ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, May 05, 2010

| saya student sains komputer..bangga ok! |

percaya atau tidak.
Sains Komputer adalah satu bidang yang tersangat menarik dan mencabar.
macam daki gunung everest pastu makan mcD kat atas gunung tu.
boleh?
aku berani keluarkan statement tu sbb aku adalah salah seorang mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Sains Komputer dalam pengkhususan multimedia.gempak uols~

pernah aku ditanya dalam satu talkshow.
rancangan entah apa-apa kau nih.
oh sila anggap aku sekadar menipu.
kau nak kerja ape nanti belajar komputer2 nih??
aku pelik lah.
rasa macam nak sembur kat situ gak.
'ceteknya pengetahuan korang nih!!'
setiap syarikat atau jabatan yang ada kat Malaysia ni mesti ada bahagian IT.
confirm!
so leh tak jangan tanya soalan yang pelik2 camtu.


bidang sains komputer adalah bidang yang secara umumnya adalah melalui pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat. seseorang yang sangat pakar dalam bidang komputer akan digelar saintis komputer kerana bidang perkomputeran adalah salah satu cabang daripada aliran sains juga sama dengan bidang-bidang lain. so sila jangan anggap sains komputer adalah satu bidang yang dianggap murahan.hohO~

cabaran terbesar yang aku pelajari dalam sains komputer adalah mempelajari bahasa pengaturcaraan.setakat ni aku dah belajar bahasa malaysia, bahasa inggeris, bahasa sepanyol dan bahasa-bahasa dialek daerah. eh eh..bukan bahasa tu yang aku nak tonjolkan. bahasa yang ada dalam bidang ni ialah java, c++, c dan sebagainya. setakat ni aku dah belajar bahasa java dan c++.semuanya melibatkan koding oke~ kadang-kadang aku sengaja menelefon hospital sakit jiwa utk tanya ada tempat kosong ke x..hoho~

manakala dari segi peluang pekerjaan pula, aku boleh ceburi sektor seni reka grafik dan pembangunan laman web, pakar pengaturcaraan komputer ataupun lebih fofular dipanggil programmer, perkomputeran linguistik, kejuruteraan perisian dan banyak lagi yang berkaitan dengan komputer. banyaklah kerja yang aku boleh ceburi nanti.apa lah korang nih!

ingat! sains komputer bukan sekadar mengadap dekstop atau laptop tapi kita perlu tahu bagaimana perjalanan sesuatu sistem dalam komputer itu sendiri dan bagaimana kompleksnya ciptaan manusia yang boleh dianggap ciptaan fantastik kebabom meletop letop ni. eh adakah aku melampau? hohO~

cotcetcotcet : sangat obses dalam graphic editing. hope satu masa nanti aku akan terkenal sebagai graphic designer.huhu..:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...