ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Tuesday, September 07, 2010

| raya sudah dekat - suri rumah separuh masa |

dalam kerendahan hati,
ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta,
ada kekayaan jiwa,
dalam kelembutan lidah,
ada juga keterlanjuran kata,
dalam gurau senda,
ada khilaf dan dosa.

tiada kata seindah zikir,
tiada bulan seindah Ramadhan,
untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertaut,
memohon maaf untuk ucap yg terlanjur,
janji yang terabai,
hati yg berprasangka,
semua sikap yg menyakitkan,
dan semua kesilapan yg tidak disedari.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
maaf zahir dan batin.

*******************************************

hukhuk. agak bengang sebenarnya. line broadband agak hanjeng sedikit di kawasan kampung aku nih. agaknya lembaga kuning ni tak balik beraya di kampung. bayangkan aku dpt line GPRS je. haih~ before this menikmati line HSDPA yg laju gila-gila vroooom vrooom tuh. haih~ sadis dan sedih tapi masih mampu tersenyum. walaupun agak lembap, tapi berkat kesabaran aku mencari port terbaik akhirnya berjaya membuahkan hasil masih lagi lembap tapi okay la. buktinya, terhasil lah entri tak seberapa ini. kih kih kih.

okay aku sorang-sorang kat kampung sekarang nih. atuk aku dah tua, tak mampu nak wat kerja. so aku je la yg duk sapu sampah, sapu dinding ngan siling sampai muka penuh habuk. matilah jerawat bermaharajalela pasni. pastu panjat pokok duku sorang-sorang. nyamuk!! aku benci kau. siapa sudi tolong sila angkat tangan!!

terasa penatnya kerja sebagai suri rumah tangga separuh masa sebab lagi separuh masa tu aku bantai tidur. kihkihkih.

puasa tinggal lgi 3 hari kalau tak silap. pastu raya. oh shit. aku baru terperasan tahun ni tak anyam ketupat! alasannya sebab tak ada daun kelapa nak anyam. haih~ ketupat segera la jawabnya tahun nih!

kaum kerabatku sekalian sila pulang ke kampung sekarang. kita mahu beraya okay!

azam raya tahun ni, mahu kutip duit raya banyak-banyak. kihkihkih.

disebabkan line broadband kurang memberangsangkan hati dan macam tak mengizinkan aku menghapdet blog maka aku akan jarang hapdet blog ya. sila jangan terlalu merindui aku. ya aku tahu. kamu sayangkan aku. tapi aku tak mampu untuk panggil lembaga kuning balik beraya dikampung. kalau rindu, nyanyikan saja lagu bila rindu okay!

notaHujungKaki : mana ntah mak aku nih, kata on the way. tapi..harem!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...