ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, April 27, 2011

| kawan or sahabat? |

hello boys and gurls.

buat semua readers blog aku, aku nak ucapkan selamat berjaya dan selamat berkawan sampai bila-bila kat korang. bagi aku, korang semua adalah kawan aku. tak kisah la kita berkawan kat alam maya je, korang tetap dianggap kawan. okay aku tawu agak skema. tak terasa. tak terasa. by the way, aku buat skema-skema ni bukan apa, sebab aku nak bercerita pasal kawan dan sahabat hari ni.

korang mesti pernah dengar pasal kawan dan sahabat kan. familiar sangat kan. but but but, korang tahu ke bezakan kawan dengan sahabat? aku bet tak ramai yang tahu kan. guess what, kawan and sahabat is a different thing.

KAWAN
kawan tu semua orang ada. even yang jenis terperap dalam bilik pun ada kawan. and and and..kawan ni ada macam-macam jenis. kawan setia, kawan tika duka, kawan tika suka, kawan penikam belakang, kawan set pelengkap, kawan peneman and macam-macam lagi. terpulang la korang nak jadi kawan yang macam mana pun. u choose! in fact, aku pun ada ramai sangat kawan. ramai sampai kadang-kadang aku tak boleh nak ingat siapa kawan-kawan aku. punyalah ramai. maklumlah popular la katakan. ehem.

SAHABAT
but sahabat hanya ada satu kategori. sahabat! sebab sahabat ialah someone yg boleh susah senang bersama dengan kita, org yg boleh bantu kita bila kita susah, orang yang boleh berkongsi masalah dia dengan kita, orang yang sangat caring pasal kita, orang yang menangis bila kita menangis dan orang yang gembira bila kita gembira. itu sahabat. sahabat tak kan tikam belakang sahabat dia. sebab bagi dia, sahabat itu tinggi nilainya.

enough. well, korang dah dapat bezakan antara sahabat dgn kawan? but but but tu semua hanya pada pandangan aku la. lagipun, ramai je yang berpandangan sama dengan aku. so how about u guys?

now aku dah sampai ke sem terakhir di UPM and tgh final exam dah pon. ada lagi 2 minggu je lagi aku kat UPM ni. pastu masing-masing dah bawak haluan sendiri. sedih3. tapi hati mau kental beb, masa depan kena jugak kejar. hikhikhik. and and and, excited ni nak gitau...aku dapat ramai sangat sahabat selama aku berada kat UPM ni. ha. SAHABAT okay. bukan sekadar kawan biasa. diorang sangat special. kalau korang baca apa yg aku post ni, aku just nak korang tahu yg aku sangat sayangkan korang. sebab korang SAHABAT aku.

sebahagian dari SAHABAT aku.

okay okay aku dah rasa macam lain je ni. sebab entri macam sangat skema dan ada macam entri gaids-gadis pulak. adeyh!! tak macho ah gini bai.

oh lupa pulak. korang-korang yg ada pandangan pasal kawan vs sahabat sila-sila la komen yer. aku nak jugak tahu pandangan korang. sharing is caring right?

Wednesday, April 20, 2011

| jawapan utk 10 sebab perempuan tak respek lelaki |

gud afternoon guys and so-tipical-ladies.

orait.tengahari ni aku nak bagi satu post utk menjawab satu artikel..err..satu notes kt FB. aku terjumpa notes ni so aku nak jawab balik.

10 SEBAB PEREMPUAN TAK RESPEK LELAKI.

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.


p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu



wah! baik punya tuduhan dia bagi.ni aku nak kowtim balik. cool beb.


1) lelaki mintak pegang tangan, normal la beb. kalo u tu pegang kuat pegangan agama, nape u bagi pegang tangan u? kalau u kena tinggal, u jugak yg meratap bagai kan? semua salah. pastu lepas bg pegang, u pulak yg lebih2. nak peluk2 la. bila lelaki tu say bye2 sbb u tak bagi pegang tangan, dah la. yg u terhegeh2 lagi tu nape? kan LELAKI NI MEMANG GATAL. gi la cari lelaki yang tak GATAL. beb, yg pakai kopiah tu belum tentu tak GATAL.


2) wai wait wait. what the hell u cuba nak bagitau ni? u nak bagitau yg u tak harap boyfi u dtg jemput pon? hello. bila LELAKI ni tak dtg jemput u, u merajok tarik muncung sepuluh inci. apa ni? u nak ape sebenarnyer? bila LELAKI tak belanja u or beli hadiah utk u, u kata LELAKI tak romantik la. pelik la u ni. u nak ke naik LRT, or komuter or bas bila kuar dating? LELAKI TAK BOLEH HARAP ni kesian taknak u susah payah taw tak?!


3) jap jap jap. sepanjang i naik monorail ke lrt ke komuter ke, i tak prnah nampak lagi golongan u bagi tempat duduk kat perempuan pregnant or makcik-makcik tua. never!! so? LELAKI YANG TAK BERTIMBANGRASA or U PON 2X5?


4) u ingat i ni tak menyampah tengok golongan u hisap rokok? muka berlagak gila bila hisap rokok. u ingat i suka? u, ajal maut tu di tgn Tuhan. Abah i hisap rokok dari muda, smpai sekarang hisap lagi. mak i tak jd janda awal pon. kalau nak mati, tak yah isap rokok pon leh mati la der. lagi 1, u taw x. i ni hisap rokok sebab tensen bila u tu perangan cam haram. asyik nek menaang jek. LELAKI YG TAK PEKA ni tensen u taw x?


5) hello. berapa kerat sangat golongan u yg jenis tak kisah boyfi die tak ada kereta? kalau i bwk kereta mak bapak i pon, lama-lama nnti kereta tu jd hak milik i jugak. so apa masalahnyer? u nak ke dating dlm keadaan panas dan berhujan? nak? LELAKI YG PERASAN ni jugak jd penyelamat u kan.


6) mencarut? hello. u lagi kuat mencarut. u ingat bila u kumpul ramai-ramai, pastu gosip-gosip pasal lelaki, u nampak cool? kalau golongan u terkenal dengan gosip, golongan i terkenal dengan mencarut. so what the deal? win-win situation okay! eh golongan u pon ada jugak yg mencarut. sama je. so? u guys rasa cool la? LELAKI YG TAK BERADAB katanya. u pon sama. PEREMPUAN TAK ADA ADAB!


7) eleh eleh. yg u tu asyik ponteng sembahyang kononnya sebab uzur tu ape cer? takkan hari-hari uzur kot u. agak-agak la nak membohong pon. sekurang-kurangnya kalau lelaki tu liat g masjid, nampak la dia camner kn. kalau u? dh la memang golongan u tak wajib ke masjid, lagi susah i nak detect u sembahyang ke tak. ha, ape cerita ni? LELAKI YG TAK BOLEH BUAT SUAMI ni nak jugak perempuan yg BOLEH BIMBING LELAKI TU JADI SUAMI YG BAIK. kalu u pon hanyut, habis la kita. takkan semua nak harap lelaki.


8) yg u publish pic-pic camtu tu nape? ambik gambar depan cermin dengan mulut muncung. motif? seyes i tak nampak pon mana cunnya. geli okay. cuba la try ambik pic yg natural je. i suka natural look je okay. macam i punya Lisa Surihani tu ha. kan comel camtu. tak perlu seksi-seksi pon kan? LELAKI YG TAK CERMIN DIRI ni sekurang-kurangnya tak publish pic annoying camtu. u tu cermin diri ke sebelum publish pic camtu? ehem.


9) perempuan merajuk, lelaki taknak pujuk. apa jadi? last-last lelaki pujuk jugak tau. tak nak u merajuk lama-lama. tapi bila i merajuk, ada u pujuk? ada? pastu u tuduh i yag diam taknak cakap dengan u lak. u pernah fikir naper i taknak cakap dengan u? LELAKI YG EGO ni nak jugak la kena pujuk bila merajuk. asyik i je yg pujuk u, letih la woi.


10) i tak pernah rasa pon i hensem bila i hisap rokok. u suka sangat kan buat tuduhan melulu. u memang anti-lelaki ke? bab meludah merata-rata tu, i kan hisap rokok. sometimes air liur rasa tak best, so kena ludah keluar. tak sempat nak pergi toilet. lagipon, i ludah bukan kat dalam shopping complex pon. LELAKI PENGOTOR ni buat benda-benda tu semua ada sebab. ingat habit i ke ludah-ludah ni? hello. i pon ada rasa malu jugak. pernah i ludah depan orang ramai?? pernah??


p/s : ni pon utk suka-suka jugak!





*sorry aku copy paste je notes tu. ehehehe.

Monday, April 18, 2011

| poster FYP aku |

gud morning guys and girls. eh 1.35 am consider as morning kan?

okay cakap banyak tak guna!

wuut wuut. baru siap design poster utk presentation FYP selasa nanti. adush! cuak giler. hope everything okay la..okay tak design aku? ungu + pink?? eeuuwww...so lelaki jambu. damn!

moga dengan mainan warna lembut-lembut ni mampu melembutkan hati juri. ehem.

so, good luck untuk semua kawan-kawan aku yg akan present FYP next week. do the best guys!!

Thursday, April 14, 2011

| kelas terakhir di UPM |

hello teenagers!

woi woi woi. dengar sini semua orang-orang kampung blogger. aku ada berita baik nak habaq mai.

aku berjaya menghabiskan kelas terakhir di UPM. hoyeah! sekarang semua dah jadi ex-classmate aku jer. wawawa. gonna miss u guys!!

now fokus FYP dan final exam lak. luckily 2 paper je exam kali ni. gila kentang!!

info :

-kelas terakhir ialah Virtual Reality.

-masa : 8 am-9 am.

-pensyarah : Dr Azrul.

lepas ni tak dapat dah nak merasa ponteng-ponteng kelas. hukhukhuk.
lepas ni tak dapat dah nak datang lambat ke kelas.
lepas ni kena bangun pagi-pagi lak nak gi keje.
lepas ni takder dah nak lepak-lepak ngn kekawan kat cafe sementara tunggu next kelas.
lepas ni takder dah last minit punya perangai nak siapkan assignment.
lepas ni takder dah nak tiru kawan punyer assignment.
lepas ni takder curi-curi online dalam kelas.
oh! mesti rindu giler nak buat perkara-perkara lagha ni nanti.
ehem!

Wednesday, April 13, 2011

| minggu orientasi di UBM untuk ijazah kedua aku |

hello again!

oit oit korang. aku nak story nih. waaa..happy giler kot. aku nak buat second degree lak nih. best3. dan dah diterima masuk ke U terpilih. first degree belum habis lagi, tuptup dapat seruan wat second degree. happy dow! jangan jeles lak yer kawan-kawan. ehem.

okay-okay cakap banyak tak guna jugak. jom aku tunjuk U yang aku dapat.

tadaa...aku diterima masuk ke sini. UNIVERSITI BLOGGER MALAYSIA (UBM). hehe. jangan marah ha. bunyi dah nak dekat2 ngn UPM kan. cayalah! but but but, yg lainnya ialah masuk-masuk je terus Prof bagi assignment. wow! teruja nak buat my first assignment. jom3.

1) letakkan banner UPM dalam entri anda.
-done!!

2) nama anda dan nama blog anda.
- nama : ridzwan razif (RR). ehem.bukan rehat dan rawat yer!
- nama blog : Blog Budak Lelaki. (riez1004.blogspot)

3) sejak bila mula berblog.
- actually aku dah mula berblog since aku kat matrik lagi. masa tu aku belajar kat Kolej Matrikulasi johor. tapi dalam 3 4 bulan after that, aku delete blog sebab aku taknak pelajaran aku terabai. but then lepas masuk UPM, aku start balik berblog dalam tahun 2009. bulan Januari kalau tak silap. sebab aku memang jenis yang suka bercerita dan berkongsi info.

4) apa pandangan anda tentang dunia blog darsawarsa kini?
- for me, dunia blog masa kini sangat bagus perkembangannya. ramai orang dah mula berblog untuk berkongsi kisah suka duka, pengalaman, info-info menarik tak juga diselitkan humor yang sangat menyenangkan hati pembaca. tapi tapi tapi, ada jugak yang menyalahgunakan blog untuk melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap apa yang berlaku disekeliling. it could be pros, it could be contras. terpulang pada penerimaan umum la kan. tapi seriously bagi aku, dunia blog kini sangat bagus dan memberi pengetahuan yang sukar untuk kita perolehi.

5) pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.
- dalam pendapat aku, IPTM ini sangat bagus dan bersesuaian penubuhannya disaat industri blogger masa kini mendapat perhatian hangat. IPTM ini dijangka mampu mengumpulkan semua blogger dan pada masa sama mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara blogger. so that, kita boleh menyangkal dan menutup mulut-mulut mereka yang menyatakan blogger adalah seorang yang tidak reti bersosial dan lebih dikenali sebagai beruk bilik. so, let us shut up their mouth!!

settle assignment aku yg first! hope jawapan yang pendek tapi padat ini mampu menarik hati juri dan pengurusan UBM. oh ya! aku jemput semua kawan-kawan blogger dan followers aku untuk masuk UBM ni. tak rugi beb!! jom kita bersatu sebagai blogger Malaysia dan membina komuniti tanpa sempadan kita! chaiyok3!!

| tips temuduga |

gud evening great looking guys and lite-lite looking gurls.

now aku dalam mood yang sangat tertekan sampai dh 3 4 malam tak tidur gara-gara menyiapkan FYP yang terkontang-kanting akibat suka buat kerja last minit. hey! it's cool okay wat kerja last minit. lagipun, dah nama pon lelaki apa kelas buat kerja awal-awal. hey. i'm a man lah. macho kot wat kerja last minit. perempuan apa tawu? tawu ajak kitorang dating jer. ish.

oh ya! FYP tu maksudnya Final Year Project. duh. ramai sangat kot yang tanya apa fyp tu. paling takleh blah bila ada budak U yg tanya. get a life bro.get a life!

okay enough. hari ni aku nak share pasal TIPS TEMUDUGA. saja je nak kongsi-kongsi dengan kawan-kawan blogger ni. boleh? at least aku membantu serba sedikit korang yang nak pergi temuduga. dan dapat jugak membantu aku untuk pergi temuduga. hehe.

kredit to abg Google

sebelum interview
1) mengenali laar belakang bakal majikan.
2) mengetahui kekuatan diri.
3) mampu menjadikan kelemahan yang ada sebagai kekuatan diri.
4) mendalami dan mengetahui apa yang terkandung dalam resume anda.
5) memikirkan mengapa anda perlu diterima untuk bekerja ditempat tersebut.
6) menyediakan dokumen yang diperlukan.
7) memastikan pakaian dan kenderaan yang akan digunakan berada dalama keadaan sedia.
8) menjaga kesihatan diri.
9) memaklumkan bakal majikan bahawa anda akan hadir ke temuduga tersebut.

semasa temuduga
1) datang awal.
2) memperkenalkan diri kepada panel temuduga.
3) bertenang dan jangan cemas.
4) kawal suara dan intonasi suara.
5) berfikiran positif dan optimistik.
6) senyum.
7) gunakan komunikasi verbal dan non verbal.
8) sentiasa bersedia menjawab soalan yang diberikan.
9) jangan takut untuk bertanya soalan jika tidak faham.
10) jaga 'eye contact'.
11) jangan cerita masalah anda.
12) jangan bertengkar dengan panel temuduga.
13) jangan menkritik bekas majikan.
14) jangan mengunyah gula-gula getah.
15) jangan bercakap terlalu perlahan atau terlalu kuat.
16) memanggil atau menyebut nama penemuduga dengan gelaran yang sesuai.
17) jangan menggunakan 'slanga' dalam temuduga.
18) jangan menggoyangkan kaki ketika temuduga.
19) jangan memotong percakapan penemuduga.
20) banykkan bersabar dan bertenang apabila dicabar oleh penemuduga.

selepas temuduga
1) biarkan oanel yang mengakhiri temuduga.
2) ucapkan terima kasih kepada penemuduga.
3) tinggalkan bilik penemuduga dengan segera dan sopan.
4) pastikan barang anda tidak tertinggal dalam bilik temuduga.
5) menghantar surat ucapan terima kasih kpd agensi/syarikat dimana anda ditemuduga dan menyatakan anda sentiasa 'looking forward' untuk berkhidmat untuk mereka.

kredit to abg Google.

harap-harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua berjaya dalam temuduga. amin..:)

*sumber : tribunPutra UPM.

Saturday, April 09, 2011

| aku dan interview |

hello peeps.

guess what? dah 8 hari aku tak hapdet blog. holy-shit. apa kejadahnya lama tak hapdet blog ni. adoyai. padahal bukan busy sangat pon. ehem. frankly said, aku sejak dua menjak ni macam tak ada mood sikit nak update blog. entah la naper. sebab sibuk memikirkan FYP yg tak siap-siap ni la kot. damn dis coming Isnin supervisor aku nak tengok yg dah siap. mampos! esok lusa dah tu wei. seyes terkontang kanting jugak r aku nak siapkan. siapa boleh tolong? aku bg kiss sorang satu. boleh?

oh by the way. last week on 6 April. aku ada pergi interview as Consultant kt Maxis. bertempat kat Menara Maxis, KLCC.adeyh! cuak memang cuak der. FYP tak siap agi nih, tp dah beria lak nak g interview bagai. apa cerita? but but but, aku rasa bila aku pergi interview tu aku dpt satu pengalaman yg bukan mudah utk org dpt. pengalaman interviewed by a big company. best kot walaupun cuak giler. speaking takyah cakap ah, berbelit-belit jugak lidah Melayu aku ni. and diorang just ckp, wait for their call. hope sgt aku dpt position tu. amin~ oh interview ni diorang tak buat macam group discussion pun. just single interview. one-to-one lak tu. so tak der la seksa sangat. aku tak suka bila interview jenis yg kena wat group discussion tu, then many-to-one session. gila tertekan kalo camtu. haih~

semalam au dpt lagi call for interview. kali ni datangnya dari CIMB bank lak. position Exec.bertempat CIMB kota damansara. huh. Khamis minggu depan. aku pun tak sure lagi nak g ke tak. sebab cuak lagi ni. adoi. speaking lagi la jawabnyer. kalo aku g, doakan aku dpt yer. amin.

thanx abg Google

motif nak cerita pasal interview?? eh eh sukati aku lak. belog aku kan. kihkihkih. aku cuma nak cakap, takyah takut kalo dipanggl interview. tak ada apa pun. as long as kita confident dgn apa yg kita cakap, surely rezeki akan berpihak pada kita. sometimes diorang nak tgk kita ni yakin ke tak. tu je. cakap gebang-gebang, speaking perfect giler tapi kalo tak yakin, tak guna jugak der. betol tak?

aku rasa next time aku nak wat post pasal tips interview lak ah. okay tak? tungguuu...

Friday, April 01, 2011

| perempuan minat perempuan? |

hai. gud afternoon. Salam Jumaat, penghulu segala hari. salam 1 April. salam April Fool dan salam sejahtera.

hello macho boys and cute woman. hello worlds.

okay. my first post for this hopefully-wonderful-April. so today, aku nak tunaikan janji aku on last post on Lelaki Minat Lelaki. see? aku memang jejaka yg setia pada janji kan. setia, hensem, cute dan baik. ehem. okay tak perlu cakap banyak, aku terus ke tajuk utama.

CARA NAK DETECT PEREMPUAN ITU LESBIAN.

frankly speaking, not fair enough kan kalo kenakan lelaki je tapi perempuan tak kena. takleh3! somemore, mereka nampak makin comel bila marah kan. i like it. so gojes kata orang. kihkihkih. jom kita tengok perihal melambangkan perempuan itu lesbian.

  • berjalan berduaan berpegang tangan depan khalayak ramai.
  • berdua-duaan dengan kawan perempuan.
  • peluk memeluk dan mencium pipi dikhalayak ramai.
  • suka tengok body perempuan lain.
  • perempuan dan fesyen yang up-to-date.
  • bercakap lemah lembut dan sounds romantic dengan perempuan lain.
[thanx google]
BUT!!!!!!

  • berjalan berduaan berpegang tangan depan khalayak ramai. - ini perkara biasa untuk perempuan. mereka memang jenis yg suka berpegang tangan walau kemana pergi even dengan bf or kawan perempuan mereka sendiri.
  • berdua-duaan dengan kawan perempuan. - kalau mereka berdua-duaan dlm keadaan mencurigakan seklipun, tak ada yg peduli sebab lumrah perempuan kena berteman.
  • peluk memeluk dan mencium pipi dikhalayak ramai. -biasa sangat kita tengok mereka cium-cium pipi dan peluk-peluk bila jumpa dengan kawan-kawan mereka even yg bertudung labuh pon. siapa kisah? mereka perempuan dude!
  • suka tengok body perempuan lain. -ini memang sifat semulajadi mereka. mereka suka tengok body perempuan lain dan bandingkan dengan body sendiri. sebab tu la slimming centre tumbuh bagai cendawan. semua nak nampak cantik. utk siapa?? utk kita jugak sebagai lelaki baik + romantik. ehem.
  • perempuan dan fesyen yang up-to-date. -cuba habaq mai perempuan mana sekarang ni suka selekeh2? semuanya nak up-to-date sampaikan duk kat dalam rumah pun nak berpakaian macam nak ke shopping mall je. dan fesyen boleh buat perempuan gila. seriously. kalau diberi pilihan KLCC dan shopping. sumpah diorang pilih shopping!
  • bercakap lemah lembut dan sounds romantic dengan perempuan lain. -hell yeah! perempuan memang kaum yg lemah-lembut. so memang mereka jenis yg bercakap lemah lembut. bunyi macam kentut dalam kain. sometimes tak berbunyi tapi bisanya boleh membunuh sekandang lembu. kahkahkah. somemore, suara perempuan tu kan aurat. katanya! ada jugak jenis melalak tak ingat tempat, depends.
then, camner kita nak tau perempuan itu lesbo? here the conclusion..

PEREMPUAN SANGAT SUSAH UTK DICAM SEBAGAI PEREMPUAN LESBIAN.

kerana apa? kerana sifat dan fitrah semulajadi mereka sendiri. faham kan? or else, maybe aku lelaki dan aku tak tahu sangat nak detect perempuan itu lesbian. or ada perempuan yg leh tolong aku camner nak detect tis kind or orientation among women? anyone? leh usulkan kat kotak komen yer..:)

oh ya! ini lagi satu bukti women are complicated enough!

*peeps. ini sekadar pandangan. terpulang pada budi bicara sendiri yer..peace no war!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...