ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Sunday, January 03, 2010

.: Yes. i'm proud to be Malay :.

bila spiking jer..uih.ramai nih yg respek..
*wah hebat ah english ko.
*mak aih.dulu blajar oversea ker.
*caya ah! mcm mat saleh.

cuba kalo kuar ngn awek kota, then ckp melayu.
*eeiii..x hot la mamat nih.harap dressing je cool.
*mamat kampung ker?
*dulu english fail ker?

kalo kuar ke bandar-bandar besar, lepak kat restoran mahal-mahal tempat artis lepak. order lak guna bahasa melayu, terus pandang sengkek.pandang takder duit.hina.takder kelas..pakcik aku kat kampung bela lembu jer, berlambak-lambak duit dia.hantar anak belajar oversea pakai duit sendiri jer.tak pernah-pernah pon spiking.byk jer duitnyer.pakai minyak wangi Polo lagi g kandang lembu. artis tu pon pakai baju sponsor jer. sampai hujung bulan, pokai. tu yg ramai join MLM tuh. kelas ker?

kan senang kalo kite ckp bahasa melayu jer.bahasa ibunda dari kiter kecik lagi.bahasa dari berak kite mak yang basuh sampai la sekarang nih.gatal-gatal nak spiking tak tentu hala watper.lain la kalo mmg korang diwajibkan spiking, contohnyer dalam suasana formal atau tugas korang tuh.kalo spiking sebab sesaja nak tun juk macho..adui.hancuss la korang nie.kalo setakat spiking dengan grammar yang berterabur, pronounce hancur baik takyah!!

'awak punya dress up orang putih.fesyen tak mengalah tapi cakap bahasa melayu. tak macho la beb.tak ada style!' ceh!! kecik-kecik nyanyi lagu air pasang pagi kat tadika, nak tidur nyanyi lagu burung kakak tua lagi nak sembang pasal macho and style. lempang mau??

setakat nak mengorder air kosong kat kedai mamak tuh, tak yah la tergedik-gedik nak sebut 'sky juice satu'.bukan kene bayar pon air tuh.cait!

tengok jepun tuh.maju jer negara diorang walaupon diorang tak spiking-spiking bagai nih.kite lak terlebih-lebih.

tak salah mendalami bahasa asing especially english. tapi biarlah berpada-pada. kalo setakat duk kat celah-celah hutan batu dah berlagak nak spiking-spiking bagai nie, agak-agak ah.makcik aku duk kat kampung tuh tak mati pon kalo tak spiking.hidup jer.leh jer makan.

aku bukanlah pejuang bahasa. tapi kekadang timbul meluat bila bahasa melayu diperlekehkan.:)

'tak cool ah lepak club tapi cakap melayu. awek skirt pendek mana nak layan beb. jangankan pandang, jeling pon tidak.' cam bangsat!

.ridzwan razif.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...