ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Saturday, May 22, 2010

| lepas ni lari la lagi - padan!! |

okay.gosip terhangat petang ini.eh eh.bukan.topik hangat-hangat taik ayam petang ini. remaja lari dari rumah. oh bukan lari-lari anak bermain kejar-kejar ngan adik mahupun lari setempat mahupun lari perlahan-lahan di taman bunga. harap maklum. eh lembap lah kau ni.hohO~

semakin menjadi-jadi perangai depa sekarang kan. kena tegur sikit, lari. kena marah sikit, lari. tertekan sikit, lari.lari lari lari.suh masuk pertandingan lari berganti-ganti tak nak lak kau.mengada kan! terbaru, remaja lari rumah dirogol kekasih [klik untuk berita lanjut]. hah kau! padan sangat.lari punya lari sampai terlari habis semua jantan yang nak kahwin ngan kau pasni.siapa nak jawab? syaitan bertepuk tampar kegembiraan.

aku cuma pelik.ramai anak gadis kita, err..maksud aku gadis-gadis kat Malaysia ni sibuk duk lari ikut kekasih hati konon-konon cinta sejati lah, pengorbanan cinta lah, i lap u u lap me lah.huh! pastu bila mula susah, pandai lak kau cari mak bapak kan. masa nak buat ada kau fikir mak bapak? mak bapak dah tak wujud kan masa tu.pelik pelik pelik.

tu la.kadang-kadang kita ni alpa.asik sangat dengan cinta kononnya cinta itu buta, cinta itu indah, cinta itu ah macam-macam lah. kita lupa sampai maruah sendiri tergadai.memanglah iman kita ni hanya setebal kulit bawang (maaf kalau tersalah, sila betulkan), tapi itu bukan alasan untuk kita belakangkan keluarga. kalau nak buat apa-apa tindakan tu, ingatlah mak bapak kat umah tu. jangan nak ikut telunjuk syaitan lahanat tu. sia-sia je kau hidup nanti. faham?

notaHujungKaki : juga peringatan untuk diri sendiri.sayang mak abah saya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...