"seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita itu terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak berasa sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari bengkak pada lidah wanita itu semakin membesar. Dengan rasa tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor itu menasihatkan wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita itu. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu. Kesimpulannya, terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya." - kisah benar yang diceritakan dalam berita CNN.
ayo.
ngeri pulak aku dengar.
muntah kuning campur coklat sekejap.
gila loya tekak aku.
nasib baiklah aku tak pernah jilat pelekat sampul surat tu.
eh.pelekat sampul duit raya camner lak ek?
eh.
kalian jangan jilat tau pelekat sampul surat tu.
geli.geli.geli.
weekkkkkkkkkkkssss.
oh.
muntah ingin keluar lagi.
[gila geli aku tengok menatang nih]
cotcetcotcet : geli.lipas? aku tengok pon dah geli.inikan pulak menetas dlm mulut.mau aku pose setahun kalo camtu.boleh?
No comments:
Post a Comment