ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, June 30, 2010

| lari jom lari.kang kena kangkang! |

jom lari jom.yeay.lari beramai-ramai.lumba lari 400 meter.jom jom jom.haha.gila! Wanita Lari Separuh Bogel Elak Diperkosa 10 Lelaki. jom kita ikut dia lari jom. mula-mula masa aku baca, macam kesian jugak la dengan gadis tu. yela, 10 lelaki tu.gila kau nak serah diri.dan aku kaum sangat gadis tu berjaya larikan diri.dia berjuang pertahankan diri dan dara dia.wahaha.nakal betul aku.kagum.kagum.kagum. tapi....
-
-
-
-
-
padan muka kau!! rupa-rupanya masa tu baru lepas having fun dengan boifren die.hoh! pastu 10 lelaki datang nak rogol dia.dia takut lalu larikan diri.laaaa...nape kau lari? kan fun semua tu.berkongsilah nikmat dengan 10 lelaki tu.kau kan hebat.aku ni baru nak kagum + nak ckp padan muka kat 10 lelaki tu tapi last-last aku cakap kat kau jelah. padan muka kau. kan dah malu.dah jadi cerita besar lak kan.konon-konon masuk sampai dalam ladang sawit tu taknak orang tahu la kau having fun ah ah ah..kan dah sundal statement aku.adeyh!

notaHujungKaki : lain kali takmo kesian sebelum baca habis! buang masa je.hoh!

| diari hatiku..eh?! boleh? |

ouch! lama x hapdet blog nih.bersawang.padahal baru bape hari tak hapdet kan.haha.maklumlah sejak dua menjak jadi blogger tegar nih hati dan perasaan memberontak mengamuk nak hapdet blog tapi apakan daya kesihatan tidak berapa nak mengizinkan.adeyh! saje dengki kat aku kan, tak bagi aku hapdet blog.tetiba ada satu suara berbisik "kau merungut kat siapa? siapa yg bagi kau sakit, dan bagi kau sihat?" oh.menusuk terus ke ulu hati.pedih.dush! inilah manusia, asyik merungut je kan.ya! aku masih manusia.tahniah! erk.erk.erk.

26 jun 2010, ke Sunway Lagoon lagi bersama tuan rumah, Ahmad Mahyuddin.ehem ehem dia belanja ok.terima kasih din.sayang kamu lebih.puas berendam kat sunway tu, balik umah aku dah rasa lain. leher macam sakit macam terbelit urat saraf, tekak perit semacam dan kepala berat macam ada batu dalam otak.damn! baru 2 minggu lepas aku mengalami demam dan kini demam datang lagi.nampak sangat dengki kat aku.ya ampun! aku merungut lagi.panggg!!! diam~

dalam demam-demam tu, aku sempat memandu sampai ke UPM then ke Mydin Subang beli barang-barang utk kiosk kolej then balik UPM.hoh.masa tu memang flat giler-giler.rasa nak tumbang je masa tu.luckily, nak balik Shah Alam si Munie yang sgt gojes pandu.leh aku rehatkan diri (tak rehat sangat la bantai berborak je dengan dia takut-takut dia lost control lak memandu sorang-sorang.huhu.)


seronok kalau ada yang tuamkan aku camni.oh giler aku akan menangis terharu.sila percaya.

dan Isnin aku sangat dalam keadaan yg lemah.kepala tersangat berat tapi memandangkan aku bakal keseorangan kalau duk kat umah je, aku gagahkan diri pergi ofis.muka agak lemau masa tu dan rasa nak pitam je.gila! masa tu memang nyesal giler sebab tak ambik MC je.ayo.belagak punyer pasal.padan muka aku.tepuk tangan.panggg!! lepas lunch aku pun pergi sofa belakang, tidur.memang tak sedar apa dah masa tu.bos lak takder dan staf ramai yg keluar ada kerja.hebat! terbongkang tidur kat belakang.oh ok aku tipu.aku tidur dengan sopan ya.betol! balik rumah, aku sambung tidur.maklumlah hari tidur sedunia.pangg lagi sekali.

Selasa.lecturer dari UPM dtg observe kami kat sini.lagi sekali aku terpaksa gagahkan diri pergi ofis.masa tu dah tak teruk sangat demam.kira ok la sikit.cuma suara tak bape sedap dan kepala masih berat.aku pun diam je tak banyak cakap sangat.ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.wah! panggg! lama pulak lecturer tu datang tengok kami.ayo! suka borak-borak dengan dia, banyak suggestion yang dia bagi.membuka minda.hebat! yang tengah-tengah demam ni pon semangat bila dengar dia bercakap.(poyo jer..;p)

dan hari ini Rabu.aku sihat.cuma tekak je sakit.petang ni mahu berenang.hahaha.nakal betol.baik je demam terus mahu pergi berenang! kalau demam balik, padan muka kau tau!!!! disebabkan hari ini otak mula berfungsi dengan baik.maka terhasil la entri ini.entri yang agak senget.sebab otak masih senget sikit.boleh?
hohOO~

notaHujungKaki : seksanya demam.sakit badan, sakit kepala, sakit tekak, mata pedih.ayo.syukur sekarang dah sihat.syukur sangat2!!

Monday, June 28, 2010

| akulah kekasihmu |

itukah dia kekasih yang pernah berjanji
memberi cinta, untukmu sepenuh hati
ia akan menyesal suatu hari nanti
apabila ia mengetahui
kekasihmu ini ingin kembali.

tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
walau beribu bisik janji ia merayu
kekasihmu ini terlalu ingin kembali
apabila ia mengetahui
kekasihmu itu, membuat kau bersedih.

oh kekasihmu ini akan merasa gembira
andai dapat bersama untuk selama-lamanya
hanya untuk menyayangimu..
hanya untuk bercinta lagi...

andai, engkau berduka..
aku yang pertama di sisi..
andai, engkau bahagia aku kan terus..
berdoa semoga, suatu masa
pintu hatimu kan terbuka
dan kita, akan kembali bercinta lagi..

aku akan kembali
walau jalan berliku..
kerna ku, kekasihmu..
hingga ke akhir..
hayat...

notaHujungKaki : luv diz song very much.

Friday, June 25, 2010

| orang lain bercinta jugak lah!! |

yeay! Jumaat datang.Jumaat datang.yeay esok cuti.yeay yeay! jerit kuat-kuat yeay! bila rasa gembira tepuk tangan, clap clap.bila rasa tepuk tangan, clap clap.hohO~

ni aku nak share ngan korang mengenai pasangan yg hangat bercintan cintun tak hingat dunia macam kau sorang je yg laku.adoi.tolonglah!

1) kat shopping complex misalnya, bila aku selisih dengan satu couple nih adoi si pakwe dia punyalah tarik awek dia tu rapat-rapat konon takut aku usha awek dia.ish..ingat aku hadap sangat nak usha awek kau tuh.bukan cantik mana pon.haha. tu stok awek-awek cun la, knon pakwe takot tergugat.hoh.kalo stok pakwe-pakwe hensem lak bila terserempak dengan gadis-gadis yg cantik dari si awek tadi, si awek terus je pegang pinggang si pakwe takot si pakwe terngorat gadis-gadis yg cantik dari dia tu.ayo.tolonglah~ lagi bagus kalo dua-dua tak ensem tak cun.huh.lantak lah sape nak pandang pon.takder hal punyalah! thumbs up la korang.kan?

2) bercintan cintun kat laman sosial facebook misalnya.hoh.gilalah hebat sampaikan tgh main SMS ngn balak pon dia leh update kat facebook 'sedang bergurau senda berSMS dengan cinta hati'.ayo..tolonglah.kalau boleh semua perkara mengenai pakwe dan awek diorang nak bagitawu.kalau ada 1000 friends, dia nak semua friends dia tawu yang DIA SUDAH BERPUNYA.aku bukan apa, kadang-kadang annoying la baca benda-benda camni.nak hide kang, adeyh..kawan kan.sudah-sudah la.kang kalo clash, kau jugak yang malu.ayo.

3) pakwe makwe di jalan raya pulak lagi hina perangai.si pakwe bawak moto ex5, pakai helmet buah tembikai tu.apa namanya? ntah aku pon tak tahu.si awek pakai helmet cantik sikit la kan.pakai la baju seksi-seksi sikit, maklumlah awek si mat rempit.kne la pakai seluar nampak alur gajah, eh maksud saya alur bontot dan baju yg nampak lurah dendam.sekali ada mamat hensem bawak kancil berenti sebelah.usha-usha sikit awek tu, si pakwe mulalah tunjuk muka gangster pastu hembus-hembus asap rokok macam filem melayu tu.knon awek tu dia punya.si awek pun peluk-peluk pakwe knon tak suka di'usha' camtu.ayo.meluat pulak dengan couple yg camni.yelah.mamat tu bawak kancil je kan.cuba kalo mamat tu bawak BMW 5 series????? mau dia terjun dari motor tu agaknya.haha.

4) bergayut punya cite lak.time-time tgh shopping masa nak bayar kat kaunter tu time tu la pakwe sibuk call ajak berbual.si awek ni pon mulalah tak cukup tangan nak pegang phone, nk cari duit dlm beg nak pegang beg plastik.ish! kesian yg beratur kat belakang tu tunggu kau.tak reti-reti ke stop berbual kat telefon selesaikan dulu hal kau tu lepas tu nak bergayut sampai meletop telefon tu pon tak apa.lantak kau lah!

time bercintan cintun ni kau bukan main lagi havoc satu dunia nak gitau kau tu dah berpunya. orang lain pun ada gak pasangan.tapi tak pon heboh-heboh macam kau.hebat sangat ker? kalau setakat bercintan cintun 4 5 tahun lepas tu clas, bek takyah! bila clash, kau sibuk lak canang sana sini pakwe/awek kau tu jahat la, teruk la.semua buruk-buruk lah.ayo.pelakon filem melayu sangat.

notaHujungKaki : cinta? haha.boleh percaya ker?

Thursday, June 24, 2010

| hasil bosan - esok harus aku gagap! |

bosan.
maka ini hasilnya.
sila tepuk dahi.

gilalah promote diri kat sini.

oh ya.esok harus present progress website depan bos.cuak dan sangat takut.how? website tak siap agi nih.ayo.matilah! eh eh.malam esok dengarnya pemuda-pemudi di UPM mahu datang melawat kami di Shah Alam ni.ya! seronok dapat jumpa kalian esok.ah rindunya.mahu peluk cium sorang-sorang.err..siapa mahu muntah hijau sila beratur ya.malam esok kita jumpa ya! tak sabarnya.dengar kata shikin dah kurus.gila hebat! tahniah.baru dua bulan tak jumpa kau mak ayam!

notaHujungKaki : website oh website.hope esok bos dlm keadaan mood yg baik.amin~

| biarlah semuanya mengikut takdir |

bila aku ungkap semula semua kenangan yg pernah hadir dalam hidup aku dan kamu.
hatiku dicalit-calit perasaan marah yang teramat hebat.
seringkali kotak fikiran dibebani persoalan yang aku sendiri tidak mampu menjawabnya.
dan jiwa kembali meratap meracau.
hingga menggganggu emosi diri.
benci.benci.benci.

tapi dalam hati aku, aku masih sayangkan kamu.
biar apa pun yang terjadi.
walaupun realitinya aku dan kamu sudah jauh.
dan kamu milik insan lain.
aku tetap akan sayang kamu.
biarpun aku sendiri harus berdiri tegak tanpamu.

dalam menempuh arus hidup.
aku harus kuat.
aku tak pernah kalah.
dan tidak sesekali aku benarkan kekalahan hadir.

notaHujungKaki : biarlah semuanya berjalan mengikut haluan takdir..di akhir nanti, semuanya akan terbukti.mak kata hidup ini sangat adil.insyaAllah.

Tuesday, June 22, 2010

| sedikit titipan buatmu - hati tetiba panas |

sandarlah dibahuku dan hapuskan airmatamu.
luahkan padaku dan lenyapkan gusarmu.
senyumlah padaku dan hilangkan kekecewaanmu.
---
---
---
---
---
okay.selasa is today.eh? lantaklah.petang ini mahu berenang lagi.semalam sudah menyumbangkan suara di Quality Hotel berkaraoke bersama rakan sejawat.wah! rakan sejawat gitu gila perasan jadi lelaki berkerjaya.statement gila.hebat! oh semalam karaoke sepuas hati bersama cik artis Eryn.gila suara dia sedap dah nama pon pelajar seni vokal UiTM kan.big clap for her.lain kali kita karaoke lagi yer.

hari ni sedikit bosan.mengadap laptop meng'online'kan diri semata-mata.sila jeles dan pulas tengkuk sendiri.duduk di ofis dan online semata-mata.hoh siapa yg tak jeles memang kau jenis tak berperasaan.senyum~ dan hari ini sunyi tanpa berita darinya.agak gusar sebenarnya.mujur mampu mengusir jauh-jauh perasaan negatif ini.hebat! satu lagi pencapaian.senyum lagi.tawar~

eh tadi dapat berita dari teman rapat.akan berlaku sesuatu yg menguji kesabaran bila buka sem baru nanti.dan sekarang aku masih lagi panas.terutama bila terbayangkan junior yg tak sedar diri gila kuasa nak kawal semuanya dan nak ubah tradisi sesuka hati.eh betina, meh sini kejap."kau ingat kau cukup cantik? kau ingat besar sangat pangkat yg kau ada sesuka hati nak jatuhkan orang lain?" ok.cukup.mampu berkata dalam hati sahaja.tunggulah.masa itu akan tiba.saat amarahku menguasai, tiada ampun lagi buatmu.panas!

masa dah time.tak dapat nak bebel panjang.mahu berkemas.pulang kerumah dan bersiap untuk swimming!

notaHujungKaki : hope dapat khabar berita darinya.moga semuanya selamat.

Monday, June 21, 2010

| aku pemain bola? |

gurauan kawan-kawan adalah satu kenangan yang sangat indah.betol betol betol.motif menyokong diri sendiri? haha.eh pagi-pagi ni aku dah tergelak bila kawan-kawan tag nama aku kat pic pemain bola dari negara New Zealand kot ntah la aku bukan tawu sangat pon.tak sempat nak siasat dari mana asalnya pemain tu.haha.okay.sekarang kalian lak yang tentukan sama ke muka aku dgn muka dia?

muka yg konon-konon sama macam aku??

muka aku sebenar yang ala-ala suci gitu.so? sama ke tak?

ha.see? lain kan? saja je letak pic masa muda-muda dulu.memang la lain bebenor rupanya.haha.eh tu pic masa aku study kat Kolej Matrikulasi Johor dulu.hehe.nampak segak kan. Pangurus Pentadbiran Sidang Redaksi KMJ ok! oh oh terover pulaks.ya.sila bandingkan gambar aku dan gambar pemain tu ya.hoh.sama ker.;p

by the way..thanx to Munie and Amy Chucky my little baby (motif?) sebab tag aku gambar ni.at least x tag pemain Nigeria ke kan.tinted ok! taknak3.

notaHujungKaki : pic lain sgt! haha..matilah korang nak bandingkan.

| award datang lagi - top 5 blog! |

ya! hari Isnin kembali lagi.hari untuk bekerja.poyo jer.eh eh bila aku menjelajahkan diri ke blog-blog sahabat maya nih, ada award untuk aku rupanya.award dari teman baik aku.waaa...terkejut dan terharu, i'm one of his top favourite blogger.adeyh! sebak terharu menangis! sila percaya, perlukan bukti? nah klik saja disini. ---->Hafizan Hasan

cantik award yg dia cipta ni.wah! awak dah terer illustrator ngan photoshop.aku sangat kagum. dan award ni nampak sangat ekslusif.huhu.cayalah.awak memang terbaik! by the way, trimas a lot to Dunia Apeez.dan aku tak berhajat untuk bagi award ni kat sape-sape pon sbb yg bagi kat aku pon tak amanahkan aku bagi kat orang lain kan.hehe.

notaHujungKaki : idea3! mahu mencipta award sendiri.haha.

Friday, June 18, 2010

| award. sila ambik wahai blogger-blogger sekalian! |

award.award.award.ya! sila jangan cemburu.aku perolehi award lagi.kali ini datangnya dari HAFIZAN HASAN . the A+ Blog.wah! gempak tu.bangga sat dapat award A+ nih.agak-agak kalau kira pointer aku dapat 4flat la yer.4 pelik kot.lalalalala~
dan seperti biasa mesti la kena jawab soalan.ingat dapat award nih leh berlenggang-lenggang mak inang ke weh.hohO~


1) what do you feel to know you got this award?
- of coz happy.terharu.dan mahu berguling-guling tanda riang bangang! boleh?

2) list down 7 blog that deserved this award.
- aku malas nak tag blog-blog.so aku amanahkan je la kat sini, sesiapa yang masuk kedalam blog aku dan melihat entri ini silalah ambik award nih kerana anda semua adalah blogger A+ bagi aku.terbaik!!! ambik ya jangan tak ambik.

notaHujungKaki : nak lagi award!

| kelebihan aku? |

pernah tak terlintas kat benak fikiran korang tu, apa kelebihan yg korang boleh banggakan.kelebihan yang agak-agak kalo masok contest leh la dapat hadiah utama.waa.gila kagum aku.ha lebih kurang camtu la jugak.eh eh bukan kelebihan dari segi fizikal ya.bukan kelebihan memandu 10 jam tanpa henti, menari sambil makan maggi, merekacipta alat permainan abad 50 atau apa-apa pon.maksud aku kelebihan dari segi dalaman kau.ketahanan emosi.kekuatan fikiran.ha.mendalam tu.

bagi aku.satu je yg aku banggakan.kelebihan memaafkan dan bersabar.walau apa pon yang orang dah buat kat aku, aku masih senyum.biarlah.aku maafkan je.sabar kan separuh dari iman.mujurlah Tuhan tak tarik balik nikmat kesabaran yg Dia kurniakan pada aku.kalau tak, tak tahulah apa yang jadi.haha.aku masih boleh senyum lepas peristiwa yang menyedihkan menimpa aku.aku pegang pada prinsip 'biar orang buat kita jangan kita buat orang'.aku sangat bersyukur kelebihan ni ada pada aku.mungkin sebab aku memang berasal dari keluarga yg selalu ada masalah dan semua tu mengajar aku erti memaafkan dan bersabar.betullah kata orang, Tuhan turunkan ujian beserta hikmahnya dan Tuhan tak akan turunkan ujian jika hambaNya tak mampu untuk hadapinya.betul betul betul.aku harus kuat sebab aku mampu harunginya!

notaHujungKaki : eh kadang-kadang aku maki je orang seteruk-teruknya sampai merahlah muka dia.haha.masa tu syaitan hebat sangat kot digodanya aku sebaik mungkin.hoh! syaitan betol~

| aku, kau dan dia |

okay Jumaat datang lagi.jom kita jerit teriak hoooray! yes esok cuti lagi.boleh berehat tido semahu-mahunya sampai lebam.hebat!
-
-
-
-
-
hidup tak selalunya indah.tak selalunya manis kan.siapa setuju jom kita ronggeng beramai-ramai.boleh? okay sila percaya hidup ini ada cabarannya yg tersendiri.kadang-kadang kita kuat untuk harungi semua cabaran dan kadang-kadang kita terlalu lemah untuk bangkit semula.kita sendiri yg menentukan siapa kita dan apa haluan kita.itulah kehidupan.cabaran membuatkan kita semakin matang dalam mengemudi arus kehidupan kita sendiri.pengalaman masa lalu menjadikan kita lebih berfikiran waras.itulah kehidupan.seringkali diuji.kejayaan atau kegagalan dalam menempuh ujian itu adalah satu anugerah yang tiada tolok bandingnya.

ya.sila jangan buat andaian aku bertukar kerjaya sebagai kaunselor.haha.bukan apa, terkadang kotak fikiran selalu didatangi satu perasaan inginkan kebebasan tanpa ada yang menghalang.inginkan kebahagiaan tanpa perlu meratap merayu.tapi semua itu bukan mudah.perlukan kesabaran.perlukan ketahanan.bukan semudah a b c.bila terkenangkan semua peristiwa yang membuatkan kita gembira, seringkali perasaan sedih dan sayu menjengah pintu hati.mengetuk-ngetuk hingga memaksa titis-titis jernih mengalir.deras dan berterusan.namun apa daya, kenangan akan tetap jadi kenangan.pedih.siapa aku untuk diberi kebahagiaan yang berterusan.siapa aku untuk perolehi kemenangan dalam perjuangan yang belum tentu.perjuangan yang menyimpang dari landasan sebenar.dan siapa aku untuk salahkan takdir?
-
-
-
-
-
diam.kaku.sayu.aku tetap aku.perubahan tidak akan berlaku selagi aku tetap aku.


notaHujungKaki : semakin lama semakin banyak perkara yang buat aku sakit.hanya mampu mendengar dan mendoakan yang terbaik.tidak! aku tidaklah sekejam itu untuk bertindak diluar batasan kerana kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku.sumpah! biarlah.aku percaya hidup ini adil.

riez : bahagia dengan hidup sekarang.cuma kadang-kadang cemburukan kebahagiaan orang lain.what a loser!

Thursday, June 17, 2010

| renang lagi |

renang.renang.dan renang lagi.sampai kecut badan kau.haha.sila lihat dengan mata penuh takjub, aku dan kawan-kawan membuang masa dan juga daki-daki di Pusat Akuatik Darul Ehsan, seksyen 13 Shah Alam.kagum tak? tak pernah-pernah aku gi swim sebelom nih.tetiba rajin lak gi swim sekarang.gigih tau.hebat!




ok cukuplah gambar.semua seksi-seksi kang terkeluar gambar seksa kang.menanggung dosa lak.hoho. gigih lepas keje g swim walaupun dalam keadaan penat.tapi best sebab sangat happy lihat karenah macam-macam orang.lepas renang, perut lapar yg amat dan mulalah mencari kedai makan.lapar!

notaHujungKaki : hope lepas praktikal kita gi swim agi ya!

Tuesday, June 15, 2010

| ...... |

beb.tolonglah.aku taknak hilang dia..:(

notaHujungKaki : merayu sangat2.harap dia faham.tp semuanya hampir tenggelam.

Sunday, June 13, 2010

| ahad lagi. karate kid? |

ya.ahad datang lagi.bosan dan sila pura-pura tak bosan okay? inilah padahnya bila hidup keseorangan tanpa pasangan.maka sila berada dirumah semata-mata seorang diri. eh adakah aku sudah berangan mahu mendirikan masjid sendiri.tepuk dahi ramai-ramai jom.hoho.

semalam agak sedih sebab demam.dan keseorangan dirumah tanpa ada yg ambil tahu.oh.nasib badan. (mood : dengar lagu putus cinta.boleh? ) benci.dan hari ini aku keseorangan lagi.tahniah encik ridzwan!


eh Karate Kid dah keluar kan.so? siapa yg boleh aku ajak temankan aku tengok cerita tu.siapa? siapa? sila angkat tangan. okay aku tengok sorang-sorang! fine. (emo tetibe!) yelah aku kan memang ditakdirkan hidup sorang-sorang.blah!

notaHujungKaki : sejak dua menjak ni emosi sangat tak stabil.macam sampan kat tengah laut.lebih kurang la.eh?

Saturday, June 12, 2010

| aku dan pelita |

aku bukanlah penglipurlara.
bijak memanipulasi cerita.
aku bukanlah sang putera.
bijak berkongsi rasa.
aku bukanlah biduanita.
bijak mempamerkan emosi semasa.
aku hanyalah pelita.
hanya mampu terangi gelita.
hanya ada bila dipuja.
akan pergi bila cahaya tiba.

notaHujungKaki : hujan turun.lebat.sejuk.seperti ingin penuhi keinginan bebola mata.

| sabtu yang hening - World Cup 2010 |

ya! hari ini aku duk umah tak kuar ke mana-mana pon.maklumlah hidup tanpa pasangan ni memang camni pon.wah gila ayat jual diri masih single.hebat! kawan-kawan semua bizi dengan urusan masing-masing ada yang balik kampong kenduri kendara dan ada yang kuar dating sampai lupa member.haha. dan kesihatan aku yang semakin mencemburui aku.hoh selsema dan sakit tekak makin menjadi-jadi maka secara automatik kepala pening.tapi tak la sampai bersantai je atas katil merenung masa depan yang bersinar kan.

seriously aku bosan maka aku menonton tv sambil online menjelajah dunia tanpa sempadan.heh kau teruja tak dengar aku dapat bersenang-lenang dalam rumah.gila kau best yang amat! dan bila aku mula masuk ke blog aku nih, aku pun mengarut membebel tak tentu pasal.hikhik.oh aku masih waras.senyum~


oh ya.World Cup 2010 dah mula kan.ya! semalam. err..world cup tu ape benda ek.boleh? matilah kena maki lepas nih.haha.eh aku kureng sikit kalau bab-bab bola nih.tak bape nak gemar la katakan.apa? kaki bangku? oh lantak.yg penting kaki aku bukan kaki kau.aku peduli ape.haha.bukan apa aku cuma bosan tengok diorang kejar bola tu kesana sini pastu sepak pastu kejar balik.adoss..bosanlah.lain la kalau tenis ke, squasy ke boling ke.seronok la jugak kan.ya! malam ni plannya mahu main boling dengan teman-teman serumah. rizaimi abdul rahman dan juga faizal rosli sila jangan jeles yer.hehe.kali ni main individu siapa kalah conteng tangan.matilah aku tangan bertatu balik nanti.haha.damn!

notaHujungKaki : seronok bila tengok rakyat jelata gila bola tapi aku tak minat pon nak jadi macam diorang.haha.eh Malaysia masuk World Cup ke tak ek. hencik Google sila bantu saya!

Friday, June 11, 2010

| hujung minggu aku |

okay Jumaat sudah sampai.yeay! yeay! esok cuti. leh jalan-jalan makan angin. perancangan awal, mahu jalan-jalan sekitar tasik shah Alam then jalan-jalan ke UPM melawat kawan-kawan disana then tengok wayang then jalan-jalan cari pasal.wahaha..kagumlah dengan semua plan aku nih. tapi semuanya hampa.hanya mampu duk lepak kat umah sorang-sorang dalam keadaan kesihatan yang sangat tidak memberangsangkan.sakit tekak dan selsema semakin menjadi-jadi ditambah dengan sakit kepala sebagai hiasan utama.menarik tertarik kau memang dabom! adeyh.

so aku dah boleh buat konklusi awal bahawa hujung minggu kali ini adalah hujung minggu yang sangat membosankan dan serius bosan.hoh! sesiapa yang ada kat Shah Alam, roger-roger la aku.leh kita kuar lepak reramai.hehe.

notaHujungKaki : hingus meleleh! yark!

Thursday, June 10, 2010

| they suck! |

when people attack black people.
they call it RACISM.
when people attack jewish people.
they call it ANTI-SEMETISM.
when people attack women.
they call it SEXISM.
when people attack homosexuality.
they call it HOMOPHOBIA.
when people attack a country.
they call it TREASON.
when people attack a religious sect.
they call it HATE.
but when they attack The Prophet Muhammad.
they call it the FREEDOM OF SPEECH.

what the F**K!!

notaHujungKaki : betapa hebat mereka memutar belit!

| sahabat blog @ kelab blogger |


okay.aku ingin menambah kenalan di dunia blogger.hope termakbul.jom kawan-kawan join kelab blogger Ben Ashaari.terbaik lah!

notaHujungKaki : senyum seindah suria.


| baby itu babi ke manusia? |

[klik untuk berita penuh]

okay.tahniah! kepada 'manusia' yg bermurah hati lakukan kerja tu ya! anda adalah manusia yang sangat 'berperikemanusiaan'.tahniah dan tahniah lagi.ikhlas! semoga dapat anugerah yang terbaik!

WTF! cekik bayi hingga mati? kau manusia ke ape nih.adeyh.dah sedap uh ah uh ah.lepas baby tu lahir, ko bunuh dia yer.bagus! syaitan apakah yg merasuk anda wahai manusia budiman. haih~ sedih betul dengan manusia-manusia camni.aku rasa lebih baik kau tinggalkan baby tu kat mana-mana masjid, insyaAllah kalau orang jumpa mesti baby tu terbela or at least dijaga oleh Pusat Kebajikan kan dari kau bunuh baby yg langsung tak berdosa tuh.yang dosa kau! bukan baby tu lah.sengal betul.hidup asyik menambah dosa.bila nak insaf?

sedih dan pelik.

notaHujungKaki : jika hidup tak menambah pahala, jangan la asyik mengumpul dosa.

| result oh result |

yeay! result sem 4 dah kuar.
kagum memang tersangat kagum lah dengan result aku yg super gempak tuh.
memang terbaik.
ok sila percaya dengan sepenuh hati.
esok atau lusa.
pasti akan kena.
bebel.
ok.
bersedia atau tidak.
tebalkan saja telinga anda.
*sigh*

notaHujungKaki : result teruk.ape kes?

Wednesday, June 09, 2010

| trimas Ben Ashaari |

okay jom kita lompat bintang.aku diterjah lagi oleh Ben Ashaari. [klik untuk bukti]. semoga dengan terjahan dan tinjauan ini berjaya menambah kenalan dan secara langsung menarik pembaca ke blog aku.huhu.

notaHujungKaki : seronok tak terkata.sambung lompat lagi 18 kali.

Tuesday, June 08, 2010

| tag dan tag lagi - pasni sila beli smart tag sendiri |

okay aku ditag lagi.haih.suka ye korang nih main tag-tag nih. smartTag ada tak? eh eh.kali nih aku ditag oleh HAFIZ. ini hasilnya.

1) adakah anda rasa anda hot?
- haruslah uols~ (jawapan ada macam adek2 tak?hoh! very the gedik!)

2) update wallpaper laptop yang anda guna skrg.


3) cerita pasal gambar ini.
- bersama best friend kat i-City.manja tak kami?hoho.

4) kali terakhir makan pizza?
- forgot already.kira-kira 2 bulan yg lepas la kot.maklumlah student, mn leh bantai pizza selalu.huhu.nanti ada yg makan maggi je dlm bilik..;p

5) lagu terakhir yg anda dengar.
- nista by Achik spin. sedap lagu nih.teringat kat Allahyarham..:(

6) apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
- berpura-pura bizi membuat kerja opis.gempak tak?

7) selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
- pak tam sebab aku agak hitam..damn u old man! kawan baik aku tu suka panggil aku baby.okay sila muntah hijau berjemaah ya! dan aku pernah dipanggil sayang oleh org yg aku sayang dulu.hehehehe..gila gedik tahap bas terbabas nih!

8) siapa yg korang nak tag?
- munirah yahya.
- faizal rosli.
- norashikin.
- ikhwanul hafiz.
- aekbar.

(aku announce kat facebook je ok korang kena tag.malas nk blogwalking nih..;p)

9) siapa orang no 1 pada anda?
- kawan best..memahami.

10) katakan sesuatu pada orang no 5.
- long time no see u lah!

11) no 3 ada hubungan siapa?
- oh my gosh.single rasanya..ada kekosongan sila isi segera ya!

12) bagaimana pula dengan no 2?
- dia dah ade awek ye.nun kat indon sane.study.

13) kata-kata cinta pada orang no 4?
- cari la kapel.jangan asyik kata single itu best.huhu.

14) berikan fakta tentang org yg anda tag.
- munirah yahya : gorgeous girl.seriously!
- faizal rosli : big bro..maybe.
- norashikin : kelakar..dan bersifat sedikit keibuan.
- ikhwanul hafiz : master multimedia die nih.kagum!
- aekbar : kawan masa matrik johor dulu.ensem die nih.silalah ngorat.

notaHujungKaki : nasib bek tag ni pendek jer.huhu.barulah aku semangta nak balas.haha.

| teruja untuk habiskan study |

tadi tengah jalan-jalan merayau kat facebook, aku terserempak lak ngan nota nih.hoh!

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the
overall performance, particularly in the flower and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as EPL 5.0, NBA 3.0 and ESPN 2.0. And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?


Signed,
Desperate

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Reply:

Dear Desperate,

First keep in mind; Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an
operating system. Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0.

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav files.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Food 3.0 and Lingerie 6.9.


Good Luck,
IT Support

hoh?! gila unik kau.kreatif betol.jom kite tepuk dahi ramai-ramai.aku kagum weh.semakin semangat aku nak habiskan ijazah sains komputer aku nih.haha.

notaHujungKaki : kaku kejap bila baca nota nih.

Monday, June 07, 2010

| photoshoot di i-City |

i-City Shah Alam.
Sabtu 5 Mei 2010 (malam).
seronok tak terkata okay.

hohoho.kami membuang masa dan tenaga merayau ke i-City.gila kau gigih nih meredah jem (kesesakan lalulintas).panjang berjela-jela sampai rasa frust pon ada.nak patah balik dah tak sempat.gila ke ape nak patah balik tengah-tengah jem tu.nak naik atas divider ke ape?haha. best memang tersangat best maklumlah nampak lampu warna-warni gila happenin.ramai betul manusia macam ada jualan murah lak.ape orang paggil tu? Year end sale ke ape?huh! siap lepak bersila berpiknik lak tuh.gila gempak.yelah malam minggu kan.tak caya kami gi sane? check it out!!







hah! dah tengok kan.hoho.gila lah sape yang tak jeles tahap terjun bangunan nih.orang ramai gila kat tempat tuh.oh ya! lelaki yang banyak bergambar ngan aku tu...hehehehe...eh adalah! ;p

notaHujungKaki : mahu pergi lagi ke sini.dan bergambar.lagi!

| dapat award lagi - happy award! |

okay tepuk amai-amai belalang kupu-kupu.aku dapat award lagi.happy bangat seh! kali ni aku dapat award dari IERAHAZIERA. trimas banyak-banyak.award yang sangat comel..hehe.

anugerah ini adalah satu terapi jiwa untuk buat kita rasa sentiasa happy..betul sila percaya.okay sekarang masa untuk jawab tag.wajib ok!



1) adakah anda happy sekarang?
- of coz lah! banyak perkara yang buat aku happy sekarang.lebih-lebih lagi bila dapat award nih.bertambah-tambah happy tau!

2) kenapa anda happy?
- sebab keadaan hidup yang semakin mencabar buat aku makin happy..boleh?

3) apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
- bila dapat apa yang aku inginkan.hehe.

4) pernahkah anda menerima tag?
- pernah tapi biasanya sangat malas nak jawab..haha

5) apakah warna kegemaran anda?
- hitam dan putih..eh eh hitam itu menawan ok!

6) beritahu 9 orang yang anda mahu tag.

7) tuliskan sesuatu mengenani orang yang anda tag.panjang berjela pon takper.
-semua yang aku tag tu adalah blogger-blogger satu tempat dengan pengajian aku iaitu UPM kecuali yang first tu adalah kawan baik aku.hehe.

8) adakah anda happy dengan apa yang ada?
- walaupun tak happy, aku harus berpura-pura happy sebab itu je yang aku ada..kesimpulannya, aku happy!

okay selesai.huh! letih nak menjawab tag nih.that's why lah aku malas nak jawab tag.hahahaha.

notaHujungKaki : happy sangat pagi nih!

Friday, June 04, 2010

| kisah latifah yang sempurna |

ada satu kisah, bukan dongengan bukan khayalan semata-mata.mungkin sekadar kisah lakaran hidup.oh.kisah si perfectionist atau bahasa kita si sempurna yang teramat sempurna cukup lengkap pakej.hoh.aku sangat kagum dengan orang-orang eh makhluk-makhluk camni yang sempurna kejadiannya dan pemikirannya serta cara hidupnya.kagum kagum kagum.kau kagum tak? kita kan tak sempurna tetiba kita ada kawan yang sangat sempurna siapa yang kagum memang kau manusia tak bersyukurlah.haha.

latifah (nama sebenar kot) adalah seorang yang sangat sempurna.tutur katanya, perlakuannya, pemikirannya dan perangainya.siapa yang kenal dengan latifah sangat mengangumi kematangannya kerana latifah sangat mengetahui hal-hal semasa dan info-info yang jarang-jarang orang tahu.bukan gosipan hangat juga bukan umpatan lahanat.latifah juga seringkali memperbetulkan apa saja kesalahan orang lain sebab sifatnya yang memang dilahirkan sempurna.oh hebat! lama-lama kelamaan latifah menjadi semakin annoying terutamanya bila rakan-rakannya mula menyedari bahawa sebenarnya die tak tahu apa-apa dan hanya berlagak tahu mengenai perkara tersebut.pembetulan yang sering dilakukannya menyasar dari info sebenar tapi demi menjaga hati, kawan-kawannya hanya mendiamkan diri kerana malas nak mengecilkan hati latifah.latifah adalah seorang perempuan yang mudah berkecil hati (bukanlah perfect sangat rupanya!).pantang kalau orang kutuk dia, tapi bila dia kutuk orang tak ada sembunyi-sembunyi dah direct terus ke muka orang tu.hoh.perangai ape ntah.sekarang barulah kawan-kawan dia sedar yang dia adalah NOTHING!!

itulah manusia.hidup hanya menyalahkan orang lain.tapi sebenarnya dialah yang paling tak betul.dan dengan muka tak bersalah mengutuk orang sesuka hati.yelah sebab dia hebat dan sempurna (dia rasa camtu, gila perasan!).beb, kita ni hidup bermasyarakat jangan la kau nak jadi sampah masyarakat busuk hina lak!

notaHujungKaki : bersyukur aku masih tahu menghormati sesama manusia.

Thursday, June 03, 2010

| katak berenang di Pusat Akuatik Shah Alam |

okay semalam sila percaya aku pergi berenang-renang di kolam renang akuatik Shah Alam.hoho.gila kau seronok best best best aku cakap.berenang-renang sampai kecut-kecut badan lepas tu balik rumah leh la jerukkan badan yang dah kecut tu lepas tu makan jeruk ramai-ramai. eh eh apa aku mengarut nih. lepas je balik keje, balik umah salin baju lepas tu terus vrooom vrooom ke seksyen 13 Shah Alam, it's swimming time.hoho.

lebih kurang camni jugak la aku berenang.hoho
[terima kasot hencik Google]

rombongan cik Kiah ke kolam akuatik semalam diketuai Noryn sebagai pengarah program diikuti anak-anak ikan buahnya iaitu aku, faizal, amy dan ijal.hehe.seronok aku cakap kau.macam orang asli jumpa kolam renanglah.orang sangat ramai, yelah kalau kambing yang berenang dalam tu pelik la pulak nanti kan gila semua orang taknnak masuk kolam tu nanti. hari ni mahu kesana lagi, kali ni rombongan Cik Kiah bertambah ahlinya iaitu semua budak-budak praktikal tempat aku mahu berenang-renang manjakan badan dalam air.hoh.macam gi spa lak.

petang ni mahu berenang seperti ini.tapi hanya mahu memakai sun glasses.boleh?
[terima kasot hencik Google]

ehem-ehem..kat kolam ramai jejaka jejaki yang pakai seksi-seksi beb.bukan setakat mencuci badan, cuci mata sekali.hoho.nakal betul.

notaHujungKaki : nak memancing di kolam renang.boleh?

*Alhamdulillah aktivis Malaysia dah dibebaskan dan menunggu masa utk pulang ke tanah air. syukur sangat-sangat doa kita semua dimakbulkan. jom jom jom berdoa untuk keselamatan dan ketenteraman Palesti pulak ya!

Wednesday, June 02, 2010

| siapa kacak sila pergi main jauh-jauh |

selamat hari rabu semua..okay siapa setuju LELAKI KACAK BUKAN IDAMAN WANITA SEANTERO DUNIA sila angkat tangan ramai-ramai. oh aku sangat setuju sebab aku tak kacak dan peluang dijadikan idaman wanita semakin bertambah hahahaha gila kau aku seronok! motif? oh sebelum aku terlupa sesiapa yang terasa atau terperasan dirinya kacak sila jangan teruskan niat anda untuk membaca entri ini bimbang nanti membawa diri dengan hati luka lara meratap meraung bagai.hoho~

kebanyakan wanita mahukan pasangan mereka tidak berlaku curang dan tidak menjadi dambaan wanita lain kan.so kalau pasangannya kacak, tahap kebarangkalian berlaku kecurangan tu semakin bertambah.betol tak? betol betol betol.

boleh tak aku dilabel sebagai lelaki kacak?? hahahahahahaha

lelaki kacak kuat perasan. oh aku kurang pasti betul ke tidak,tepuk dada tanya selera kau sendiri nak makan apa petang ni ok? kadang-kadang lelaki kacak ni kalau jalan depan awek-awek cun, saja je angkat bahu dan mendada sikit nak nampak macho dengan harapan awek-awek tu tergamam terpesona merayu-rayu nak berkenalan kan kan kan.haha.

lelaki kacak memilih bulu. ops bukanlah aku maksudkan selak sehelai-helai pilih bulu yang halus mulus tulus lurus kan. kebiasaannya lelaki kacak mestilah nak couple ngan wanita yang cun melecun bergaya dan seksi tambah-tambah lak kalau kaya.cukup pakej.hoh!

lelaki kacak ikon kasanova. okay siapa ada Toyota Innova, ini tiada kaitan dengan entri ini.haha. lelaki kacak amat sinonim dengan lelaki kasanova.kalau kacak je mesti kasanova kalau kasanova je mesti kacak. malang la lelaki kalau kacak sebab sering dilabel as kasanova. eh tapi ada yang bangga bila dapat tittle kasanova tuh.gila kau glamer.haha.

lelaki kacak banyak alasan. wanita terkenal dengan bebelan manja dan potpetpotpet berdesing-desingnya. dan lelaki pula terkenal dengan 1001 alasannya. alasan dicipta bila mahu melepaskan diri dari masalah. semarah mana pon wanita tersebut, tapi bila lelaki kacak mengeluarkan alasan pasti wanita cair terlentuk mengantuk hancur terus. hah! betul ke tak? ini kelebihan lelaki kacak.hebat! aku memang tabik springlah! hoho~

notaHujungKaki : aku tak kacak.oh selamat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...