ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Thursday, February 24, 2011

| so-called-demonstrasi. tegakkan keadilan katanya! |

hello boys and gurls.

pejam celik pejam celik dah hari Khamis ye dak? cepatnya masa berlalu kan. esok Jumaat then weekend datang lagi. then Isnin pastu pejam celik pejam celik Khamis. pastu weekend datang lagi, pastu Isnin lagi pastu pejam celik pejam celik, dah Khamis pastu weekend. pastu...pastu...pastu..eh. dah graduate dah. kihkihkih.

oh ya! sebut pasal graduate2 nih,tetiba je rasa sangat tak sabar nak habis belajar. sebab apa? sebab malas tol nak mendengar rusuhan-rusuhan pelajar yg err..err..err..entahlah. perjuangkan hak mahasiswa katanya. ke perjuangkan meruntuhkan bangunan pentadbiran. erk?! tersasul lak.

SERDANG - sekumpulan 200 orang pelajar Pro-Mahasiswa (pro-M) bertindak merempuh pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

tindakan itu diambil kerana mereka tidak berpuas hati dengan pembatalan kemenangan 11 calon pro-M.

rempuhan itu menyebabkan tiga kakitangan universiti termasuk dua pengawal keselamatan cedera di tangan terkena serpihan kaca.

seramai 10 pengawal keselamatan berada di pintu masuk berkenaan unutk mengawal keadaan yang kecoh sewaktu insiden itu berlaku.

Sumber universiti memberitahu, kumpulan terbabit yang utrut disertai oleh gabungan pro-M dari universiti lain yang mula berkumpul di sekitar pejabat tersebut sejak 10.30 malam kelmarin menunjukkan protes terhadap keputusan pembatalan kemenangan 11 calon mereka dalam pilihanraya kampus yang diadakan kelmarin. [SUMBER]

ya! kejadian di UPM. dan itu universiti dimana MAK AYAH AKU HANTAR UNTUK AKU BELAJAR DAN BERJAYA DALAM HIDUP. dan aku yakin, mak ayah mereka-mereka yang terlibat juga hantar mereka kesini untuk belajar dan jadi manusia berguna. maksud berguna disini ialah err err err..bergunalah. leh bantu naikkan ekonomi negara or leh bantu mak ayah kat kampung dengan dapat pekerjaan yang bagus-bagus. bukannya berguna dari segi meruntuhkan bangunan. okay?

yang paling sucks giler, ada gabungan pro-M dari universiti lain?? motif korang menyibuk? last-last nama baik universiti aku jugak yang buruk. univerisiti kau? bagus sangat perangai kan.




serius aku sangat tak paham apa sebenarnya yang diorang nak. memberontak tak tentu hala. dari sebelum pilihanraya lagi dah nampak diorang buat isu pelik-pelik. post macam-macam video kat facebook. aku tak tengok pon video-video tu. cam menyampah lak. korang sibuk memperjuangkan Islam pada dasarnya, tapi perangai korang langsung tak mencerminkan Islam. tak malu ke baut camtu? tak malu kat kaum lain? tak malu nanti kaum lain ingat Melayu ni memang suka merusuh? hah?! tak malu ke bai??

okay fine. mungkin ada sebab korang buat semua tu. nak menegakkan keadilan. fine. if korang betul, berbaloi ke dengan semua tu? berbaloi dengan nama universiti yg sedikit tercemar tu? berbaloi? come on la. fikir la dengan waras. jangan asyik nak gelabah je bai.


kata mereka, lupakan isu pecah pintu. sekarang kita siasat isu pecah amanah. hoh?! wadafak. tukar isu ke bai? sekarang ni dh macam-macam versi cerita yang aku dengar. yang mana betol yang mana salah? aku pun pening. dua-dua salah. tapi tak perlu sampai nak memberontak. malu la kat U lain. malu taw x??!!

dah la. malas nak cakap. aku datang sini nak belajar. dah grad nnti, nak kerja bagus-bagus. lagipun, buat rusuhan or so-called-demonstrasi tu bukannya leh masuk dalam resume pun.

notaRusuhan : pasni nanti kalau orang tanya ko U mana, aku still jawab UPM. sebab aku bangga dengan UPM. kalau diorang tanya pasal rusuhan or what-so-ever nih, aku jawab je "ntah, bukan hal aku."

3 comments:

Anonymous said...

Camni baru matang bro...bukan duk bilik je main game tulis blog..hahaha

aini said...

matang? islam tak mengajar keganasan. kalau duduk bilik tidak mengganggu ketenteraman orang lain apa salahnya.

aini said...

matang? islam tidak mengajar keganasan. kalau duduk dibilik tidak mengganggu ketenteraman orang lain apa salahnya. seronok ke lakukan keganasan. mari mencari keredhaan-Nya di dalam ketenangan. peace. no war. dah akhir zaman ni. bawak-bawak bertaubat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...