ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Sunday, February 27, 2011

| budak gemuk dah jadi makin tua |

hello boys and girls.

ari ni tak mo cakap pasal duniawi or akhirat-wi. kihkihkih. just nak ucap HAPPY BIRTHDAY ke 20 to mohd shuib mohd razif aka adik aku yg paling gemuk dan paling gempak sebab dapat dekan setiap sem. damn! i jeles oke.

but but but, yg penting angka umur beliau dah masuk ke 20-an. no more childish behavior. agak-agak kalo perangai macam budak-budak agi, memang tahap mintak lempang barang 18 kali.

ni tengok sape dia budak yg tak comel ni? jom jom jom.

see?? gemuk macam apa? ehem.

haha. best tak kena tepung? best kan.

aku bukan lupa nak wish tau. aku busy sikit.hoho. no hadiah-hadiah ye. kalo nak jugak, aku bagi ciuman je dari jauh. geli tak?

Thursday, February 24, 2011

| so-called-demonstrasi. tegakkan keadilan katanya! |

hello boys and gurls.

pejam celik pejam celik dah hari Khamis ye dak? cepatnya masa berlalu kan. esok Jumaat then weekend datang lagi. then Isnin pastu pejam celik pejam celik Khamis. pastu weekend datang lagi, pastu Isnin lagi pastu pejam celik pejam celik, dah Khamis pastu weekend. pastu...pastu...pastu..eh. dah graduate dah. kihkihkih.

oh ya! sebut pasal graduate2 nih,tetiba je rasa sangat tak sabar nak habis belajar. sebab apa? sebab malas tol nak mendengar rusuhan-rusuhan pelajar yg err..err..err..entahlah. perjuangkan hak mahasiswa katanya. ke perjuangkan meruntuhkan bangunan pentadbiran. erk?! tersasul lak.

SERDANG - sekumpulan 200 orang pelajar Pro-Mahasiswa (pro-M) bertindak merempuh pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

tindakan itu diambil kerana mereka tidak berpuas hati dengan pembatalan kemenangan 11 calon pro-M.

rempuhan itu menyebabkan tiga kakitangan universiti termasuk dua pengawal keselamatan cedera di tangan terkena serpihan kaca.

seramai 10 pengawal keselamatan berada di pintu masuk berkenaan unutk mengawal keadaan yang kecoh sewaktu insiden itu berlaku.

Sumber universiti memberitahu, kumpulan terbabit yang utrut disertai oleh gabungan pro-M dari universiti lain yang mula berkumpul di sekitar pejabat tersebut sejak 10.30 malam kelmarin menunjukkan protes terhadap keputusan pembatalan kemenangan 11 calon mereka dalam pilihanraya kampus yang diadakan kelmarin. [SUMBER]

ya! kejadian di UPM. dan itu universiti dimana MAK AYAH AKU HANTAR UNTUK AKU BELAJAR DAN BERJAYA DALAM HIDUP. dan aku yakin, mak ayah mereka-mereka yang terlibat juga hantar mereka kesini untuk belajar dan jadi manusia berguna. maksud berguna disini ialah err err err..bergunalah. leh bantu naikkan ekonomi negara or leh bantu mak ayah kat kampung dengan dapat pekerjaan yang bagus-bagus. bukannya berguna dari segi meruntuhkan bangunan. okay?

yang paling sucks giler, ada gabungan pro-M dari universiti lain?? motif korang menyibuk? last-last nama baik universiti aku jugak yang buruk. univerisiti kau? bagus sangat perangai kan.




serius aku sangat tak paham apa sebenarnya yang diorang nak. memberontak tak tentu hala. dari sebelum pilihanraya lagi dah nampak diorang buat isu pelik-pelik. post macam-macam video kat facebook. aku tak tengok pon video-video tu. cam menyampah lak. korang sibuk memperjuangkan Islam pada dasarnya, tapi perangai korang langsung tak mencerminkan Islam. tak malu ke baut camtu? tak malu kat kaum lain? tak malu nanti kaum lain ingat Melayu ni memang suka merusuh? hah?! tak malu ke bai??

okay fine. mungkin ada sebab korang buat semua tu. nak menegakkan keadilan. fine. if korang betul, berbaloi ke dengan semua tu? berbaloi dengan nama universiti yg sedikit tercemar tu? berbaloi? come on la. fikir la dengan waras. jangan asyik nak gelabah je bai.


kata mereka, lupakan isu pecah pintu. sekarang kita siasat isu pecah amanah. hoh?! wadafak. tukar isu ke bai? sekarang ni dh macam-macam versi cerita yang aku dengar. yang mana betol yang mana salah? aku pun pening. dua-dua salah. tapi tak perlu sampai nak memberontak. malu la kat U lain. malu taw x??!!

dah la. malas nak cakap. aku datang sini nak belajar. dah grad nnti, nak kerja bagus-bagus. lagipun, buat rusuhan or so-called-demonstrasi tu bukannya leh masuk dalam resume pun.

notaRusuhan : pasni nanti kalau orang tanya ko U mana, aku still jawab UPM. sebab aku bangga dengan UPM. kalau diorang tanya pasal rusuhan or what-so-ever nih, aku jawab je "ntah, bukan hal aku."

Tuesday, February 22, 2011

| MMMR 2011 - yang terakhir kot. |

hello boys and gurls. miss u damn much. boleh?

okay. petang nih tak nak cakap banyak. nak kongsi gambar-gambar MMMR aku hari tu. kalo nak tengok, tengok je okay. taknak tengok, apa boleh buat. tengok jugak! kihkihkih.

tu dia poster.
Majlis Makan Malam Rasmi (MMMR)
Kolej Canselor, UPM
tempat : Hotel Pan Pacific, KLIA
tarikh : 20 Februari 2011
tema : Medieva Elegance
"hadirmu satu inspirasi, pergimu mencurah bakti."

majlis ni sebenarnya untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yg bakal bergraduat tahun ni. insyaAllah aku diantara satu pelajar tersebut. sedih siot nak tinggalkan kolej ni dan UPM. kawan-kawan sini best. understanding dan sangat open. kutuk caci maki pon tak ada hal punya. kawan-kawan, janji ya kita kawan sampai bila-bila..:)

jom tengok pic kami lak.

see? elegance ke tak? ha! tak? okay.

ehem, kalau nak tengok pic-pic lain. sila la ke facebook aku ya. hehe.

malas nak cakap banyak, let pic tell you everything. woha!

Saturday, February 19, 2011

| penipuan pasal univerisiti |

hola all.

apa aktiviti di hari Sabtu nih? mesti korang sibuk plan nak kuar jenjalan weekend nih kan. well, it's a weekend bro. weekend. takkan nak bergelumang dengan kerja + assignment jugak kan. tak der life la der. *wink!

aku yakin ramai diantara blogger-blogger nih adalah terdiri dikalangan pelajar Universiti kan. thumbs up! korang semua termasuk aku adalah harta berharga negara. betol tak? hebat kan. *bangga jap oke. memandangkan korang semua student Universiti tak kira la universiti mana pon, korang ingat tak zaman sekolah dulu-dulu. pelbagai penipuan yang depa duk canangkan kat kita tentang life kat universiti? ada certain yg aku masih duk ingat sampai sekarang.

1)... belajar kat universiti tak macam sekolah. kat sekolah cikgu yg bertungkus lumus bg nota kat murid-murid. kat universiti korang kena cari sendiri. dalam kuliah pandai-pandai la salin nota. kalau lambat, tak dapat la. ----> WTH. hello.nota pon lecturer yg bagi tau. siap ada kelas maya agi, which satu laman yg kita boleh download nota kuliah. ha..lecturer sekarang baik-baik tau.

2)... dah belajar kat universiti nanti, jangan harap la nak tidur awal. asyik kena stay up je nanti. pastu hari-hari kena bangun awal lak tu. ----> memang! selalu sangat stay up. tapi tai bukan utk study. lebih kepada online and borak-borak ngan kengkawan. pastu main game. ha.stay up la sangat kan. bab hari-hari bangun awal tu, aku langsung tak sokong. selalu je aku bangun matahari dah atas kepala. well, ada certain universiti yg benarkan pelajar sendiri susun jadual kelas sendiri mengikut kesesuaian kursus. hah! tak ada maknanya bangun awal hari-hari. bidaah!

3)... lecturer bagi kuliah laju giler. siapa yang taip laju, untung r. tapi siapa yang lembap? nasib korang la. nak selamat, beli perakam suara. rakam kuliah tu then nanti bila dah free, dengar balik then wat nota. ---> no no no.ini tipu! tak laju pun la. biasa jer. aku rasa zaman sekolah dulu lagi laju kot. paham ke tak paham ke, lantak. janji belajar. but now, aku rasa lecturer okay je. siap tanya paham ke tak then abgi example yg mudah. hah. kami lebih paham. sempat je aku salin nota sambil lukis-lukis kartun sikit. *wink!

4)... lecture disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. baik bwk kamus kalau tak paham. ---> no no no.bullshit. pemahaman pelajar tu penting bagi lecturer. kebanyakan akan sampaikan kuliah dalam dwibahasa. yela, bukan semua orang terer bahasa Inggeris okay. nota memang dalam bahasa Inggeris. tapi bila nak fahamkan pelajar, lecturer akan guna bahasa Melayu jugak. pelajar paham, dpt high skor time exam. then lecturer pun lega hati. win-win situation nama dia.

5)... lecturer masuk, bagi lecture bla bla bla. then keluar. korang paham ke tak paham ke, korang punya pasal. ---> ini lagi bullshit. siapa cakap? lecturer kami siap gurau-gurau lagi tau. bukan kuliah semata-mata. sebelum keluar, lecturer akan pastikan kami faham. kalau tak faham, dia gunakan contoh lain pulak sampailah kami faham. nice!

contoh-contoh yg aku bagi tu berkaitan dengan universiti aku la. tak der la seteruk yang dicerita zaman sekolah dulu-dulu. bullshit sangat semua tu. menakutkan pelajar-pelajar sekolah jer. aku rasa student universiti kena buat roadshow ke sekolah-sekolah la untuk hapuskan pemikiran camni. okay tak? kihkihkih.

itulah sedikit sebanyak yang aku still ingat. korang camner? jom kongsi-kongsi sikit.


Friday, February 18, 2011

| mencari sesuap nasi cara gampang |

hello charming guys and gurls. err..i mean cute gurls.

salam hari Jumaat, penghulu segala hari.

masih ingat entri aku pasal sesuap nasi? berbagai cara manusia masa kini mencari sesuap nasi kan. so hari ni aku nak kongsi satu lagi teknik mencari sesuap nasi yg belum pernah aku dengar. agak rare bunyinyer. jom.

Dear All

I cannot stop myself from sharing this with all of you.

Its all started when I received a call from someone claiming that he was from Maxis and he asked me to shutdown my phone for 2 hours for 3g update to take place. As I was rushing for a meeting, I did not question and shutdown my cell phone.

After 45 minutes I felt very suspicious since the caller did not even introduce his name. I quickly turned on my cell phone and I received several calls from my family members and the others were from the number that had called me earlier - 3954380.

I called my parents and I was shocked that they sounded very worried asking me whether I am safe. My parents told me that they had received a call from someone claiming that they had me with them and asking for money to let me free. The call was so real and my parents even heard 'my voice' crying out loud asking for help. My parent was at the bank waiting for next call to proceed for money transfer. I told my parents that I am safe and asked them to lodge a police report.

Right after that I received another call from the guy asking me to shutdown my cell phone for another 1 hour which I refused to do and hung up. They keep calling my cell phone until the battery had run down. I myself lodged a police report and I was informed by the officer that there were many such scams reported. MOST of the cases reported that the victim had already transferred the money! And it is impossible to get back the money.

Be careful as this kind of scam might happened to any of us!!! Those guys are so professional and very convincing during calls. If you are asked to shut down your cell phone for updates by the service provider, ASK AROUND! Your family or friends might receive the same call.

Be Safe and Stay Alert!

Please pass around to your family and friends!


sorry la. kopipes je. malsa lak nak taip. btw, paham kan? korang kan hebat-hebat dalam bab spiking-spiking nih.

so buat blogger-blogger semua, mohon korang untuk share benda ni sebagai peringatan buat semua. jangan sampai terkena pada keluarga kita mahupun sahabat kita sendiri. manusia kini sangat kreatif menipu dan menganiaya manusia lain.

sumber : klik sini.

Monday, February 14, 2011

| sekadar berkongsi info Valentine |

hello guys and gurls. whassup? bermesra di Hari Valentine?

14 Februari. anything special? well, it just another Monday rite? nothing much. the same day like always. well, siang tadi aku ada something yang agak special. sempena Valentine kata orang. iaitu jeng jeng jeng. Test 1 Kenyataan Maya. kihkihkih. tak tido siot semalam study sampai lebam. okay tipu. aku tido wal kot semalam. kesihatan diri tak begitu memberangsangkan so tak leh nak pura-pura stay up utk study. ya. study. sila percaya. akhirnya, terkebil-kebil jawab test tadi. cam hampes. dengan kepala yg pening-pening lalat. nasib badan.

after test, badan cam segar semacam je.hoho.

aku nak berkongsi sedikit fakta pasal Valentine's Day nih. tak abis-abis Valentine aku nih kan. nak baca, baca je lah. taknak baca blah ah. ku ape kisah. ye dak? info ni aku dapat dari artikel yang dikeluarkan oleh satu badan persatuan kat UPM nih. dan aku nak la jugak share ngan pembaca blog sekalian. okay? mungkin info yg agak klise dan biasa didengar. tapi nak share jugak. aku peduli hape.

as we know, Valentine's Day tu haram disambut oleh umat Islam atas beberapa faktor. takkan tetiba lak nak haram kan. mesti ada sebab. so jom kita tengok pendapat mengenai Valentine's Day nih.

1... mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

2... kematian St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.

3... dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andulisian di Sepanyol. St Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. disebabkan sumbangan beliau itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. tanggal 14 Februari 1492 merupakan hari kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap hari itu sebagai hari kasih sayang kerana mereka menganggap islam adalah agama yang kejam.

4... sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim emngawan mereka jatuh pada 14 Februari. ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

okay itulah sedikit sebanyak pendapat yang diutarakan. well, mostly dari kita berpegang Hari Valentine tu haram disambut sebab itu adalah hari kejatuhan Islam tapi rupanya, ada jugak benda lain yang berlaku pada tarikh tersebut. yang no 4 tu betul la kot. sebab tu couple-couple pun tiru sama camtu kan. mengawan pada 14 Februari. burung sangat!

"barang siapa yang meyerupai satu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (riwayat Imam Abu Dawud, hadi no : 3512)

Wallahualam.


* selesai sudah Valentine tahun ini. jom kita tunggu sembilan bulan lagi berapa banyak anak-anak yang dibuang oleh burung-burung yang mengawan hari ini.

Saturday, February 12, 2011

| open relationship |

hello boys and gurls. how are you guys today. well hari minggu shoud be better than hari bekerja kan. yes.just admit it.

hari ni 12 Februari. guess what? lagi 2 hari kita nak sambut Valentine's Day which is hari yg orang-orang akan sebarkan Valentine's Day tu haram dan berlambak-lambak lah artikel pasal Valentine akan keluar dalam blog ataupun facebook. like always. surat khabar pun akan mula keluarkan artikel pasal Valentine siap dengan dalil-dalil dan fatwa ulama terkenal. Alhamdulillah, membendung maksiat.

but but but, membendung maksiat tu memang kena buat hari Valentines je ke? hari lain? sebab katanya Valentines adalah hari maksiat. bullshit. maksiat tak kenal hari bai. hari-hari berlaku maksiat bai. nak nak khamis malam jumaat. semua duk amek keberkatan malam Jumaat. cam gampang. err..yg dah kahwin tu lain cerita yer. diorang dah halal. lantak lah.

kat blog pon aku dah ternampak satu poster or kempen anti Valentines. gigih kan. harap-harap orang yg sibuk duk sebarkan kempen tu adalah orang-orang yang tak pernah beriya-iya nak sambut Valentine lah ye. kalau tak, again u're bullshit.

okay enough. aku bukan pakar nak cakap pasal-pasal hukum nih semua. kang terkeluar lak hukum-hukum palsu,tak pasal-pasal kena banned lak nanti. cuma aku nak cakap kalau Valentines tu adalah hari maksiat, u're wrong my dear. maksiat berlaku hari-hari. think! jangan cepat melatah pastu gelabah tak tentu pasal.

pernah dengar pasal OPEN RELATIONSHIP? well, menurut pemahaman aku la kan, open relationship ni adalah hubungan dimana satu couple tu bersetuju bahawa mereka boleh berjumpa, flirting or having sex dengan orang lain dan pasangannya itu tak boleh menghalang perbuatan tersebut. mostly, open relationship ni berlaku dalam hubungan homoseksual tak kira la gay or lesbian. sebab mereka having sex dengan orang lain selain pasangan mereka sendiri. tapi tak semua. ada jugak yang setia dengan pasangannya sendiri. well, terpulang pada pendirian lah kan.

what can i say about this? bullshit. yes. a-well-done bullshit. hidup berlandaskan nafsu semata-mata. siapa yang suka dengan open relationship? hidup berkongsi orang tersayang dengan orang lain. ada yang suka sebab tak membebankan dan tak nak orang tengok kita tak laku sebab tak ada pakwe/makwe. well, again bullshit. ala-ala asal ada couple je. but still flirting dengan orang lain. come on. get a life lah bro. appreciate ur love.

jangan terkejut kalau ada jugak pasangan normal lain yang berhubungan atas tiket open relationship nih. gila. berkongsi kasih sayang. kalau aku, aku langsung tak sanggup nak tengok pasangan aku tu keluar dengan orang lain even orang tu adalah orang yang kau kenal. no and never. paling best ada yang buat open marriage. kes yg sama macam open relationship but untuk yang dah berkahwin. tak tahu nasab keturunan siapa kalau ada baby yang lahir nanti. hukumnya? you guys know better rite?

siapa nak having open relationship? or ada pandangan pasal isu ni, boleh je komen ye. pandangan korang sangat dialu-alukan.

buat semua pasangan yang hangat bercinta, HAPPY VALENTINE'S DAY. appreciate ur love one. be good and happy always.


p/s : tapi open relationship ni cam best je kan. tak terikat. kihkih..

Friday, February 11, 2011

| budaya QC dalam couple |

hola very-gentle-and-charming guys and so-clumsy gurls. selamat hari Jumaat, penghulu segala hari. sila pergi sembahyang Jumaat buat guys and sila pergi masak tengahari buat gurls.

apa-apa hal, jom kita baca dulu quote ni.

" i sayang u bukan sebab duit ringgit u, tapi sebab budi pekerti u, sebab keperibadian u."

biasa dengar? hell yeah! a-kind-of speech yang bese couple-couple ni duk gebang cakap. mostly. yes, mostly. but in fact?

" kepala kau. cuba bawak budi pekerti kau tu ke TESCO tengok apa barang kau boleh dapat? "

so how? telling the sweet-and-sincere-from-the-heart and hiding the truth? come on. it's a life. money is everything rite. tak perlu tunjuk betapa mulia dan tulusnya cinta suci murni kau dengan ayat-ayat bombastik bagai. enough by act. in fact, 'action speaks louder than words' kan? banyak menda lain kita boleh buat untuk tunjuk betapa ikhlasnya cinta suci murni kita tu. kononnya. *tak terasa.

enough. kali ni aku nak cerita sikit pasal budaya kapel yg paling aku menyampah. iaitu "King & Queen Control." or lebih sesuai aku cakap "Quality Check." why? jom.

pernah tak korang si puaka-puaka hamba cinta ni buat benda nih? deleting some friends of ur BF/GF in her/his social network pages? if yes, here u go. THINK!

hello uols. awek or pakwe lu tu berhak kawan dengan siapa-siapa je as long as dia pandai jaga diri. and uols langsung tak berhak nak kawal dengan siapa awek or pakwe uols patut berkawan. besides, itu lumrah hidup. berkawan untuk lebih maju kehadapan. not just 24/7 berkepit cintan cintun dengan uols. put some trust. so that kita boleh define it as a relationSHIP not a relationSHIT. got it?

for gurls. please stop worry-ing that uols punya pakwe tu berkawan dengan banyak perempuan. hey, it's a man okay. we kawan dengan semua perempuan tak bermaksud we menggatal dengan perempuan tu. man are meant to be loyal. trust me. just put some trust on us. lagipun, hidup terbagi kepada 2 bahagian. bahagian peribadi which is just for you and his family and satu bahagian lagi is bahagian sosial. yes. we need that. uols pon taknak pakwe uols jadi kera sumbang kan. kang asyik berkepit je ngan u, boleh menyumbang kepada pertambahan penduduk muka bumi lak nanti. u know what i mean.

for guys. please stop making ur awek is only meant for you. hello. it's just a awek. nothing much. not a wife yet. so, give her a life. i mean some life. remember, hidup terbahagi kepada 2 bahagian. lagipun, before uols kapel ngan awek uols, uols mesti dah kenal peribadi awek uols kan. so? just put some trust on them. err..i mean she. dia pon ada social life dia. nanti kalau dia asyik ajak berkepit je, and of coz uols suka berkepit-kepit dan menyumbang kepada pertambahan penduduk, but lama-lama nanti uols muak. and intend to look for a fresh-little-cute stuff akan meningkat. uols pon taknak curang kan. in fact, kita kan golongan baik-baik.

but but but. i not saying that kita patut biar je awek or pakwe kita tu buat sesuka hati. kita ada naluri, so sometimes naluri tu penting. kalau rasa ada something yang tak kena, then kita boleh la siasat sikit-sikit. bila uols percaya awek uols, and awek uols percaya uols then aku rasa tak kan berlaku kecurangan kan. just put some trust. some. banyak-banyakkan berbincang dan bertolak ansur. ini penting. saling give-and-take. okay guys?

*aku tak cakap semua couple tu sama. tak. aku cakap mostly. ada couple yg sentiasa berfikiran positif dan berlandaskan hukum-hukum Islam. alhamdulillah. kita yang mencorak bagaimana hubungan kita. so, be gud and trust ur partner.

dan aku budak baik. trust me. just put some trust on me bebeh.

Tuesday, February 08, 2011

| kita harus biadap untuk maju |

hello boys and girls, man and woman, papa and mama, uncle and auntie, sis and bro, ladies and gentleman. kihkihkih.

after cuti midsem seminggu, aku kembali ke kolej tercinta dengan kerja-kerja tertunggak yang harus dilunaskan segera. huh. bercuti sangat sampai lupa nak buat kerja. ya! tesis. dah kena siapkan beberapa chapter since penyelia tak nak kitorang buat kerja last minit. pendekatan yang bagus aku rasa sebab aku memang jenis yang suka buat kerja last minit. nasib baik ada yang monitor every week, so nak tak nak kena la jugak buat tesis sikit-sikit. cam gempak je kan bunyinya. TESIS. gitu! ala-ala tengah buat phD lak aku rasa. boleh?

okay. sebenarnya aku nak share satu perkara. aku teringat kata-kata lecturer aku, 'kalau nak maju, kita harus biadap!'. pelik kan bunyinya. but bila aku fikir-fikir balik ada benarnya. kita harus bersikap biadap untuk maju kehadapan. nice!

but but but, bukan biadap yang macam kurang ajar tu ya. ni biadap jenis sopan sikit la kot. hohO~

pada pendapat aku, orang yang maju tu semua jenis biadap. kenapa?

1. kecoh a.k.a good in communication. ---> orang yang maju dan berjaya mostly terdiri orang yang bijak berkata-kata. bukan jenis pendiam. maybe ada, but tak ramai. kalau kita lihat, mereka ni jenis yang sangat berpengetahuan dan sangat berinformasi bila bercakap. kadang-kadang diorang boleh bercakap sampai kita rasa meluat. tu la kelebihan mereka. agak biadap kan, tapi bersopan gitu.

2. bersosial ---> ni jugak salah satu sebab mereka maju. mereka bersosial dan get along dengan dunia luar. hasilnya, peluang-peluang yang orang lain tak mungkin dapat, dia dapat dengan senang. bak kata orang, guna kabel. biadap kan. tapi ni hakikat masa kini. kita perlukan bantuan lain kalau kita nak sangat sesuatu perkara tu. kalau just duduk diam je, we got nothing! nothing ye. tak salah kita berkawan dengan semua orang, kawan dengan masyarakat bangsa lain, kawan dengan orang-orang yang berlainan peringkat umur, kawan-kawan yang berlainan skop kerja. sebabnya, anda akan tahu kemudian hari, mereka-mereka ini yg akan bantu anda.

3. jual diri ---> cuba cakap kat aku, berapa orang sangat yang berani angkat tangan dan tampil kedepan jika disuruh berbuat demikian? ada, tapi tak banyak. hanya mereka yang berfikiran poitif je yang sanggup buat camtu. dan yang berfikiran positif tu boleh dikira dengan jari. kalau kita nak maju, kita kena tolak orang-orang tepi kita dan terus melangkah kedepan. sebab peluang tak akan datang berulang kali. grab the opportunity and be the one! hanya kita yang tahu siapa kita. sometimes, kita terpaksa biarkan orang lain tersungkur supaya kita terus maju. kan? agak biadap bunyinya. tapi, apa boleh buat?

so, tu la pada pandangan aku. if korang ada pandangan lain, boleh je komen post ni. aku no hal beb. sebab aku, kau dan mereka-mereka semua nak majukan diri sendiri kan. so why not kita kongsi apa yang kita tahu dan sama-sama kita majukan diri.


notaBiadap : kalau nak jadi biadap jenis kurang ajar, aku tak larang. tapi agak-agak kalu dapat sedas dua penampar, aku tak bertanggungjawab ye.

Sunday, February 06, 2011

| tahun baru cina dan cuti |

hello boys and girls.

err..aku nak ucap SELAMAT TAHUN BARU CINA leh tak. tak sempat la nak wat post pasal tahun baru cina. bizi memanjang. katanya! haha..agak-agaknya Cina raya sebulan ke tak ek. mcm kita? tak? err..okay.

hell yeah. so-call-new-year-spirit. akhirnya blog aku dah lama tak hapdet. cibai tol.

today suppose berangkat balik ke UPM tercinta. tapi tiket habis lak. damn! terpaksa beli tiket esok je. nasib baik susun jadual baik punya sem ni, esok takder kelas derr. leh gak balik lambat. bak kata orang, raya sakan beb! tesis satu haram pon tak buat, study pon tak. ujian 1 bakal menjelma dah ni. damn again.

oh ya! keadaan cuaca yg tak menentu sekarang dah pon menimbulkan bencana kat kawasan rumah aku. ada budak lelaki umur 12 tahun lemas ditarik ombak yg mengganas. tapi orang kampung cakap, budak tu tak mandi laut pun, just main-main kat gigi air. dan hingga berita ni sampai ke telinga aku, mayat mangsa masih belum diketemui. pasukan penyelamat masih berkampung ditepi pantai utuk kerja-kerja mencari. Nauzubillah. semoga mayat mangsa ditemui.

dan sejak cuti raya hari tu, kawasan rumah aku tersangatlah sesak sebab orang-orang yang datang berjalan-jalan ke sini sambil shopping keropok, satar, otak-otak dan barang-barang hasil laut. pergh, kedai makan memang full. rugi sangat siapa yang tak berniaga time nih. kereta yg masuk lak bukan kecik-kecik, bapak gedabak. kitorang yang pakai kereta kecik-kecik ni naik segan lak nak kuar. kihkihkih. gila happening. seronok gak tengok. kalah pusat perlancongan.

hidup kemaman. hidup kemaman. kihkihkih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...