ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Saturday, February 19, 2011

| penipuan pasal univerisiti |

hola all.

apa aktiviti di hari Sabtu nih? mesti korang sibuk plan nak kuar jenjalan weekend nih kan. well, it's a weekend bro. weekend. takkan nak bergelumang dengan kerja + assignment jugak kan. tak der life la der. *wink!

aku yakin ramai diantara blogger-blogger nih adalah terdiri dikalangan pelajar Universiti kan. thumbs up! korang semua termasuk aku adalah harta berharga negara. betol tak? hebat kan. *bangga jap oke. memandangkan korang semua student Universiti tak kira la universiti mana pon, korang ingat tak zaman sekolah dulu-dulu. pelbagai penipuan yang depa duk canangkan kat kita tentang life kat universiti? ada certain yg aku masih duk ingat sampai sekarang.

1)... belajar kat universiti tak macam sekolah. kat sekolah cikgu yg bertungkus lumus bg nota kat murid-murid. kat universiti korang kena cari sendiri. dalam kuliah pandai-pandai la salin nota. kalau lambat, tak dapat la. ----> WTH. hello.nota pon lecturer yg bagi tau. siap ada kelas maya agi, which satu laman yg kita boleh download nota kuliah. ha..lecturer sekarang baik-baik tau.

2)... dah belajar kat universiti nanti, jangan harap la nak tidur awal. asyik kena stay up je nanti. pastu hari-hari kena bangun awal lak tu. ----> memang! selalu sangat stay up. tapi tai bukan utk study. lebih kepada online and borak-borak ngan kengkawan. pastu main game. ha.stay up la sangat kan. bab hari-hari bangun awal tu, aku langsung tak sokong. selalu je aku bangun matahari dah atas kepala. well, ada certain universiti yg benarkan pelajar sendiri susun jadual kelas sendiri mengikut kesesuaian kursus. hah! tak ada maknanya bangun awal hari-hari. bidaah!

3)... lecturer bagi kuliah laju giler. siapa yang taip laju, untung r. tapi siapa yang lembap? nasib korang la. nak selamat, beli perakam suara. rakam kuliah tu then nanti bila dah free, dengar balik then wat nota. ---> no no no.ini tipu! tak laju pun la. biasa jer. aku rasa zaman sekolah dulu lagi laju kot. paham ke tak paham ke, lantak. janji belajar. but now, aku rasa lecturer okay je. siap tanya paham ke tak then abgi example yg mudah. hah. kami lebih paham. sempat je aku salin nota sambil lukis-lukis kartun sikit. *wink!

4)... lecture disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. baik bwk kamus kalau tak paham. ---> no no no.bullshit. pemahaman pelajar tu penting bagi lecturer. kebanyakan akan sampaikan kuliah dalam dwibahasa. yela, bukan semua orang terer bahasa Inggeris okay. nota memang dalam bahasa Inggeris. tapi bila nak fahamkan pelajar, lecturer akan guna bahasa Melayu jugak. pelajar paham, dpt high skor time exam. then lecturer pun lega hati. win-win situation nama dia.

5)... lecturer masuk, bagi lecture bla bla bla. then keluar. korang paham ke tak paham ke, korang punya pasal. ---> ini lagi bullshit. siapa cakap? lecturer kami siap gurau-gurau lagi tau. bukan kuliah semata-mata. sebelum keluar, lecturer akan pastikan kami faham. kalau tak faham, dia gunakan contoh lain pulak sampailah kami faham. nice!

contoh-contoh yg aku bagi tu berkaitan dengan universiti aku la. tak der la seteruk yang dicerita zaman sekolah dulu-dulu. bullshit sangat semua tu. menakutkan pelajar-pelajar sekolah jer. aku rasa student universiti kena buat roadshow ke sekolah-sekolah la untuk hapuskan pemikiran camni. okay tak? kihkihkih.

itulah sedikit sebanyak yang aku still ingat. korang camner? jom kongsi-kongsi sikit.


5 comments:

pepol said...

hahahha..terbaik ar bro..mmg betul pon ape yg bro ckp ni

IQBAL ZARIN said...

aku sokong entri ni! sape la yg dok tanam mind set cmni???

R.I.E.Z said...

@pepol : thanx bro.

@IQBAL ZARIN : kena set balik mind set dak2 sekolah nih.huhu

RastaMat said...

gobloklisation get our mind n kill our own child..

Hanisah Safian said...

no 2 tuh paling setuju.kehkehkehkeh :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...