ada satu isu..
ingin aku kongsikan bersama kalian..
mungkin isu terpencil barangkali..
atau mungkin bagi kalian ini isu remeh..
tidak mengapa..
terpulanglah pada pandangan kalian..
sebagai manusia yang normal sejujurnya aku senang dengan teguran yang dilafazkan dengan cara yang baik..nada yang baik..susunan ayat yang tidak menyakitkan hati..bukan jenis teguran yang boleh buat aku sentap, sakit hati, membara dada dan sekutu sekata dengannya..teguran yang baik mampu membuatkan kita tersenyum dan senang hati sekaligus membantu kita memperbaiki kecacatan yang sedia ada..
contoh :
P : kau ni macam perempuan jalang aku tengok.
Q : nape cakap cmtu?
P : tiap-tiap malam kau keluar ngan jantan.
Q : ......(diam)
letakkan diri kalian di tempat Q..apa perasaan kalian andai diterjah sebegitu? rasa ingin menangis kan? sentap..berapi.. rasanya pelbagai cara berhemah boleh digunapakai oleh P untuk menegur Q..Islam sendiri menggalakkan kita berdakwah dengan cara yang berhemah..mungkin bagi sesetengah orang, begitulah cara mereka berkomunikasi dengan kawan-kawan..
'alah, setakat kawan-kawan..takkan tu pun terasa hati kot..'
ok fine..kawan-kawan..tapi dalam soal menasihati dan tegur-menegur, apalah kiranya kita gunakan kaedah terbaik..lemah-lembut..sejuk je telinga bila dengar kan..kawan-kawan adalah medium terbaik untuk menegur kerana manusia seringkali berubah sebab kawan-kawan kan..so, apa kata gunakan cara menegur yang lebih lembut..boleh?
p/s : terima kasih yang menegur aku secara lemah lembut..dan terima kasih yang menegur aku dengan penuh penghinaan..jasa anda amat dihargai..jangan sampai aku balas hingga kalian terduduk sayu sepi..ok?
.ridzwan razif.
No comments:
Post a Comment