ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Monday, February 14, 2011

| sekadar berkongsi info Valentine |

hello guys and gurls. whassup? bermesra di Hari Valentine?

14 Februari. anything special? well, it just another Monday rite? nothing much. the same day like always. well, siang tadi aku ada something yang agak special. sempena Valentine kata orang. iaitu jeng jeng jeng. Test 1 Kenyataan Maya. kihkihkih. tak tido siot semalam study sampai lebam. okay tipu. aku tido wal kot semalam. kesihatan diri tak begitu memberangsangkan so tak leh nak pura-pura stay up utk study. ya. study. sila percaya. akhirnya, terkebil-kebil jawab test tadi. cam hampes. dengan kepala yg pening-pening lalat. nasib badan.

after test, badan cam segar semacam je.hoho.

aku nak berkongsi sedikit fakta pasal Valentine's Day nih. tak abis-abis Valentine aku nih kan. nak baca, baca je lah. taknak baca blah ah. ku ape kisah. ye dak? info ni aku dapat dari artikel yang dikeluarkan oleh satu badan persatuan kat UPM nih. dan aku nak la jugak share ngan pembaca blog sekalian. okay? mungkin info yg agak klise dan biasa didengar. tapi nak share jugak. aku peduli hape.

as we know, Valentine's Day tu haram disambut oleh umat Islam atas beberapa faktor. takkan tetiba lak nak haram kan. mesti ada sebab. so jom kita tengok pendapat mengenai Valentine's Day nih.

1... mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

2... kematian St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.

3... dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andulisian di Sepanyol. St Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. disebabkan sumbangan beliau itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. tanggal 14 Februari 1492 merupakan hari kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap hari itu sebagai hari kasih sayang kerana mereka menganggap islam adalah agama yang kejam.

4... sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim emngawan mereka jatuh pada 14 Februari. ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

okay itulah sedikit sebanyak pendapat yang diutarakan. well, mostly dari kita berpegang Hari Valentine tu haram disambut sebab itu adalah hari kejatuhan Islam tapi rupanya, ada jugak benda lain yang berlaku pada tarikh tersebut. yang no 4 tu betul la kot. sebab tu couple-couple pun tiru sama camtu kan. mengawan pada 14 Februari. burung sangat!

"barang siapa yang meyerupai satu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (riwayat Imam Abu Dawud, hadi no : 3512)

Wallahualam.


* selesai sudah Valentine tahun ini. jom kita tunggu sembilan bulan lagi berapa banyak anak-anak yang dibuang oleh burung-burung yang mengawan hari ini.

2 comments:

hanis aleeya aka gadis sepi said...

tiga bulan pun dah cukup.. tunggu je..

fiera said...

thnx 4 sharing..

nauzubillah..
mntak jao tu sume..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...