ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Monday, May 31, 2010

| hujan dalam praktikal.eh praktikal dalam hujan.eh? |

okay diluar sana sangat mendung semendung-mendungnya. gila kau gelap kat luar. mesti hujan lebat mencurah-curah pasni. gerenti lah.sejuk lor Shah Alam hari ni.best.best.best.kata orang kalau sejuk-sejuk ni mengawan tidor pon sodap.hikhik.adeyh!

eh bukan saya maksudkan hujan ini.


ya! hujan yang sungguh lebat ini.

hari ni 31 Mei 2010.akhir bulan Mei sudah.yeay maknanya dah sebulan kot aku praktikal nih.suka duka tawa senda bercampur menjadi satu.eh eh.belum masa perpisahan lagi la.saja nak bagitahu.dan yang paling bestnya, lebih kurang lagi 2 3 minggu lecturer datang nak observe.hah kau.mati la.website tak siap lagi nih.ayo~ okay sekarang aku dah terasa nikmat stress dan tertekan yang amat bila terkenangkan website yang masih belum siap dan blog yang macam anak-anak makan nestum. eh eh ada orang cakap leh wat website dalam satu malam. WTF!! menipu biarlah bertempat.adeyh.so sekarang camner? siapa yang mahu siapkan website aku nih?

aku lebih comel dari kartun ni.harap maklum..hoho

eh eh.sekarang aku sangat gembira berada di jabatan ni.dah dapat rasa macam sedang bekerja tak sedar diri betul padahal tengah praktikal.seronok lah! ada kawan yang gila-gila leh sakat. staf-staf yang kelakar memekak sepanjang masa.gila happening aku cakap kau.seronoknyer..*buat bunyi kanak-kanak..;p dan aku tersangat menyimpan impian untuk terus berada disini.huhu.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor.

notaHujungKaki : petir menyambar-nyambar..guruh berdentum-dentum.gila aku leh online dengan muka yang tak bersalah.oh apakah akibatnya?

| kita clash! |

fuh fuh.haih dah bersawang lak blog aku nih.sape ade vacuum? nak pinjam..ayo. baru bape ari aku tak hapdet blog nih. jap nak kira 1 2 3 owh ok dah 3 hari aku tak hapdet.patot lah macam gila meroyan kejap macam tak lengkap hidup nih.hoho~

okay topik di pagi yang indah ini. kebahagiaan dalam perpisahan. pernah dengar lagu Shahir af8? lagu tu sangat best dan masyuk giler dengan suara dia dan dia sangat kiut.hohohoho..motif?? eh eh bukan ini yang aku nak selatan utarakan. aku cuma mahu berbicara mengenai perpisahan yang membawa kebahagiaan. hah.jelas? dalam dunia ini aku berani bertaruh la takder sorang pon yang tak pernah menghadapi perpisahan. gila hebat kau kalo hidup aman damai aman sentosa. aku tabik spring lah..*wink3.

kadang-kadang perpisahan yang berlaku boleh membawa kepada kebahagiaan tak kisah la bahagia ngan bekas pasangan ataupun ngan orang lain.maknanya perpisahan bukanlah satu tapak untuk kita bersedih meratap meraung bagai kan.cuma kadang-kadang kita keliru dengan apa yang berlaku hingga mendorong kita membenci pasangan kita tu.pelik.aku pun selalu camtu.bila berpisah je mesti timbul perasaan sakit hati panas membara pastu menyumpah-nyumpah.apa yang aku dapat? hampeh.tapi aku kadang-kadang aku bersyukur dengan perpisahan yang berlaku sebab bila asyik bercintan cintun pastu bila nampak dia keluar ngan orang lain mesti rasa jeles marah sakit ati bagai padahal bukan laki bini pon.hoho~ gila.

so korang camner? korang rasa perpisahan ni buruk ke baik? semua takut bila sebut pasal berpisah. rilex la bro.berpisah bukanlah penamat segalanya.berfikiran positif la beb.berpisah untuk kebaikan.walaupun kita sudah berpisah, kita masih boleh jadi kawan kan.kawan baik dunia akhirat kerana kita pernah berkongsi hidup bersama walaupun dalam masa yang tersangat singkat.betul tak? okay? apa kata kalian?

notaHujungKaki : senyum seindah suria.:) jangan mendung lak pagi-pagi nih.hoho~

Thursday, May 27, 2010

| kisah di malam pengantin |

seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara seelah dipenjarakan selama 20 tahun. dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka. banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya dan terus bergegas ke bilik mandi.

sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya : "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan sex denganmu, jangan menolak jangan mengeluh. lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. orang ini merbahaya, jika marah dia pasti membunuh kita. jadi bertahanlah sayang, abg cintakan sayang.." sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "dia bukan mencium leherku. tapi dia berbisik ke telingaku. dia cakap dia ni homo dan katanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? saya jawab di bilik mandi. bertahanlah sayang. ayang cintakan abang juga."

notaHujungKaki : gelak guling-guling sampai pecah perut.hakhakhak.

Wednesday, May 26, 2010

| kita tanpa kita |

inikah berakhirnya. hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar dikaca. inikah maknanya cinta. datangnya berbunga-bunga sebelum dijamah pahitnya jelas terasa. ku renung kisah kita. perbalahan antara. erti bersama. airmata dan lelah buat kita berbalah. dendam terujud segala yang indah. hilang. hilang. jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita. sedalam-dalam kita mencari jawapan yang sama. mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan. namun ku percaya jika mata ditutup disitu ada cinta.

notaHujungKaki : eh sekadar satu titipan hening di pagi hari. motif? huhu


| sayang kau |

berhenti sebentar bagi memberi laluan kepada pesanan penaja.
eh eh.
o.O

aku sayang kau.walaupun aku mungkin tak pernah menunjukkan aku sayang kau, atau aku gagal untuk tunjukkan betapa aku sayang kau.tapi itulah hakikatnya.aku sayang kau.
terima kasih sebab ajar aku bagaimana untuk menyanyangi tapi kau gagal untuk mengajar aku untuk hilangkan sayang ni.ok aku sudah mula rindukan kau.betul.mula rindukan kau gila-gila.dush! lama tak jumpa dengan gula-gula kapas nih. 3 minggu kan?

ok.selesai pesanan penaja.

notaHujungKaki : sewel sebentar.oh minggu ni cuti umum hari Wesak.harap sangat dapat jumpa.harap sangat.

| nak copy? sorry yer..tak dapat dah! haha |

hahahahahaha..aku nak sangat gelak jahat-jahat.pastu senyum-senyum sorang diri.gila psiko kan.biar ah! ni aku nak kongsi satu info, err..maksud saya satu tutorial yang sangat bagus iaitu menghalang blogger-blogger yang melawat blog kau dari copy apa sahaja yang menjadi hasil karya kau.huhu..jom kita jadi kedekut haji bakhil alaf baru.jom jom jom.

mula-mula sign in kat korang punya blog dulu.jangan pulak kau sign in kat facebook or tagged or friendster, aku lempang laju-laju kang.ok lepas tu pergi kat layout > add page element > html/javascript pastu jangan segan silu copy paste code ini [klik sini]. pastu save..dan silalah view untuk lihat hasil eksperimen kau ye. berjaya? yeay..tepuk amai-amai solo. siapa yang tak berjaya, sila cuba lagi.eh eh.sila buat semula, kali ni dengan lebih teliti ya.

bila dah berjaya, korang try klik kanan kat blog korang, mesti keluar perkataan ni "function disabled"..hah, dah berjaya la tu. kalau nak tukar perkataan tu, korang tukar la "function disabled' tu ngan perkataan kesukaan korang dalam javascript tu ye.cuba try klik kanan kat blog aku, tengok perkataan yang aku guna..hohO~

padan muka kat sape-sape yang sesuki hati diorang nak copy hasil karya aku.hahaha. jahat tak gelak aku? jahat gila kan.hehe.

notaHujungKaki : nak sambung gelak jahat.boleh?

Monday, May 24, 2010

| facebook dan mukabuku tamu |

okay siapa ada facebook sila goyang-goyang punggung.ceh! pengaruh sin chan la nih. tipu sangat kalau belia remaja comel lote bagai nih tak der facebook kan.dah macam budaya lak, ber-facebook walau dimana sahaja.hohO~ sama la macam aku.aku ada facebook yang tiap-tiap hari aku bukak, tiap-tiap hari aku jenguk pastu tiap-tiap hari aku melalut dalam tu.seronok bila tengok kawan-kawan ajak mengarut komen-mengomen membebel kat dalam tu siap leh caci maki kutuk-kutuk kat dalam tu. bertambah dosa kau! hohO~ aku memang tersangat respeklah kat orang yang cipta facebook nih gila hebat kau.hebat hebat hebat.nak sainnnnn.


yang aku tak tahan dengan facebook nih, ada je status-status yang kelakar dan geli isi perut aku bila baca.tak kurang jugak status yang jiwang, yang memaki orang, yang sedih dan yang macam-macam ada.macam iklan astro.gila kau hebat tuh.kadang-kadang aku selalu naik status pelik-pelik saja nak cari publisiti lebih.hahahaha.gelak jahat penjenayah dikehendaki.ada jugak yang wat status aku nak makan lah, nak mandi lah, nak beromen bersenam lah dan macam-macam lagi lah yang kau nak buat dah rimas lak aku nak baca.kalau boleh tiap 5 minit sekali kau nak update status kan.oh tu kan facebook kau, lantaklah kan.

tapi kan kadang-kadang orang selalu misunderstand ngan sesuatu yang kita taip kat status tu.kita cakap lain, dia maksudkan lain.kita taip lain tapi dia baca lain.gila lah kau tak reti baca ke apa.tapi apakan daya, pemikiran manusia manalah sama kan.kalau sama, tak best lah hidup nih, tak leh nak gaduh-gaduh kan.hohO~ tu lah.kita tujukan status kat si Ali, si Mamat lak yang terasa.bila aku tuju untuk kau, kau wat tak tahu lak.hoh! menangis~

konklusinya, siapa ada jalan penyelesaian terbaik untuk menangani isu facebook ini? oh sangat skema soalan aku kan.jom tepuk dahi berirama.hohO~ entahlah, aku pun tak tahu nak buat apa.pandai-pandai korang lah nak hidupa aman damai aman sentosa kan.ada aku kesah.hahahahahahaha..eh aku nak update status kat facebooklah. 'blog updated'.huhu..ok x?

notaHujungKaki : facebook = mukabuku. apa kaitannya?

Saturday, May 22, 2010

| lepas ni lari la lagi - padan!! |

okay.gosip terhangat petang ini.eh eh.bukan.topik hangat-hangat taik ayam petang ini. remaja lari dari rumah. oh bukan lari-lari anak bermain kejar-kejar ngan adik mahupun lari setempat mahupun lari perlahan-lahan di taman bunga. harap maklum. eh lembap lah kau ni.hohO~

semakin menjadi-jadi perangai depa sekarang kan. kena tegur sikit, lari. kena marah sikit, lari. tertekan sikit, lari.lari lari lari.suh masuk pertandingan lari berganti-ganti tak nak lak kau.mengada kan! terbaru, remaja lari rumah dirogol kekasih [klik untuk berita lanjut]. hah kau! padan sangat.lari punya lari sampai terlari habis semua jantan yang nak kahwin ngan kau pasni.siapa nak jawab? syaitan bertepuk tampar kegembiraan.

aku cuma pelik.ramai anak gadis kita, err..maksud aku gadis-gadis kat Malaysia ni sibuk duk lari ikut kekasih hati konon-konon cinta sejati lah, pengorbanan cinta lah, i lap u u lap me lah.huh! pastu bila mula susah, pandai lak kau cari mak bapak kan. masa nak buat ada kau fikir mak bapak? mak bapak dah tak wujud kan masa tu.pelik pelik pelik.

tu la.kadang-kadang kita ni alpa.asik sangat dengan cinta kononnya cinta itu buta, cinta itu indah, cinta itu ah macam-macam lah. kita lupa sampai maruah sendiri tergadai.memanglah iman kita ni hanya setebal kulit bawang (maaf kalau tersalah, sila betulkan), tapi itu bukan alasan untuk kita belakangkan keluarga. kalau nak buat apa-apa tindakan tu, ingatlah mak bapak kat umah tu. jangan nak ikut telunjuk syaitan lahanat tu. sia-sia je kau hidup nanti. faham?

notaHujungKaki : juga peringatan untuk diri sendiri.sayang mak abah saya!

| awas entri 18sx - kanak-kanak dilarang masuk |

betul ke kata orang kalau kita wat entri lucah, trafik naik mendadak mentadak kebabom aku ckp kau. betul ke adeyh, kau ni memang otak biru-biru langit mendung betul lah! hohO. so hari ni aku nak try la taktik yang entah apa-apa ni untuk naikkan trafik aku.nanti boleh la aku pasang trafik light siap yang ada nombor lagi taw.eh?
ni aku nak kongsi lah dengan korang semua. sape-sape yang otak biru langit tu mesti dah x sabar-sabar kan.hohO~

kisah 1 :
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, die terus mengusap-ngusap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar..Aminah pun menjerit.."nek!!! lemang ni nak wat camner? da masak rasanya!!...'

kisah 2 :
Jamal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jemarinya terus menguli tanpa henti. Jamal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk tugasan sainsnya yang bertajuk 'bentuk mukabumi yang berbukit-bukau.'

kisah 3 :
Zamarul menghisap-hisap puting itu dengan berhati-hati dan perlahan-lahan, dia tidak mahu tergesa-gesa. sesekali lidahnya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu.."ceh! panas lagi..dah dekat satu jam aku rendam susu ni dlm air pon masih panas agi??" anaknya yang masih bayi meraung meminta susu.Zamarul semakin tension...

kisah 4 :
Idham menjerit-jerit sambil menhenyut badannya dengan rakus dan kasar.."come on baby!! let's make it!!" katanya berulang kali tanpa henti..kemuncaknya semakin tiba dan Idham dilihat semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu..dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu..

kisah 5 :
bahagian belakang kereta itu bergegar dab berhenjut-henjut. Aiman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu di dalam kegelapan itu..Aiman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari tetapi setelah lama mengintip, Aiman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukar tayar kereta mereka yang pancit itu.

hahahaha..amacam? sakit hati ke? rilek ah bro..hohO~ aku pun terkena tadi. oh aku bukan seorang yang berotak biru langit mendung nak hujan rintik-rintik..cuma ada kawan aku sent by email tadi.berlari-lari anak jugak lah aku nak baca ..tapi hampeh! siapa yang wat kisah-kisah sedih ni sumer? hahahahahaha..

jangan bimbang, jadikan ini satu landasan untuk menilai kenormalan anda..kalau anda terfikirkan apa-apa mengenai seks, maka anda adalah normal..tapi kalau langsung tak terlintas apa-apa yang berkaitan seks, u better check!

notaHujungKaki : gelak guling-guling sampai kembung perut bila baca email ni tadi.hakhak..nasib baik aku normal..oh!

Thursday, May 20, 2010

| al kisah ketam yang perfect |

pernah tengok tak ketam mengajar anak beranak dia cara berjalan yang betul?
pastu kat tangan dia ada rotan tebal 2 inci siap sedia nak pukul anak-anak dia kalau jalan senget tapi dia tak sedar dia jalan senget macam ketam mabuk minum todi pastu siap cirit-birit atas jalan. hah mampos la korang nak bayangkan.siapa yang mampu bayangkan dengan jayannya aku ucapkan tahniah berjuta-juta lemon.hohO~

itu ketam. macam mana pulak dengan manusia? mengajar orang tentang sesuatu tapi diri sendiri tidak tahu apa-apa sedangkan orang yang ditegur tu lebih mengetahui perkara tu. atau dalam bahasa yang mudah, 'aku lebih terer dari kau lah!'. huh.aku memang hangin je dengan orang-orang camni. nak tunjuk pandai tapi dia sendiri tak tahu. tak salah lah nak tegur tapi agak-agak la.kalau kau tak tahu, jangan nak tunjuk pandai pastu kau pulak yang nampak terlalu bodoh. kau paham? nampak kau terlalu bodoh! eh eh.maaf aku ter-emosi lak. kadang-kadang orang camni kalau ada orang yang tak puas hati dengan hasil kerja dia, dia akan salahkan orang lain kononnya dia dah buat habis baik dan perfect. tersangat perfect. yelah kau tersangat perfect kan! kagum aku. boleh masuk Book Of Record kn? cayalah kau!

aku cuma mintak satu je. boleh tak kalau kau jangan ingat aku ni bodoh sangat sampai aku tak tahu apa-apa pasal apa-apa je? tahulah kau tu PERFECT! tapi jangan lupa aku ni tak bodoh dan bukan senang kau nak perbodohkan aku.kau faham? eh kau tak faham? pelik..kau kan perfect. tak kan la ayat senang dan simple macam tu pon kau tak faham? lantaklah kau!

notaHujungKaki : ketam masak lemak sedap tau.

Wednesday, May 19, 2010

| Jelalah Blog versi 4.0 Ben Ashaari - aku ingin dijelaljah lagi ya! |

aaaa..Ben Ashaari..
aku minat kat dia nih.
eh eh eh.
bukan minat yg tu la..
adeyh!
dia dah banyak berjasa dlm menaikkan trafik blog aku.
huh cayalah tepuk amai-amai sambil isap susu cap teko.
hohO~

header blog beliau.


lepas tu aku kena bagitau pasal blog aku tak kira lah nama panjang ke, nama samaran ke, tarikh lahir blog ni ke apa-apa je lah janji panjang berjela-jela.lagi panjang lagi bagus katanya. dia yang kata lah bukan aku.

nama pemilik blog : ridzwan razif
nama panggilan : riez @ wan
nama blog : Diari Fanatik Ekspresi
pautan blog : riez1004.blogspot.com

hohoho..inilah blog saya.tempat saya mengarut dan mengurut meluahkan ketidakpuasan hati serta sebarang buah fikiran yang difikirkan sesuai utk dikongsi bersama. pergh skema gila ayat aku.sila tabik spring dan bangun penghormatan.eh eh.hah! orang kata blog saya ni macam blog adik2..err..maksudnya org gambarkan pemilik blog ini adalah jejaka yang lembut.oh apakah? segera aku hantukkan kepala kat lantai tanda protes.huh.

apa bezanya blog aku dan juga blog orang lain? hurm..aku pun tak dapat nak jawab soalan yang sangat mencabar minda aku nih.berkerut-kerut kemut dahi aku memikirkan jawapan sampai sudah aku buntu.tapi apa yang aku tahu aku wujudkan blog untuk bagi peluang kat diri aku sendiri tambah kenalan di dunia blogger, memperbaiki skill penulisan aku yang kadang-kadang merapu dan yang paling penting menceritakan serta berkongsi apa yang aku mahu kalian tahu. bukanlah aku nak kata aku syok sendiri, tapi cuma sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan.tak salah kan?

cuma sekarang aku sedikit terkilan, blog aku ni kurang pengunjungnya.entahlah, dah berpuluh-puluh bomoh aku jumpa tapi semuanya hampa. oh sila percaya aku sekadar menipu.hohO~ mungkin aku kurang mempromosikan blog aku nih. kan? tolonglah saya Ben Ashaari.

notaHujungKaki : sabar en ridzwan sabar!


| tentang aku kau dan dia |

selayaknya engkau tahu
betapa ku mencintaimu
kau tenangkanku dari mimpi burukku
selayaknya kau mengerti
betapa engkau ku kagumi
kau telah tinggal di dalam palung hati
betapa hancur hatiku
melihat engkau bersamanya
namun ku mencoba tuk tegar menghadapinya
jangan kau menangis lagi
tak sanggup aku melihatnya
sekarang kau pilih diriku atau dirinya
kau tuliskan cerita tentang engkau dan dia
yg membuat hatiku semakin terluka
sudah usai sudah cerita engkau dan aku
ku anggap sebagai bingkisan kalbu
ku tulis cerita tentang aku dan dia
sehingga membuatmu terluka
sudah usai sudah, jangan menangis lagi
kurasa sampailah di sini

notaHujungKaki : best lagu nih.sesuatu sgt!

Tuesday, May 18, 2010

| cintakah? |

aku masih mampu dan akan terus menyanyangimu.
tapi aku tidak lagi mampu mencintaimu.
setelah apa yang berlaku.
setelah di pihak dia sudah mula membenci aku.

notaHujungKaki : sayang kamu. betul aku sayang kamu.


Monday, May 17, 2010

| celaru.haru.biru.serabai. |

antara realiti dan fantasi.
mampukah segala perancangan jadi satu kenyataan.
oh tajuk entri sesuatu sangat kan.
layan~

sebenarnya...sebenarnya...sebenarnya..err..camner ek.
entah la pagi-pagi ni emosi celaru sikit. bila fikir pasal semua perancangan-perancangan yang pernah dirancang dengan 'dia' tetiba hancur berkecai entah celah bedah mana silapnya aku pn tak tahu. syukur sangat-sangat aku tak hilang dia. sakit tu tak siapa yang tahu macam dihiris-hiris pisau daging aku cakap kau. pedih. nasib baik la aku nih kuat harimau untuk hadapi semua nih. huh kalau tak mesti masuk Metro front page lelaki maut terjun bangunan 22 tingkat akibat kecewa. hah kau. tak ke glamer gila baban aku nanti. hohO~ eh eh. gila ke apa! layan je lah. well, kelmarin n semalam berlangsung Jom Heboh kat Putrajaya, bapak dekat gila dengan umah aku skrg nih cuma sekangkang anak kera baru lahir je weh. tapi tak g pon sebab takder geng dan 'dia' sangat sibuk. oh kesian. dulu masa Hot Air Ballon fiesta kat Putrajaya pon aku tak sempat nak jelajah sebab 'dia' pon sibuk masa tu. senang cerita 'dia' memang sibuklah sampaikan takder masa langsung untuk kami berjumpa walaupun dia ada datang ke Shah Alam atas urusan kerja. takperlah, aku faham 'dia' sibuk. eh eh macam dah lari berganti-ganti je topik nih. layan je lah~

eh eh aku mahu fokuslah!
rasa celaru haru biru hijau kuning kelabu taik kuda nih sila pergi jauh.
jangan kau berani kacau aku yg sedang fokus nih.
haih~
biarkan aku biasakan diri dengan keadaan 'baru' sekarang nih.
kata orang, nak ke tak nak ke kita kena terima gak.
betul betul betul.
oh terasa comel mcm upin ipin tetibe.
hohO~

notaHujungKaki : berperang dengan perasaan sendiri. sabar sabar sabar. jangan mudah melatah macam Mak Timah gigi jongang ya. eh eh.



| 16 Mei - SELAMAT HARI GURU!! |

SELAMAT HARI GURU
buat semua pendidik di Malaysia mahupun di luar Malaysia.
oh aku terlambat satu hari utk wish.
sorry beribu-ribu lemon ya.
kat umah takleh nak online sbb berukband x bayar agi lah.
hakhakhak.

berjuta-juta ribu trillion belas ratus aku ucapkan buat semua cikgu-cikgu yang dah bertungkus-lumus berpeluh-peluh mengajar dan mendidik aku jadi manusia yang berguna. oh aku masih lagi belajar dan terus belajar hingga jadi orang berjaya. insyaAllah. Amin. aku rindu sangat-sangat kat cikgu aku masa zaman sekolah dulu-dulu. alah, masa zaman aku kecik-kecik dulu. hahahaha.


well. selamat hari guru khas buat pengajar-pengajar kat tempat-tempat berikut.
* Pusat Asuhan Taman Islam, Kemaman.
* Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman.
*Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, Kemaman.
* Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
* Universiti Putra Malaysia, Serdang.

dan juga buat cikgu-cikgi yang pernah mengajar aku tak kira la kat mana-mana pon.
kalian adalah satu anugerah berharga.
hoho~
sayang cikgu semua!!

notaHujungKaki : agak-agak korang ada tak hari sambutan pengaturcara komputer.hikhik

Friday, May 14, 2010

| award lagi..creative blogger ok! |

lagi-lagi award.
lagi-lagi anugerah.
lagi-lagi kena naik pentas jalan catwalk pastu bg ucapan.
hohO~
bapak gila perasan mamat sorang nih.
eh ade aku kesah?
layan~
buat-buat muka riak sambil berdiri atas pentas dan berposing ala-ala next top American model.
sila tadah baldi sekarang aku mahu muntah hijau.

Ben Ashaari cakap.
siapa yang tak tahu malu sila ambik award nih.
eh eh.tu aku yg cakap.
Ben Ashaari suh ambik award nih.
pastu paste kat blog.
so aku yg mmg gilakan award nih dengan segera ala-ala mi segera goreng berempah terus ambik award nih tanpa rasa bersalah walau sebesar zarah sekalipun.hohO~

syarat-syarat siapa yg ambik award nih kene wat sume nih ah.
1) copy and paste kat blog kau.
2) buat 1 entry pasal award nih.
3) ucap terima kasih n letak link pemberi award.
4) senaraikan 5 blogger utk kau bagi award nih.
5) bagitahu kat pemilik blog yg korang bg award tuh.
ok?


eh tetiba ada suara berbisik kat telinga aku, kau ingat kau kreatif sgt ke nak ambik award nih.
layak ke kau?!
oh aku tersentap hingga hampir terjun bangunan 22 tingkat sambil nyanyi lagu nasyid kuat-kuat.
ada aku kesah?
hohO~
tapi aku dah ambik award ni so aku declare je la diri aku as creative blogger.
boleh?
layan~
aku nak ucapkan terima kasih duyun-duyun emas kat Ben Ashaari sebab bermurah hati tawarkan award nih. sayang kamoooooo lebih lah!
eh jangan fikir lain ya!
gelak jahat kuat-kuat.

so sekarang aku nak bagi award kat budak-budak ladang ni lak.
oi oi ambik award kau nih!


notaHujungKaki : menunggu award lagi.seronok.seronok!

| jangan minta aku jadi sebaik Adam! |

senyum pagi comel-comel lebih dari paling comel.
oh riang bangang di pagi hari sebab ntah aku pon tak tahu.
eh eh.
kepala pening sebab tak cukup tidur dan kesejukan suhu bilik membuatkan aku semakin mengantuk ala-ala terhantuk atas tilam vono kak ziana.hohO~

oh ya!
siapa tengok Adamaya sampai gila-gila fanatik menggedik sila jerit kuat-kuat.
cerita itu sudah tamat semalam.
oh happy ending ok.
dan aku sangat beremosi petang semalam.
oh sila percaya aku tengok adamaya sambil peluk bantal dan buat muka comel.
gila!
aku bukan gilakan sangat cerita tu, cuma menonton di masa lapang je.
tetiba seronok lak.
layan~

serius cantik molek kiut-miut si Lisa Surirumah Suriyani tuh.
senyum.

ada yang bertanya kat aku melalui sistem pesanan ringkas (baca : sms), 'ada lagi ke lelaki macam Adam sekarang?'. hoh~ penangan Adamaya betul nih. yg paling ketara sekarang nih perempuan-perempuan yang gatal mahu bercinta dah mula ketagih lelaki macam Adam. damn! aku bukan apa. takder la jeles tahap gaban kan cuma nak tanya satu je la kan. meh sini kau. 'kau ingat kau cantik baik perfect sangat ke nak jantan macam Adam tu?'. hohO~

apa-apa pun aku tabik super spring lah kat Adamaya.
cerita kau best lah!
siapa ada softcopy cerita Adamaya?
sila hubungi saya di talian hayat berikut.
eh eh.

notaHujungKaki : ok.ok.mahu jadi lelaki sebaik Adam. harharhar.

Thursday, May 13, 2010

| kamilah kanak-kanak riang bangang! |

sape bosan meh sertai aku mengayam ketupat daun palas. eh eh da nak raya ke. hohO~ serius aku bosan gila-gila meroyan nyanyi lagu purnama merindu sorang-sorang smbil menggigit bantal dan merenung ke luar tingkap. eh merepek lagi.huh!

mahu tengok aktiviti aku disaat aku dilanda pramugara kebosanan terlampau?
sila pejam mata kira sampai lapan belas lepas skrol ke bawah.
kalau tak nampak sila pejam mata lagi lepas tu hantuk kepala kat dinding rumah kau.
boleh?

lihat muka siapa memenuhi ruang.
hohO~

bapak semak smart giler aku.
oh sila fokus kat aku sahaja ya.

aku langsung tak tahu budak kontot pendek ni cuba lakukan.
oi amy..dinding bukan kat situ lah!

buruk hodoh kan perangai kami.
kat ofis pon leh wat perangai camni.
kalau bos nampak mampus kene bambu nih!
hikhik.
gila kau aku bosan giler.tadi cuba-cuba buat draf website. cantik! tinggal nak kemaskan je.hohoho~ sape berani cakap tak cantik meh sini aku lempang laju-laju tulang jari kaki kau. eh aku bosan duk online mukabuku facebook je sepanjang waktu sampai pengsan tujuh belas kali berturut-turut wa cakap lu.gila ah!

notaHujungKaki : nilah jadinya bila kanak-kanak ceria mula bekerja. eh eh praktikal. majulah kami untuk negara. hoho..boleh?

| aku main badminton dulu untuk geli-geli jer |

pergh!
MALAYSIA LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS.
lihat.aku sengaja 'caps lock' ayat tu.
siapa yg kurang nampak sila koyak bukak mata luas-luas.
tahniah tahniah.
aku bangga seh ngan korang.
luv u ols~
hohO.

aku dah nampak bayangan piala. boleh?

memang gila ah game malam tadi. aku yg tengok ni sakit ati je. dup dap dup dap kecut kembang jantung aku sepanjang perlawanan. bapak sengit hangit tengik perlawanan tu. seronok aku tengok. huh! mantap-mantap. teringat masa zaman aku main badminton zaman hingusan kecik-kecik dulu. aku memang respek lah kat player Malaysia. kalau aku lah player tu, camner la aku nak ngadap pressure dari penyokong-penyokong yang tak berenti berteriak sakan. tapi mcm best lak menyalak memekak oi oi kat stadium.hohO~ semua mengharapkan kemenangan la katakan. pressure lah wei!!

ni keputusan yang aku tahu setakat ni la.
nama pertama adalah pemain Malaysia ye.

Lee Chong Wei vs Peter Hoeg
21-17, 21-17

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong vs Carsten Mogensen/Mathias Boe
21-17, 21-19

Wong Choon Hann vs Jan O Jorgensen
20-22, 21-16, 18-21 (kalah)

Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen
26-24, 12-21, 19-21 (kalah)


Hafiz Hashim vs Joachim Persson
21-12, 21-10

lepas ni Malaysia vs China lak. hoho. kali ni seyes aku dup dap dup dap tahap cipan kelemasan! sape pemain China tu? Lin Dan kn? ye kot. ntah. aku pon kurang arif sangat. Malaysia Boleh!! sayang kamu semua..hohohoho~

notaHujungKaki : bila pasukan lawan dpt point, aku rs mcm jntung aku stop kejap. huh!

Tuesday, May 11, 2010

| terjah tersentak terkesima - silakan encik amir! |

dulu aku diterjah tersentak oleh Ben Ashaari.
alhamdulillah follower aku dah naik sikit.
now aku nak mintak en Amir Izzat yg comel lak terjah ternganga blog aku.
kasi komen sikit aku punyer blog yg sangat kurang cantik tu.
kurang berseri bak kata orang.
sila encik amir!
saya terima kritikan anda.
hohO~

bersedia atau tidak.
terjah saja blog aku!

notaHujungKaki : menunggu masa utk diterjah dan bersedia dgn pisau lipat utk serangan balas
boleh?
hohO~

| terasa ingin menari-nari di padang bola..saya dapat anugerah ok! |

everytime you touch me
i'll become a hero
i make u safe no matter where you are
and bring you everything you ask for
nothing is above me
i'm shining like the candle in the dark
when you tell me that you love me

oh sila tepuk tanya tangan guling-guling meniarap sorang-sorang.
aku salah nyanyi lagu sebenarnya.
boleh?

ni aku nak sharing.
aku dapat anugerah!!!!!
seperti nak naik atas pentas Istana Budaya pastu bagi ucapan selamat pagi terima kasih.
hoho~

menurut orang yang memandai-mandai baik hati bagi aku award ni.
kita kene wat post pasal award nih.
pastu copy paste gambar nih kat blog kite yang tersangat cantik tu.
bagi ucapan sikit beserta link org yang memandai-mandai bagi award ni.
pastu bagi kat 15 org blogger lain lak.
kalo takder follower camner lak?
pandai-pandailah korang nak hidup kn
aku pun tak tahu.
hohO~

huh!
beautiful blogger? huhu..
tetibe aku terasa sangat jambu batu.
cantik ke blog aku nih.
mcm simple jer.
aku rasa banyak lagi blog2 yg cun melecun cantik tak hengat dunia siap bling-bling lagi tau.
by the way, trimas banyak-banyak kat ierahaziera sbb memandai-mandai bermurah hati bagi aku award nih.
terima kasih banyak-banyak.
sayang kamu! ops~

pastu aku nk bagi kat dak2 ni lak award nih.
jeng jeng jeng.
terimalah pengacara anda.
joyah jenit.
hohO~


adeyh..aku mampu tag 10 je.boleh x?
boleh la yea.
hehehehehehe...
senyum semua.
hahahaha.

notaHujungKaki : senyum sampai ke telinga capang

| pasangan vs mak |

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

mungkin ramai yang pernah baca nota ni kan.
aku pun dah berkali-kali baca nota ni.
sayu.
mengalir airmata.
kadang-kadang terfikir.
ada benarnya semua ni.
mungkin juga terjadi pada aku.
aku tak nafikan.
pengorbanan ibu terlalu besar harganya.
berjaya mana pun aku, aku takkan bisa membalas semuanya.
tapi mak,aku akan sentiasa membahagiakanmu.
insyaAllah.

notaHujungkaki : saya sayang mak saya.siapa nak kata saya anak mak, silakan. ada aku kesah????

Sunday, May 09, 2010

| sayang kamu!! selamat hari ibu..:) |

selamat hari ibu

who used to fed me and clean me and cloth me

who use to always be with me

and when me sick

stay up all night

clean my cuts

that's right

no other

my mother



SELAMAT HARI IBU khas buat Puan Zaitun Bt Chik.

saya sayang kamu!!

selamanya...:)

muah muah muah!!!!


cotcetcotcet : mak adalah segalanya..



Friday, May 07, 2010

| siapa mahu pulihkan dara - sila lakukan ritual s**ks 3 serangkai |

keji dan sadis.
siapa ada baca berita hari ni.
mari bergelak ramai-ramai kahkahkah sekeji mungkin

siapa yang dah memang stok malas nak baca surat khabar hari ni.
sila tebalkan mukaklik disini.

apalah bodoh manusia-manusia nih.
eh..gadis-gadis ni.
ada pernah kau dengar ke orang leh pulihkan selaput dara kau?
peliklah.setahu aku la kan, mende alah tu kalau dah hilang memang takder nak ganti2 dah.
lemak lah kau nak pulihkan selaput dara mahkota wanita kau tu.
lepas dah ada balik selaput tu.
boleh lah kau buat lagi kerja keji tu kan.
last-last kau kena tipu hidup-hidup dek 'tok muda' tu kan.padan muka
dan syaitan bergelak ketawa silap-silap wat parti kesyukuran tengok kau terus tersungkur kat kaki diorang.
tahniah kesian.

notaHujungKaki : masa muda ni la nak enjoy kan. mati nanti pun mesti enjoy kat neraka kan

Thursday, May 06, 2010

| cinta lelaki dan wanita - siapa yang jujur dan setia sebenarnya? |

oh.selamat pagi dan salam sejahtera.
pura-pura sedang sibuk merancang satu aplikasi laman web nih.
tapi demi blog tercinta dan juga pembaca-pembaca yang sengal setia.
tepuk tangan laju-laju vrooommm.

okay.aku nak berkongsi satu fakta yang aku dapat tadi.
oh aku kurang pasti fakta atau auta.
sendiri baca sendiri nilai ya.

Beza Cinta Lelaki dan Wanita.

cinta lelaki
selalunya manis kerana lelaki yang bercinta selalunya memberikan kata-kata manis dan juga sering menabur budi janji-janji manis.

cinta wanita
selalunya pahit kerana wanita yg bercinta kadang kala rela menerima janji-janji manis jantan lelaki yang belum tentu ada kebenarannya. wanita yg bercinta kadang kala sanggup terseksa demi lelaki yang dicintainya. bukankah itu pahit. ayo..very the gedik.dah kau rela menerima janji manis.ada aku suruh?kau kene terima la pahitnya.

cinta lelaki
mudah diagihkan. buktinya lelaki mampu bercinta dengan lebih dari satu wanita pada satu masa. hebat gila!

cinta wanita
tersangat setia. siapa cakap?meh sini aku sepak punggung kau.ada je yg curang. kerana wanita yg bercinta selalunya sangat kudus dan lurus.

cinta lelaki
kadangkala sukar utk dipamerkan kerana cinta milik lelaki berada dlm hati, utk dirasai bukan utk ditontoni oleh semua org. oyeah..thumbs up bebeh!

cinta wanita
terlalu jelas pada pandangan matanya, tingkah lakunya dan tutur katanya. ayo..kalau boleh nak jaja 1 malaysia kan. yelah2, berkongsi kegembiraan.layankan jela.

walau ada 10 dozen perbezaan pun, cinta itu tetap ada kan.hebat cinta nih. dan kadangkala makan diri. tu yg sampai bunuh diri tu. gila ke kau nih!

cotcetcotcet : single but not available. camner tuh.

Wednesday, May 05, 2010

| saya student sains komputer..bangga ok! |

percaya atau tidak.
Sains Komputer adalah satu bidang yang tersangat menarik dan mencabar.
macam daki gunung everest pastu makan mcD kat atas gunung tu.
boleh?
aku berani keluarkan statement tu sbb aku adalah salah seorang mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Sains Komputer dalam pengkhususan multimedia.gempak uols~

pernah aku ditanya dalam satu talkshow.
rancangan entah apa-apa kau nih.
oh sila anggap aku sekadar menipu.
kau nak kerja ape nanti belajar komputer2 nih??
aku pelik lah.
rasa macam nak sembur kat situ gak.
'ceteknya pengetahuan korang nih!!'
setiap syarikat atau jabatan yang ada kat Malaysia ni mesti ada bahagian IT.
confirm!
so leh tak jangan tanya soalan yang pelik2 camtu.


bidang sains komputer adalah bidang yang secara umumnya adalah melalui pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat. seseorang yang sangat pakar dalam bidang komputer akan digelar saintis komputer kerana bidang perkomputeran adalah salah satu cabang daripada aliran sains juga sama dengan bidang-bidang lain. so sila jangan anggap sains komputer adalah satu bidang yang dianggap murahan.hohO~

cabaran terbesar yang aku pelajari dalam sains komputer adalah mempelajari bahasa pengaturcaraan.setakat ni aku dah belajar bahasa malaysia, bahasa inggeris, bahasa sepanyol dan bahasa-bahasa dialek daerah. eh eh..bukan bahasa tu yang aku nak tonjolkan. bahasa yang ada dalam bidang ni ialah java, c++, c dan sebagainya. setakat ni aku dah belajar bahasa java dan c++.semuanya melibatkan koding oke~ kadang-kadang aku sengaja menelefon hospital sakit jiwa utk tanya ada tempat kosong ke x..hoho~

manakala dari segi peluang pekerjaan pula, aku boleh ceburi sektor seni reka grafik dan pembangunan laman web, pakar pengaturcaraan komputer ataupun lebih fofular dipanggil programmer, perkomputeran linguistik, kejuruteraan perisian dan banyak lagi yang berkaitan dengan komputer. banyaklah kerja yang aku boleh ceburi nanti.apa lah korang nih!

ingat! sains komputer bukan sekadar mengadap dekstop atau laptop tapi kita perlu tahu bagaimana perjalanan sesuatu sistem dalam komputer itu sendiri dan bagaimana kompleksnya ciptaan manusia yang boleh dianggap ciptaan fantastik kebabom meletop letop ni. eh adakah aku melampau? hohO~

cotcetcotcet : sangat obses dalam graphic editing. hope satu masa nanti aku akan terkenal sebagai graphic designer.huhu..:)

Tuesday, May 04, 2010

| jom bunuh membunuh - siapkan beberapa guni senjata tajam |

okay.mahu berbual mengenai kedamaian.
ada sesiapa terbaca atau pura-pura membaca berita utama hari ini, sila jerit kuat-kuat dan berposing seperti tyra banks.
hohO~
sesiapa yang pura-pura tak tahu, kau memang malas nak bukak paper kan.
meh sini aku gigit batang hidung belah kiri kau tuh.

klik untuk berita penuh [harian Metro]

tajuk gempak giler.
KONSERT TARIK NYAWA.
pergh.
gila ah.
membuak-buak adrenalin aku nak baca.
terjojol mata aku bila tengok tajuk tuh.
sepantas kilat menyambar, pantas lagi tangan aku klik kat tajuk tu.
huhu.

peliklah.kenapa MEREKA buat onar kat negara aku.apa taraf mereka tu nak jadi samseng tahi minyak kat Malaysia nih.diorang ni tak tawu ke bagaimana adab hidup menumpang.

'difahamkan, lebih 100 warga Indonesia yang bertempur membawa hampir dua guni senjata tajam sebagai bekalan untuk membunuh sesiapa sahaja yang diingini...'

why all this f**kin' shit happen in my Malaysia!!!!!
sesedap hati mak bapak korang je bawak senjata tajam sebab nak bunuh sesiapa je.
wah3..enaknya hidup kalian!
ingat manusia-manusia yang ada ni nyamuk ke yang korang nak bunuh sesuka hati tu.
haih..panas je aku baca.
membara perasaan.
makin lama makin menyala.
korang nak bertekak ke, nak bergaduh ke, nak bunuh-membunuh ke.
lantaklah.
ade aku kisah??!!

masalahnya yang korang wat semua tu kat negara aku nih kenapa!!!!
berambus ke negara korang.
pastu buat la apa2 pon.
nak bunuh ke.
rogol ke.
rompak ke.
gaduh sampai mati ke.
lantaklah.
aku langsung tak kisah!

cotcetcotcet : emosi sangat membara.apa mahu jadi.haih~ semoga pihak berwajib ambil tindakan ke atas sesiapa yang terlibat.SAYA SAYANG MALAYSIA!

| r.i.n.d.u |

aku RINDU kamu.

berselubung dengan selimut dan bergolek-golek ke kiri dan kanan.oh sayu.serius aku sudah terlalu merindui kamu.tapi apa daya aku. aku tak percaya lagi, dengan apa yang kau beri, aku terdampar disini, tersunggul menunggu mati.eh eh.lagu SO7 memang sangat best.oh itu bukan lagu tema entri hari ini ya.hohO~

rindu.
rindu.
rindu.

siapa yang tahu cara-cara hilangkan rindu sila angkat tangan dan lompat bintang bergilir-gilir.

ada apa dengan rindu.

mode : lagu aku sayang rindu kamu berkumandang.hohO~

cotcetcotcet : suram.bila kita akan jumpa ek.

Monday, May 03, 2010

| hari pertama berkemeja segak - praktikal bermula |

kadangkala sesuatu yang menyeronokkan tidak bermula dengan keseronokkan.
oh adakah aku mula merapu tergaru-garu sendiri.
tidak.

semalam adalah hari pertama aku praktikal.memang sangat mengujakan dan menyeronokkan. (mungkin).eh aku bangun seawal jam 6 pagi.mengalahkan bangun di pagi raya. oh aku sudah membayangkan ketupat dan nasi himpit beserta kuah kacang dan rendang daging air tangan bonda tercinta.hohO~ pengalaman pertama hari ini, sesat mencari pintu masuk ke bangunan MBSA. berpeluh-peluh pusing seluruh bangunan macam baru lepas lari marathon bergilir-gilir 3 round. malu dan malu dan sangat malu oke~ jumpa pintu masuk, terus melangkah penuh yakin dan tampal senyuman plastik di wajah dan keluarkan wajah paling kacak untuk memengsankan semua staf yang ada. oh muntah hijau lagi.

betul kata orang.seminggu awal praktikal ni selalunya takder keje sangat. just duduk je borak-borak dan biasakan diri dengan persekitaran pejabat.hoho~ minggu suaikenal sangat lah kan.membayangkan diri di minggu perkasa putra sambil bersenam seni. hari yang sempurna dimulakan dengan taklimat ringkas.takder la taklimat sangat pun, just borak2 biasa je dengan penyelia kitorang. kemudian dibawa berkenalan dengan staf-staf yang ada.terasa macam pelajar yang buat lawatan sambil buat muka comel ala-ala shin chan.hohO~


tugasan hari pertama :
1) jalan lenggang kangkung hingga ke tingkat bawah untuk mengambil surat dalm box.
dan aku terasa sangat berlagak berpakaian segak dan semak (baca : smart) macam orang kerja gaji ribu riban.eh eh.

2) membangunkan pelan tapak untuk projek jabatan ni.huhu.aku guna photoshop ok! dan staf sini present kat pengarah.oh.bangga tau x?!

3) menunggu waktu untuk punch out! serius bosan duduk tanpa buat pape nih!

aaa..mengantuk yang amat.seperti mahu guling-guling dan berteriak sakan dalam bilik.aku tidur tersangat awal semalam ok! huhuhu..

cotcetcotcet : hari ini bermula lagi. praktikal oh praktikal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...