ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Tuesday, September 21, 2010

| mode pentadbiran dan segala macam assignment |

salam Selasa. okay. hari yang sangat ceria kau taw. kenapa? dua assignment yang sangat hebat utk disiapkan akhirnya. sila kagum aku siapkan dua assignment dalam masa lima jam okay. kagum kagum kagum. hebat kan. tangan lenguh menaip report yang panjang berjela-jela. ya. dua report harus disubmit. lantak. petang ni hantar assignment then have a good sleep today! aku tidur jam 4 pagi tadi. dan secara automatik tanpa rasa bersalah menyelubungi diri sendiri, aku memontengkan kelas Etika dlm Perkomputeran jam 8 pagi. gila ini gila. ingat kelas pkul 10 pon nak ponteng tapi kang orang kata melampau lak kan. eh eh aku punya suka la kan. leh bagi alasan tak puas beraya. matilah~

DCE 3302
Pentadbiran Pengembangan.

huh. gila. agak pening belajar pentadbiran. err..actually lebih kepada how to handle people. bak kata lecturer, kalau anda minat komputer, minat main dengan virus, minat berkebun atau minat memancing ke apa ke sila keluar dari kelas ini. tapi jika anda berminat dengan manusia, anda berada di tempat yg betul. well, aku memang berminat dengan manusia. and i love to know how we can control someone without using minyak pengasih minyak senyonyong bagai. oh gila. kehkehkeh.

muka ini memang sukakan manusia ya!

next assignment yang perlu dihantar ialah Animasi Komputer. shit. sortware belum install lagi. eh eh laptop aku nih bukan la power sangat nak wat animation bagai nih. guna adobe after effect pun sangkut sangkut pastu hang terus. ni apatah lagi nak wat animasi, mau meletop laptop nih. lantak lah. pelan-pelan kayuh. kalau penat berehat la. ye dak? aku syak lecturer saje dengki nak rosakkan laptop student kot. gila hina pemikiran aku kan. haih~ ya tadi kelas Penerbitan Digital, lecturer ada bercakap mengenai assignment kedua. shit. another assignment? what a relief bila dia cakap we can send it in the end of oktober. melompat-lompat gembira kawan aku dalam kelas tadi. oh okay itu tipu. aku hanya lompat-lompat dalam hati jer.

pelik. jumpa je dak-dak UPM nih sume pakat duk sibuk mintak duit raya. sampaikan kat pakgad pun diorang tebalkan muka mintak duit raya. aku tak kerja lagi lah! nak makan pun fikir 18 kali taw x?? nak bagi duit raya kat kau lak. lemak! haih~ tak boleh ke diorang ni think out of the box??? cuba la mintak kasih sayang ke, mintak perhatian ke, mintak ciuman barang sekeping dua ke. woha!! baru la raya kita. kehkehkeh. lantak~

semua masih dalam mood raya. walaupun puasa masing-masing tak cukup. haih~ ingat aku tak taw?

notaHujungKaki : kuih raya ada lagi 8 ketul dalam balang. sesiapa nak rasa, jemput datang ke bilik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...