ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Thursday, May 13, 2010

| aku main badminton dulu untuk geli-geli jer |

pergh!
MALAYSIA LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS.
lihat.aku sengaja 'caps lock' ayat tu.
siapa yg kurang nampak sila koyak bukak mata luas-luas.
tahniah tahniah.
aku bangga seh ngan korang.
luv u ols~
hohO.

aku dah nampak bayangan piala. boleh?

memang gila ah game malam tadi. aku yg tengok ni sakit ati je. dup dap dup dap kecut kembang jantung aku sepanjang perlawanan. bapak sengit hangit tengik perlawanan tu. seronok aku tengok. huh! mantap-mantap. teringat masa zaman aku main badminton zaman hingusan kecik-kecik dulu. aku memang respek lah kat player Malaysia. kalau aku lah player tu, camner la aku nak ngadap pressure dari penyokong-penyokong yang tak berenti berteriak sakan. tapi mcm best lak menyalak memekak oi oi kat stadium.hohO~ semua mengharapkan kemenangan la katakan. pressure lah wei!!

ni keputusan yang aku tahu setakat ni la.
nama pertama adalah pemain Malaysia ye.

Lee Chong Wei vs Peter Hoeg
21-17, 21-17

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong vs Carsten Mogensen/Mathias Boe
21-17, 21-19

Wong Choon Hann vs Jan O Jorgensen
20-22, 21-16, 18-21 (kalah)

Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen
26-24, 12-21, 19-21 (kalah)


Hafiz Hashim vs Joachim Persson
21-12, 21-10

lepas ni Malaysia vs China lak. hoho. kali ni seyes aku dup dap dup dap tahap cipan kelemasan! sape pemain China tu? Lin Dan kn? ye kot. ntah. aku pon kurang arif sangat. Malaysia Boleh!! sayang kamu semua..hohohoho~

notaHujungKaki : bila pasukan lawan dpt point, aku rs mcm jntung aku stop kejap. huh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...