ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, December 22, 2010

| Hantu Kak Limah Balik Rumah |

hola. jarang aku wat post review filem-filem ni. but kali ni aku nak buat jugak. boleh? sebelum hangpa sibuk duk kutuk kutuk aku, aku admit aku memang agak terlambat sikit tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ni. but then, aku tengok jugak. and surprisingly, full house okay! walaupun aku rasa dah lama cerita tu keluar. isk3. hebat jugak penangan filem Mamat Khalid. ce ceghita..ce chegita. takleh blah.

semua orang cakap cerita ni sangat lawak. aku pun sangat teruja nak tengok. maklumlah, lawak kan. leh jugak release tension. hoho. mula-mula start cerita pon dah lawak la samdol. berdekah-dekah orang dlm house tu duk gelak. seyes lawak. tak leh blah bila kuar statement "amboi, panjangnya kopek dia." hahahaha..lawak giler. masa tu bomoh tersalah panggil hantu kopek. err..hantu kopek tu maknanya hantu tetek ye. tetek tu lak maknanya, err err..ah korang paham kan. ngada ngada betol.

but, cerita ni tak lucah pon. sesuai sangat ditonton seisi keluarga. dalam filem tu jugak ada sedikit sebanyak perli yg aku rasa ditujukan khas utk pucuk pimpinan negara kita nih. haha. kalau sape-sape yg perasan dialog dialog diorang, memang agak makan dalam. aku memang bagi double thumbs up ah!

ada orang cakap cerita ni seram. jadahnya seram?? tang mana yang seram sangat tu? ceh.

tapi tapi tapi. aku sedikit tak puas hati pasal cerita nih. okay fine Kak Limah tu sebenarnya tak mati, dia just dimasukkan ke hospital gila then dia lari balik umah dia. dah tu camner lak orang giler boleh berperangai hantu? camner lak tiba-tiba je Kak Limah boleh ada dalam rumah Awie tu? camner lak tetiba je Kak Limah leh ada dalam balairaya time orang sibuk bermesyuarat tanpa ada yg sedar dia masuk? ta leh tahan bila time Kak Limah naik atas bumbung, pastu siap effect bagai, macam pontianak je lagaknya. agak-agak la bro. Kak Limah tu ada ilmu hitam ke hape? kata gila. pening betol. biasalah, mutu filem tempatan kan. what do u expect. gitu!

dan yang paling best bila Awie nyanyi lagu Cinta Kristal. seyes best giler. sekarang aku tengah layan lagu tu. best gak. filem ni berjaya jugak popularkan balik lagu Cinta Kristal tu, seyes sedap. bila aku dengar versi asal pun, sedap sangat. mendayu-dayu. again, thumbs up untuk Mamat Khalid.

amacam? boleh jadi peng-review filem tak? hohoho.

notaKaklimah : teringat zaman sekolah dulu-dulu. kopak kapik disebutnya kopak kopek. cikgu ah cikgu. ajaran sesat betol.

| bingit lah! |

hola. selamat hari rabu boys and gurls. now cuaca agak mendung sikit. jap lagi hujan lah tu. dah nampak kilat memancar-mancar. now aku masih lagi di UPM tercinta. dalam proses wat final year project katanya. tapi haram! satu jadah haram pon tak buat lagi. proposal aku percaya masih lagi tergantung cantik depan bilik supervisor kitorang. mana ntah perginya supervisor tuh. bercuti kot. takkan pergi haji x balik-balik agi. pelik. shopping sakan ke hape kat Mekah nun.

srooot srooot. sadis sangat bila kena flu nih. actually baru baik demam. tinggal selsema je. shit. suara sengal. kalo karok ni sure sedap. serak serak basah gitu. Ramli Sarip pon menangis la kalau dengar. kihkihkih. sebut pasal karok nih, ada la hamba Allah tu dah la menumpang kat blok kami. siap bawak mic ngan speaker, diorang boleh bantai karok dalam blok tak kira waktu. memekak kot. kalau suara sedap, aku nak la jugak tunjuk double thumbs up kat depan diorang. nih suara haram. sumbang yg amat, pecah koyak rabak terus. pitching lari. high note low note hancuss. hampir-hampir nak gi tunjuk double middle finger depan diorang. well, aku kan baik. tak boleh wat camtu. nape nak rosakkan imej wat menda-menda camtu kan. dengar je la suara diorang yang lite lite je tu. lantak lah. lagi kuat diorang melalak, lagi kuar aku pulas volume speaker aku. biar bergegar bilik nih dengan lagu-lagu Maher Zain. aman! kihkihkih.

cuti ada lagi 2 minggu lebih kurang. dah nak masuk sem baru. my very last sem! yeay. tak sabar nak abes belajar, nak kerja. nak pegang duit sendiri. yezza.

ehem. tinggal lebih kurang 9 hari lagi nak masuk tahun baru. so aku nak cakap satu je la. toksah nak berangan bagai nak pasang azam tahun baru kalau azam tahun lepas satu haram pon hangpa tak buat. bullshit azam bagai. *tak terasa. tak terasa.

okay. selesai sesi melalut.

notaLalut : tahniah para penyanyi karoke jamban blok murni.. hujan sudah mula menampakkan bayangnya. rintik-rintik sebagai permulaan, lebat jua pada akhirnya. tahniah!

Wednesday, December 15, 2010

| selamat hari lahir mak! |

ingat lagi masa kecik-kecik dulu, hidup aku susah tapi dia kental memelihara kami. masa tu banyak sangat masalah timbul tapi dia tetap tenang hadapi semuanya. katanya 'small the pieces' gitu. dulu kami nak makan pun susah, nak sekolah pun susah tapi dia tetap berusaha sekolahkan kami. jangan nak mimpi la ponteng sekolah walau sehari. dan walau sesusah mana pun kami, dia tetap berusaha agar hidup kami macam orang lain. tak pernah sekali kami pakai baju sekolah yang lusuh bertampal-tampal. dia tak suka kami pakai macam tu. walaupun miskin, jangan sampai timbul simpati orang. hebatnya dia. dulu masa kecik-kecik, dia bersengkang mata buat kuih untuk dijual memandangkan pendapatan keluarga yang tidak seberapa. kagumnya aku akan kepayahannya.

hari ni 15 Disember 2010. genap umurnya 52 tahun. ya Allah. dah tua rupanya mak aku nih. tapi kekal bersusah payah demi memastikan anak-anaknya dapat pendidikan yang secukupnya. dia taknak anak-anak jadi macam dia, pendidikan tak tinggi. dia taknak masyarakat pandang serong kat anak-anak dia.

buat mak yang tersayang.
SELAMAT HARI LAHIR YG KE 52.

-semoga panjang umur.
-semoga murah rezeki.
semoga senyum selalu walaupun gigi dah makin takder..kih3.
-semoga sihat dan ceria selalu.

mak jangan bimbang. anak-anak mak semua dah besar panjang. pengorbanan yang mak buat tu nanti akan terbalas jua. insyaAllah. sikit masa lagi mak dah boleh duk goyang kaki je kat umah. semoga doa mak sentiasa iringi kami adik beradik. luv u so much!!!

lagi satu, jangan selalu sangat loyar buruk. kihkihkih.
kalau ada cerita hot, jangan lupa calling calling ya!
kihkihkih.

awan berarak ceria
tiada titisan hujan.
pepohon melambai
tanda sokongan
kususuri perjalanan
bertemankan senyuman
di hari lahirmu
bondaku
dedaun berguguran
menitikan kedewasaan
walau jarak kita jauh
namun kurasa sungguh dekat
kuhulurkan tanda sesegar ucapan
SELAMAT HARI LAHIR
iringi doa kuhulur
bersyukur kepadaNya
atas nikmat usia
usiamu ibarat mutiara
tiada berganti lagi
hiaskan iman bersulam taqwa
agar sempat mengucup
haruman syurgawi yang kekal abadi.

notaMak : sorry tahun ni tak dapat nak beli kek. tak dapat nak ada kat umah masa hari lahir mak. :(


Monday, December 13, 2010

| topup celcom rm10 |

motor yamaha Ego meluncur laju. destinasi aku ialah ATM stesen minyak petronas. bawak motor sorang-sorang time malam memang best. aku syak feeling dia cam lepak ngan makwe tepi tasik. pergh. dia punya feel sejuk tu. mantap. lepas settle kuarkan duit, aku senyum tengok baki dalam akaun. cukup la hidup 3 4 tahun lagi tu. aku senyum je sambil keluar dari kedai Mesra tu.

next. perlahan aku menuju seven eleven. hajat hati nak beli topup. sejak jadi bisnesman ni selalu sangat kredit henpon aku ni abes. aku syak ada orang curi pakai nombor aku nih. hangin!

motor aku parking kemas depan 7e. aku cabut helmet pastu betul betulkan sikit rambut sambil mata melirik kat akak cashier. comel. aku masuk ke dalam 7e dengan langkah penuh tertib. kurang kurang kena ada gaya lelaki melayu terakhir. akak cashier aku nampak asyik pandang aku. aku buat dunno je. kontrol macho beb. dalam kedai tu ada sorang brader rempit kot. muka gangster. aku syak akak tu taknak pandang sangat brader tu sebab aku lagi hensem dari brader tu. aku rasa la. brader tu cam cari sesuatu. berkerut muka dia. aku pergi ke peti ais. sambar air kotak dutchlady coklat. dalam prjalanan ke kaunter, aku dengar brader tu tanya akak cashier.

'kak, stokin kat mana ek?'

'sorry dik. stokin tak jual kt sini.'

'ha. ada pun. ni la stokin.' brader tu pegang kotak biru kat depan kaunter dengan selamba. 'berapa ek?'.

lepas brader tu blah. aku g ke kaunter.


'celcom rm10.' aku tahan diri supaya tak gelak. aku syak muka aku dah merah time nih. muka akak tu pun aku tengok merah semacam je. tapi kami tak gelak. aku tahan sedaya boleh.

keluar kedai, aku sambar helmet. start motor, dengan pantas aku blah dari situ. tengok line clear, aku bantai gelak puas-puas.

apa bangangnye kau ni brader rempit! tu bukan stokin la. tu KONDOM!!! diulangi. K.O.N.D.O.M. apa punya bahasa kau pakai sampai sebut menda tu stokin? agak-agak la brader.

notaStokin : ilmu makam tertinggi mana ntah brader tu pakai. stokin katanya!

Friday, December 10, 2010

| cara aku handle masalah |

hello. malam ni aku sorang sorang je duk kat kolej. eh bukan malam je. siang tadi pon duk sorang sorang je. takper. takder hal la. hati mau kental beb. menangis sebab kena tinggal ke, meraung sebab bosan ke tu belakang cerita ah ye dak?

okay. aku nak story mori sikit nih. ada la sikit moral of the story kata omputih. benda-benda mulia ni kita kena la kongsi ye dak?

ya. straight to the point.aku mula dengan cerita sikit. ala, bagi kau semua feel dulu la kan.

dua malam lepas, aku dan Miss M kuar makan kat luar. restoran ape benda ntah namanya. tak sempat nak tengok nama. asal nampak macam restoran je aku pon lepak je ah.

"order bang". tanya tukang ambik order kami 30 saat lepas kami duduk dengan penuh gaya. hidup mesti mau gaya.baru org tengok kagum!

aku pun order apa yg patot. Miss M pon leh tahan gak dia punya melantak.takper. takder hal. lapar kot. brader ambik order tadi terhangguk-hangguk tanda paham. tangan ligat tulis atas kertas kecik. lepas settle, brader lap lap meja sikit terus blah ke dapur. semangat brader nih. bagus!

aku pun layan borak borak ngn Miss M. pasal politik. pasal isu semasa. pasal belanjawan tahun baru nnti. pasal holiday. selang 20 minit, makanan kami smpai. just perfect! semua ada. takder yang tertinggal. air jus tembikai aku sedut dua tiga kali. pekat!

aku dan Miss M makan. layan. sedap. after selesai, aku angkat tangan panggil brader tadi suh kira. jerit-jerit aku tak main. takda kelasss. sambil angkat tangan mulut aku berbisik 'bill please.' brader tu dengar ke tak dengar tu belakang cerita. aku dah buat isyarat tangan. brader tu datang dengan gayanyer sambil tangan seluk poket depan apron sambil keluarkan kalkulator. Miss M sibuk lap mulut ngan tisu sambil kontrol ayu.

'makan ape bang?' gentleman gila suara brader ni.

aku dah pening dah cuba nak ingat apa yg aku makan tadi. berkerut dahi aku nak sebut makanan aku order tadi. bila aku dah ingat, aku terus angkat muka dengan yakin.

BigMac set besar dengan McChicken Deluxe set medium. aku senyum puas.

brader tu aku tengok perlahan-lahan pusing ke belakang lepas cakap 'jap ye bang, sy ambik kertas order tadi.'

aku senyum. Miss M dah merah mukanya.

sekian.

so moral of the story. kita sebagai manusia yang matang ni tak perlu marah-marah. sometimes problem ni kita kena handle dengan penuh profesional. tengok cam aku. rilex je. hati kena cool beb. senyum jangan lupa.

notaMoral : nak cuba boleh, tapi tengok keadaan jugak la yek. kalau kena brader brutal yg amek order, jangan sesekali buat aksi tu. customer not always right. silap-silap kaki meja atas kepala kau. [ cerita ada sedikit unsur rekaan bagi menambah perisa ]

| pensel dan pemadam |

pencil : i'm sorry..

eraser : for what? you didn't do anything wrong.

pencil : i'm sorry because you get hurt bcoz of me. whenever i made am mistake, you're always there to erase it.but as u make my mistake vanish, u will lose a part of yourself. u get smaller and smaller each time.

erase : that's true. but i don't really mind. u see, i was meant to do this. i was meant to help u whenever u did something wrong.even though one day,i'll be gone and u'll replace me with a new one, i actually happy with my job.so please stop worrying.i hate seeing u sad.

************************************************************

camtu la jugak sahabat. sahabat tak sama macam kawan. kita ada banyak sangat kawan. laki perempuan pondan tomboy. kawan selalunya ketawa sama-sama ngan kita tapi takkan menangis sama-sama ngan kita. kawan selalunya rapat bila kita senang tapi tak ada sorang pon kat sebelah kita bila kita dalam kesusahan. tapi sahabat tak camtu. sahabat akan selalu berada kat sebelah kita tak kira waktu senang or waktu susah. so aku harap orang-orang yang sebelum ni kawan aku akan bertukar jadi sahabat aku. aku taknak kawan ngan korang tapi aku nak bersahabat ngan korang.

hoho. post yang agak skema.

tapi betul kan. cuba kita perhatikan. dalam kita berkawan, seringkali kita terasa hati, tersentap, terkecik hati, terguris hati. hingga lama-lama hati kita tu kita rasa macam makin mengecil hingga tak ada yang pedulikan kita lagi. tapi kita tetap berkawan dengan diorang, sebab bagi kita bila berada disamping kawan tu adalah satu memori yg indah. tapi bagi kawan itu sendiri? teouk dada tanya selera.

notaKawanVsSahabat : peluk erat tubuhku, genggam erat jariku..gitu!!

| personaliti menurut bulan Islam |

hai. salam malam Jumaat. kehkehkeh. post kali ni aku nak bawak satu kelainan sikit. cuba teka apa dia. teka la. teka la. gedik sangat. okay. post kali aku nak bawak kita kenali identiti seseorang melalui bulan kelahirannya. ops. bukan bulan biasa biasa tu ye. ni kelahiran dalam bulan Islam. ha. kan satu kelainan tu. apa barang tengok melalui bulan Januari Februari bla bla bla tu kan.sempena nak hujung hujung tahun ni, meh la kita sama-sama lihat siapa sebenarnya kita. xoxo. yezza. jom cekidaout!

MUHARRAM - anda seorang yang pendiam dan sihat akalnya. mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna. jika dididik dengan baik, anda boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada pada anda. anda mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaan selamat.

SAFAR - tabiat anda buruk.anda tidak suka mengakui kesalahan.ibu bapa anda perlu mendidik anda bagi menghilangkan tabiat buruk itu. jika tidak kehidupan anda akan menjadi lebih susah dikemudian hari. namun, jika anda melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL - perwatakan anda baik.mungkin anda akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.dalam pekerjaan ramai yang sukakan anda.sifat negatif anda termasuklah kurang sabar, keras hati dan mudah marah.

RABIULAKHIR - perwatakan anda jahat. hati anda tidak tetap. fikiran dan kemahuan anda pula lemah, buruk nafsu, berwatak kasar dan seseorang yan suka memukul.kehidupan anda menjadi sukar kerana tabiat buruk anda itu. ibu bapa menempuh kesukaran dalam mendidik anda.

JAMADILAWAL - anda mempunyai keyakinan diri yang tinggi. anda berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh dan merbahaya. keberanian anda akan membuahkan hasil dan juga kadangkala menemui kegagalan.

JAMADILAKHIR - berwatak berani dan hormat kepada orang lain.orang yang kaya dengan ilmu dan kepakaran. apabila sedar akan kesilapan dan kekeliruan, anda mudah mengakuinya. bila anda tahu anda benar, pendirian anda keras dan tidak mahu mengalah.sewaktu kecil, ibubapa anda perlu mendidik anda dengan baik agar sifat-sifat yang baik menyerlah. jika baik asuhannya, maka anda adalah anak yang akan menyenangkan ibu bapa dan keluarga.

REJAB - sewaktu kecil anda seorang anak yang degil dan nakal. ibu bapa anda patut mendidik anda dengan baik agar anda dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. ketika sudah dewasa, anda suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.ini agak berlainan dari sikap anda ketika kecil.walaubagaimanapun, hidup anda selamat dan sentosa.

SYAABAN - perwatakan anda baik.hidup anda selamat dan rezeki anda tidak putus-putus. sewaktu kecil, anda mudah mengalah dengan kawan-kawan. kelakuan anda baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang kepada anda. ketika dewasa, anda akan berjaya dalam segala kerjaya dan mudah mendapat rezeki.

RAMADHAN - anda baik, pendiam dan suka merendah diri. anda tidak angkuh kepada teman yang dikenali. anda tidak suka menonjolkan diri. kehidupan anda selalu selamat.

SYAWAL - perwatakan anda keras. hati anda keras. anda tidak suka dikalahkan oleh orang lain. hal ini membahayakan hidup anda. didikan yang betul diperlukan supaya kehidupan anda kelak tidah susah kerana perangai keras hati anda. dan anda selalu bergaduh terutama dalam isu mencari rezeki.

ZULKAEDAH - pendiam. banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi perkara buruk. anda banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti anda kan mendapat hasil yang sangat baik. tapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, perbuatannya kadangkala menjadi sangat keliru. anda seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir.

ZULHIJJAH - jika anda jahat, anda terlalu jahat tapi jika anda baik, anda terlalu baik.anda sering mendapat padah atas perbuatan anda sendiri. anda sukar mengawal perasaan, kadangkala terlalu berlebih-lebihan dan sebaliknya.sukar mempertimbangkan akan baik buruk perbuatannya. seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.


notaBulanIslam : aku lupa aku lahir bulan apa. aih.

Thursday, December 09, 2010

| kita dan EGO |

hai. ye selamat hari khamis malam jumaat. gitu. gatal kan. kehkehkeh. aku agak bosan sebenarnya. yelah. masa terluang banyak dibazirkan begitu jer. oh! sangat syaitan perangai kan. ya! hanya syaitan yang suka membazir. err..aku manusia. eh. ha! yela kan. aku manusia. tapi, ah abaikan!

post kali ni aku nak cerita pasal hubungan antara lelaki dan perempuan. kadang-kadang dah macam Dr Love dah aku ni kan. ya. sikit-sikit cerita pasal cinta. eh jap. Dr Love tu kalo tukar dR Love, chomey je kan.

*ampun dR Rozmey. kehkehkeh.

aku nak bawak korang selami satu perasaan yang wujud dalam hubungan lelaki n perempuan nih. or dalam erti kata lain dalam couple nih. ha. cuba teka. cuba teka. ya! EGO. bila lelaki nak makan kat kedai mamak sebab ada tayangan bola Malaysia lwn ManU tapi gadis nak makan kat kedai Kak Leha sebab ada tayangan cite Korea 'Autumn in My Heart'. dua-dua taknak kalah. last-last gaduh, masam-masam muka. balik rumah je penyudahnya. makan kat rumah. selang beberapa jam, hati dah mula merindu meratap bagai. nak mesej, tapi sebab EGO punya pasal. sanggup merindu.

orang kata lelaki amat tinggi egonya. hoh?! ye ker. aku nafikan sama sekali. sebab apa? okay kalo ko kata lelaki tu ego, kenapa kau still taknak kalah dengan lelaki? kau expect lelaki akan sentiasa cair dengan rayuan rengekan ratapan sanubari kau? come on gurls! lelaki n perempuan ada ego masing-masing. lagi hebat ego perempuan.


bagi aku la kan. ego lelaki tak seharusnya jadi satu persoalan atau jadi satu isu. yelah, kami lelaki. dalam Islam sendiri ada menyatakan lelaki adalah ketua keluarga. anggap je lah ego lelaki tu adalah satu kelebihan lelaki. err..bukan kelebihan tapi lebih kepada satu ciri-ciri atau satu kelainan yang lelaki harus ada untuk terajui satu perhubungan. lelaki macam aku bila dah sayang sangat kat perempuan, sedaya upaya kitorang cuba untuk turunkan ego kitorang. tapi kitorang TAK BOLEH buang ego tu sebab ego tu yg membezakan lelaki dan perempuan.

bayangkan ego langsung tak wujud. lelaki sentiasa bawakkan handbag perempuan. lelaki sentiasa makan kat hotel-hotel or restoran-restoran besar bila keluar dating. lelaki akan mula lupakan bola sepak. lelaki akan mula menurut semua kata-kata pasangannya. dan banyak lagi akibatnya. ya! semuanya sebab lelaki akan buat apa saja demi cinta hatinya. betol. aku setuju sangat.

so, dalam couple we suppose hargai sifat ego tu sendiri sebab ego tu la yang menjadikan hubungan lebih menarik dan mencabar. betul. takkan kita sentiasa nak hubungan yang lancar tanpa ada masalah langsung sedangkan masalah tu yg akan buat hubungan kita jadi lebih menarik dan matang. sape setuju sila angkat tangan! haha.

aku suka jadi lelaki eo sebab aku nak uji sejauh mana cinta pasangan aku tu. kihkihkih.

notaEgo : yamaha Ego bukan faktor kelainan lelaki dan perempuan. harap maklum!

| tolong jangan jadi DIVA yer? |

hai. emosi kurang sihat. seperti mahu mencaci maki sedikit.

oh ya. aku nak habaq mai. kita sebagai manusia ni, kena la sedar kita ni siapa. bumi mana kita pijak hentak. langit mana kita junjung. okay.


agak klise bunyinye.

kita ni sebagai manusia, sedar la sikit taraf kita. belajar kita tu tahap mana je? gaji kita ribu riban tu tahan sampai bila je? kete kite yg besar gedabak laju berdesup tu kalo eksiden kemik jugak. rumah besar 100 km dan nampak bumbung tu kalo terbakar, abes jugak.

so tak perlu la kita nak berlagak jeling-jeling orang sebelah hanya kerana dia agak berlainan dan nampak tarafnya rendah dari kita. tak perlu semua tu. tak perlu. dia manusia, kita manusia. sama je. apa kata kalau kita simpan ketat-ketat, genggam kemas-kemas perasaan EGO kita tu. jangan tonjolkan. malu la.

boleh? sama-sama la kita ye.

notaEgo : simpan je lah perasaan DIVA melets kau tuh! boleh?

*post yang agak sopan santun. aku hampir muntah 18 belas kali masa nak taip. pernah ke aku jadi sesopan ni?

Wednesday, December 08, 2010

| al-kisah formSpring |

hello handsome boy and gedix girl sekalian. how's ur day? good if it's really a good day. too bad if it's a bad day. hari aku hari ni lite-lite je. makan tido makan tido. ye. agak santai sebenarnya.

okay. aku just nak share. ada la beberapa soalan kat formSpring aku. asked by anonymous AKA orang yang berselindung disebalik tirai kamar. mungkin malu sebab kechomelan dan kehenseman yang ada kot. takper, aku paham. jom.

1) kenapa blog kau ni aku tengok banyak post yang kutuk perempuan?
aku syak kau perempuan, sebab tu kau bising kan. oh ya! aku suka tengok perempuan melatah dengan post aku. it such a game. and i won it! gitu~ sebenarnya, perempuan nampak chomel sgt2 bila marah. and i like it!

2) nape dah makin kurang update blog?
aku agak busy lately. mencari modal nak kutuk kaum hawa lagi. eh tak. aku busy dengan urusan duniawi. MasyaAllah.

3) agak-agak, ko rasa ko hensem tak?
oh! aku tak pasti aku hensem ke tak. but then, kalo tak silap aku ada satu hadis menyatakan 'manusia dicipta sebaik-baik kejadian'. so as long as aku manusia, aku patot rasa aku hensem la kan. ko hensem ke tak? hensem kot. tapi aku lagi hensem dari kau la kn.

4) ko pernah bercinta ke tak sebenarnya?
cinta tu ape? aku terlalu sibuk mengejar harta dunia nih. jangan kacau.

5) ko ni macam sesuatu sangat la. ko gay ker?
shit sgt soalan. trimas sebab tanya. here is my answer, kalo aku gay and ko lelaki ko nak kapel ngn aku tak? kalo aku bukan gay and ko girl, ko nak kapel ngan aku tak? kalo dua2 soalan tu tak, suka hati aku la gay ke tak. paham? tak.

6) ko suka aku?
aku suka ko. sila la tanya 'bila kita nak kapel?'. aku nak jawab nih.

7) ciri-ciri perempuan idaman kalbu?
cukup dia memahami aku dan tak paksa aku ubah diri aku khas untuk dia. sebab aku taknak kehenseman yang aku ada dicacatkan dengan sifat hipokrit ye.

8) bila kita nak dating?
bila kau dah tak berselindung disebalik anonymous tu. kehkehkeh,

sekian. tu sedikit sebanyak soalan yang singgah kat formSpring aku tu. bila fikir-fikir balik, kelakar pon ada. tak leh blah bila ada yang tanya, ko lelaki ker? banner aku kat atas tu tak cukup besar ke weh?

notaForm : tanya la lagi soalan selagi kau mampu bertanya. aku nak jawab dengan hati yang mekar berbunga nih.



Friday, December 03, 2010

| hati dan perasaan |

mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pembeian tersebut. apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk diam di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

[kredit to abg google]

memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. jangan harapkan cinta sebagai balasan. nantikan sahaja ia mekar di hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya boleh jadi palsu. jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, perhilag kemana-mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana nada hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan diri anda kuat, kesediahn yang cukup untuk memastikan anda adalah seorng insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah yang ia mungkin akan menyakitkan orang lain juga.

[kredit to abg google]

kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memliliki segala yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam kehidupan mereka. kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang tealah mencari dan mereka yang telah mencuba. hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

semasa anda dilahirkan, anda menangis di saat orang sekeliling anda tersenyum. teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

notaHati : mohon sampaikan pada semua orang yang anda sayang, sebagai peringatan buat semua.

p/s : semoga kamu bahagia selalu.

Wednesday, December 01, 2010

| kenangan MRSM |

pejam celik tido bangun kencing berak sedar-sedar dah hampir 3 tahun aku melabuhkan punggung berada kat UPM ni. sekarang dah nak masuk sem akhir dah pon. dan sem 5 dah selamat aku lalui dengan jayanya. eh eh belum. result belum keluar agi lah. damn! sekarang aku cuti semester but then aku still berada kat UPM tercinta sebab nak siapkan final year project (fyp) kononnya. proposal pon tak siap agi nih. hoyeah!

sempena aku dah nak habis belajar nih, aku nak bawak korang mengimbau kenangan zaman-zaman sekolah dulu la kan. tiba-tiba malam malam camni nak menggamit kenangan masa lalu lak. haih~ layankan je lah yea. woha! aku nak story sikit masa zaman-zaman aku baru nak masuk sekolah menengah dulu la.

once upon a time, ceh macam story fairy tale lak kan. konon-konon cinderellah tertinggal kasut kaca la. blah!

aku ingat lagi dulu masa nak masuk sekolah berasrama penuh, aku ingat lagi nama sekolah tu. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang. masa tu happy giler ah. konon-konon dekat ngan kampung la kan. leh balik tiap-tiap minggu jugak la katanya. hoh?! masa mula-mula sampai tu, pergh aku serius kaget ala-ala jakun kejap la. gila besar sekolah tu. lepas daftar, kitorang kena kumpul kat dewa sebab ada taklimat sikit. beselah setakat ucapan selamat datang tu, pastu ayat-ayat klise 'kami berbangga dengan kedatangan anda ke sekolah kami'. huh! acap kali aku dengar statement camtu. kihkihkih. lepas habis ucapan tu kami pun balik la bilik.

masa kat bilik, mak ayah aku tolong la apa yang patot. kemaskan katil, kain baju letak dlm loker. cam manja sikit masa tu kan. lantak ah. pedulikan apa orang nak kata. aku ada mak bapak kot. kihkihkih. masa tu aku rasa cam aku sorang je yg bawak beg besar gedabak. agaknya masa tu aku angkut semua kain baju yang ada kat umah kot. ala-ala lari dari rumah gitu. ampun mak. hoho. pas siap semua, mak ayah aku pon nak blah la kan. padahal masa tu ramai lagi mak ayah orang lain yang tak balik agi. biarlah, mak aku suh berdikari sikit katanya. kenal-kenal ngan kawan tu. nanti duk sama-sama jangan nak gaduh lak. yelah mak. yelah. ish. aku ni budak baik lah. mana ada gaduh2 nih.

aku hantar mak ayah aku depan surau, lepas salam peluk cium semua mak ayah aku pun blah. bila dah tak nampak batang hidung diorang, aku pon slow-slow la kan nak naik bilik. masa tu macam ada air mata nak keluar je, konon-konon sayu la kan. tapi aku kental beb, anak jantan la katakan. kesat air mata laju-laju, buat muka selamba. konon-konon gangster la. ceh!! naik bilik, tinggal budak-budak bilik aku je. mak ayah diorang dah blah gak kot. aku pun lemparkan senyuman, masa tu rasa cam hensem giler ah. nasib baik budak bilik aku jantan semua kan. sia-sia je senyuman terbaik yang aku bagi tadi. takpe, maintain senyum. pastu mula la berkenalan bagai kan.

'hai. saya *****. awak?'

yang takleh blah ni ada yg terus tanya result UPSR. hello! kalau dah masuk MRSM tu, of coz la result au 5A. lagi mau tanya! ish. tapi sebab aku budak baik, aku jawab je dengan sopan, 'saya dapat 5A je.'. gitu!

siang tu okay lagi r. masa aku dah nak tidur malam tu, aku dah start feeling perkara yang pelik-pelik. sekali aku dengar betul betul. ceh! bunyi orang duk sedut hingus baik punya! rupa-rupanya semua pakat duk nangis rindu mak ayah. ish. tak kental ah korang ni. cam nak sepak-sepak je sekor-sekor. siang tadi muka sekor-sekor punyalah gengster, riak takbur pun ada. macam-macam! aku ni tergelak sorang-sorang bawah dalam selimut. kihkihkih. aku tak nangis okay!!

hah. tu la cite aku masa mula-mula masuk sekolah asrama penuh dulu. rindu ah zaman sekolah dulu. tapi kan, bila aku ingat-ingat balik cam ada yang tak kena je ngan memori zaman sekolah nih. puas aku selidik. puas jugak la aku hentuk kepala kat dinding nak tahu kenangan sebenar. rasa-rasa cam dah betul nih. tiba-tiba aku teringat,


shit! aku mana pernah masuk MRSM. aku sekolah menengah harian biasa je kot. oh, salah cerita lak.

konon-konon sedang menggamit kenangan lama. ceh!


notaMRSM : kihkihkih.sekali salah cerita daaaa.

p/s : aku sure korang pun pernah nangis-nangis masa first time jauh dari mak ayah kan. jngan nak tipu.

p/s/s : first time aku belajar jauh dari mak ayah aku masa masuk Kolej Matrikulasi Johor la kot. tapi aku tak nangis okay! jiwa kental~

p/s/s/s : aku gembira bila dengar kawan aku gembira kerja kat tempat baru. semoga dia selalu success!! amin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...