lak tu pastu wat kumpulan nak boikot Crocs dan kaitkannya dengan Israel. gila hebat dan hangat! aku pun terkejut melatah opocot opocot omak kau. mengelakkan salah faham, aku buat sedikit research dan jumpa mengenai isu ni kat blog joegrimjows.


logo Crocs yang Original.


logo Crocs yang dah dicetak rompak.

so sekarang meh cik adik meh cik abang makcik pakcik berkumpul dekat-dekat.mari kita selidik perbezaan antara logo-logo ini ya. siapa yang ada Crocs, sila tengok Crocs anda sekarang.siapa yang tiada, sila beli guna duit sendiri.eh.

1) mulut buaya dlm logo cetak rompak ternganga dan yang ori tak terbuka sangat.
2) anak mata buaya cetak rompak tengok atas padahal buaya ori tengok bawah.
3) buaya cetak rompak ada lubang hidung tapi yang ori mana ada lubang hidung.
4) buaya ori lebih comel tapi buaya cetak rompak nampak sangat ganas gila.

hah! kalau tak percaya jugak, teliti betul-betul logo Crocs kat laman web Crocs ya. jangan kita terlalu fanatik dengan khabar angin tanpa siasat dulu kebenarannya. zaman sekarang zaman teknologi, orang boleh semudah-mudahnya mengubah sesuatu logo untuk mewujudkan kacau-bilau. lagi satu, jangan duk sibuk cari benda yang sama dengan khalimah Allah hingga sanggup menyebarkan khabar angin yang belum tentu kesahihannya, baik kau tengok pakaian kau yang pakai tu tutup aurat ke tak. kalau tak tutup aurat, dah terang-terang melanggar perintah Allah, yang tu taknak lak kau prihatin kan. dan yang paling penting beli lah yang ori jangan sibuk cari yang cetak rompak.

notaHujungKaki : apa kata kita boikot hang tuah sbb huruf t tu macam lambang salib lak. kita ganti la dengan hang kuah ke, hang buah ke..amacam? haih~

sekadar pandangan dari sudut pandangan aku.segala salah dan silap aku dahulukan dengan ribuan ampun maaf. Wallahualam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...