ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Sunday, August 29, 2010

| berbuka puasa di Putrajaya - hampa. |

jalan jalan cari makan ke Putrajaya. hohO~ hari tu hari Jumaat kalo tak silap lah. beria-ia nak g bazar ramadhan kat Putrajaya. tak pernah pergi lagi tahun ni aku cakap kau. tu pun pergi dah lambat. ada la dalam pukul 6 camtu baru gerak dari kolej. gila tak. gila tak. aku dah risaukan kesesakan lalulintas yg melampau-lampau. eh hari tu cuti nuzul Quran. putrajaya cuti tak? tak kan? matilah jem teruk nanti. oh nasib baik tak jem. selamat.

sampai je, terus lompat dari kereta. berlari-lari anak ke bazar. okay aku tipu. kami berlenggang-lenggang mak inang je aku cakap kau padahal dah lewat giler nih. sekali usha punya usha ambik kau! sold out. nak makan ape. nasi abes. kuih pun tinggal hujung-hujung je. air lak tinggal ais jer. murtabak takyah cite la. memang licin. hampa beb. hampa. perut dah berkeroncong lagu raya berganti-ganti dengan lagu rock. mana leh tahan beb. usha lagi akhirnya jumpa jugak la air milo ngan kuih ape entah. kawan aku lagi 2 orang tu sempat la jugak cari nasik. aku tak sempat! nasik dah abes. sedih. pastu lepak makan kat monumen mesin masa kat putrajaya tu. aku makan kuih je. tetiba teringat kat mak. hohO~

gila hebat bazar kat putrajaya tuh. cepat betoi makanan sold out. orang-orang kat putrajaya tuh malas masak ke hape. kesian aku tak dapat makan. how? adeyh.

muka frust tak dapat makan nasik.

disebabkan aku tak dapat makan kenyang-kenyang masa berbuka tu aku ambil keputusan drastik dengan pemikiran yg paling rasional beserta alasan-alasan yg kukuh. mcD big mac large set!!! muktamad!

notaHujungKaki : shit! lupa lagi nak try GCB!

Friday, August 27, 2010

| kau hati-hati sikit boleh? |

aku ni takder la kolot sangat. okay je dengan dunia sekarang. pempuan sekarang makin advance. aku okay je. lantak kau la kan. tangan yg menghayun buaian mampu menggegarkan dunia ke apa lebih kurang camtu la katanya. lantak. aku okay je. pempuan sekarang berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan lelaki kan. okay. fine. kau memang dah advance. aku memang respek abes la. ramai je pempuan jadi bos sekarang. lelaki lak jadi kuli. okay. aku okay je. tak kisah. dah rezeki kau kan.

yg aku kisahnya, bila atas jalan raya. hoih. aku langsung tak paham apa masalah kau. aku tak tahu camner kau boleh lulus ujian memandu pastu dapat lesen memandu. aku betul-betul pelik. apa jadah pon aku tak tahu. kalau slow, pergh dia punya slow siput pon leh pintas. muka selamba je duk lane paling kanan dengan halaju 50km/j. rasa nak sodok je bontot kete kau. tapi kalau kena yg jenis bawak laju, mak haih kau punya laju. asap pun aku tak sempat nak bau tau. mencanak. mat rempit pun sanggup sembah kau lah.


harap-harap aku tak ada kat jalan raya masa pempuan ni drive.
*kredit to encik google*

tadi aku nak kuar gi bazar. ada lak sorang pempuan bawak kete. terpampang sticker 'P' kat depan kete dia. mak haih selamba badak je dia berhenti tengah jalan lama-lama sebab nak turunkan kawan dia. apa jadah kau berenti tengah-tengah jalan tu. cilake. punyalah besar ruang, tengah-tengah jalan jugak kau nak berenti kan. selalu jugak kat atas jalan raya time aku tgh khusyuk memecut 140km/j tetiba ada kete masuk lane kanan pastu slow slow mak inang gitu. hangin beb hangin. aku terpaksa tekan brek beb dan potong belah kiri. salah tu potong belah kiri. aku usha la pemandu kete tu. tu dia pempuan!! baik punya duk reply sms. cilake. aku carutkan puas-puas. tapi dalam hati je la.

kadang-kadang nak maki tak sampai hati. yelah, kau selalu wat muka comel kan walaupun terang-terang kau salah. ada yg bagi signal belah kanan, tetiba pusing belah kiri. kete kau tu short circuit ke hape. tetiba suis signal tertukar. cilake betoi. bercerecek bunyi brek nak elak kete kau. lagi satu time nak kuar dari simpang. tu dia kau punya muncung kete terjulur lebih. satu keje lak aku nak elak muncung kete kau tu. langgar kang dikatanya salah aku. hangin beb hangin. pastu muka tak menggambarkan yg kau bersalah kan. memang stok kena maki betoi.

itu kete. kalau motor? sama jugak. kalau laju, huh aku nak kejar memang tak sempat lah. tapi kalau slow, haih. bosan pulak aku nak ngikut. nak nak kalau jalan sempit dan aku tengah bawak kete follow belakang dia. rasa nak patah balik je. lembap! rupa-rupanya tangan satu lagi duk sibuk balas sms. woi. aku pun ada henpon jugak lah! tak menyabor nak balas sms tu. cilake.

yela yela aku tawu bukan semua pempuan camtu. tapi sebab ade yg camtu la aku jadi hangin. ada je lelaki yg cmtu, tapi aku nak wat camne kan dah asal kejadiannya lelaki memang lebih brutal dan selamba. bukan salah aku pun. kau pempuan, alangkah baiknya bersopan santun berhemah tinggi. kan. susah-susah sangat kau naik bas je lah. senang.

cantik kan kete kat belakang pempuan tu. pempuan tu? hurm..lite lite aje.
*kredit to encik google*

notaHujungKaki : sticker 'P' mmg utk perempuan ke?

| benci sangat-sangat |

pernah tak kau rasa benci sangat-sangat. rasa meluat sangat-sangat. kalau boleh nak lempang laju-laju orang depan kita. benci. bila dia bergurau dgn kau, bergurau pasal something yg kau sangat tak selesa. something yg kalau boleh kau nak lupakan terus. pijak pijak sampai lumat. tapi dia boleh lak gentel-gentel jadi bulat. tapi dia tak sedar yg kau benci gurauan tu. mereka tetap bergurau pasal something tu. mereka tak tahu apa-apa, it's just a joke kan tapi bagi kau mende tu pedih. macam menikam dada kau pelan-pelan dengan pisau yg sangat tumpul dan bergerigi. dirobek pulak dada kau. habis hancur berkecai organ kau. pedih sangat. tapi kau hanya mampu diam. takut. bimbang rahsia terbongkar. dia tahu kelemahan kau. lalu kau ikut sama bergelak ketawa, sembunyikan tikaman maha dahsyat tu. ketawa sampai pecah perut. berdekah-dekah. benci sangat kan.

pernah tak kau rasa benci giler-giler. bila kau suka someone. tapi kau tak mampu buat apa-apa. kau hanya mampu diam. dan kau perhati saja dia. gerak geri dia, senyuman dia, wajah sugul dia, wajah gembira dia. kau senyum bila dia senyum. kau susah hati sangat bila tengok dia muram. kalau boleh kau nak pergi peluk dia, berbicara dan hilangkan muram tu. tapi kau tak mampu, kau hanya mampu lihat. itu sudah memadai bagi kau. kau sering cakap 'aku suka kau'. kuat-kuat. tapi tak guna, kau cakap dalam hati je. pernah sekali hati kau meronta-ronta. dan air mata kau mengalir, 'jangan, dia bukan untuk kau hati.' kau tak mampu buat apa-apa. dia terlalu berharga untuk insan seperti kau. pipit tak akan mampu berganding dengan enggang. benci sangat kan.


comel kan dia ni. benci bila tak dapat kapel dgn dia. boleh? minat giler-giler.
*kredit encik google*

petik bintang paling cantik di langit, genggam erat sampai berkecai. apa kau rasa. nothing. tarik kanvas awan di langit, ukir nama mu sendiri. apa kau rasa. nothing.

hati aku tak mewah. biasa-biasa saja. sekadar hati. terpulang mahu menerima atau menolak. hati aku sekadar hati. nothing.

tapi aku sentiasa pastikan. hati aku menyanyangi kau. kalau dia curang, aku sendiri yg akan tikam. biar pedih!


notaHujungKaki : benci bila keseorangan.

*macam seronok je bila cakap pasal hati. nothing.

Wednesday, August 25, 2010

| kapel atau tak sebenarnya |

jom kita tangkap leleh meleleh malam ni. wahaha. korang mesti pernah merasa perasaan menyanyangi dan disayangi kan. mencintai dan dicintai. okay tipu sangat kalau kau cakap kau boleh hidup sendirian tanpa ada sesiapa di sisi. boleh gila taw tak. camner nak berkembang bilangan-bilangan manusia kat Malaysian ni nanti kan. hohO~

okay itu bukan persoalannya.

pernah tak kau berkongsi kasih sayang dengan pihak lain. kiranya ala-ala bermadu la. okay fine kau kata madu itu manis. memang manis. sedap. itu kalau madu tu sama-sama give n take antara satu sama lain. kalau madu tu saling jeles-menjeles antara satu sama lain ibarat kalau jumpa boleh main tarik rambut sampai putus, ape cer bro. parah beb parah. so penyelesaiannya, sembunyikan hubungan korang daripada pengetahuan ramai dan jumpa senyap-senyap. matilah dah macam perempuan/lelaki simpanan.

ada satu kisah, A dan B sudah lama berkawan. tetiba muncul si C, berkawan dengan si B. C menaruh perasaan cinta pada B dan B menerima cinta tersebut. C tahu mengenai hubungan B dengan A dan C menerima A seadanya. tapi A tak dapat menerima C kerana bimbang B akan berpaling tadah dan menyebabkan hubungan mereka renggang. B jadi serba salah dan C terpaksa akur dengan keputusan B. hubungan B dan C terpaksa disembunyikan daripada pengetahuan umum. kesian C.

okay. cerita faham! kau tak faham? oh punyalah aku wat ringkasan seringkas-ringkasnya. kau tak faham jugak. isk isk isk. sila baca semula. terima kasot!

*****************************************************

hidup ini tak selalunya indah. juga tak seharusnya gelap kan walaupun kau gelap. setiap manusia berhak dapat kebahagiaan sendiri. lumrah alam kot weh. tipu kalau kau cakap kau bahagia dengan status single kau. single but unavailable. wadafak! tipu tipu tipu. tepuk amai-amai lah kalau nak tipu aku pun kan. kau jeles tak kalau orang yg kau sayangi sangat-sangat asyik cerita pasal orang lain, asyik keluar dengan orang lain. sekali lagi kau nak tipu kau tak jeles kan. kau normal ke tak. or kau pun buat perkara yg sama? betul jugak kan, kalau pasangan kita tu leh wat camtu kita pun boleh la wat camtu kan. bertolak ansur katanya. kan? kan? kan? seyes weh kalau aku dalam situasi tu, aku pun jeles giler giler baban tapi apakan daya. hanya mampu jeles dihati. eh eh itu kalau. sekarang tak, aku okay je. betul tak tipu nih.

seronok kan habiskan masa dengan org tersayang. jalan-jalan shopping raya. lepak-lepak kat taman. bukak puasa sama-sama. suap-suap lagik. tengok wayang tiap-tiap minggu. seronok.

siapa jeles sila angkat tangan. hohO~

okay. paling lama berapa lama korang bertahan dalam mood cinta? setahun? dua tahun? seminggu? ada kawan aku 3 minggu je. lepas tu bermacam-macam halangan yg datang. kesian. tapi dia tabah. rilex je dia aku tengok. kagum weh. andai aku setabah itu, alangkah bahagia hidup. tu la, bukan senang nak bagi komitmen terutama kalau cinta tu berlandaskan rupa paras dan hawa nafsu kan. kalau boleh setiap hari nak declare ngan orang yg berbeza. gila kagum aku. hebat!

tapi kan tapi kan. watper kapel kalau semuanya kena rahsia. tak bahagia langsung. tak leh nak jiwang-jiwang kat facebook kan. lantak~

jom kita kapel. boleh?

notaHujungKaki : nak sangat keluar shopping raya dengan dia!

| kisah brader comel kat fakulti |

korang pernah tak rasa bosan sangat tak ada kerja. pastu korang buat kerja bengong. maksud aku kerja yg agak annoying giler baban lah. jom jom jom aku cerita sikit kisah yg annoying bagi aku nih.

'adik, esok sila pakai kasut ye.' baiklah cik abang comel. esok saya pakai kasut ye. hoh! selama ni ok je kalo pakai selipar masuk ke fakulti. okay je lah! tetibe kau lak nak tunjuk skema giler baban!

'adik, kad matrik mana?' ada ni bang.card holder rosak takleh nak sangkut kat leher.
'pamerkan kad matrik yer.' iye abang. esok saya pamerkan besar2 bagi abang tengok.

'adik, kad matrik kalo boleh jangan sangkut kat beg. sangkut kad baju. tak pun gantung kat leher.' okay ini sudah melampau!!!! hello cik abang yg comel sangat-sangat sampai saya pon kadang-kadang terpegun, saya gantung kat matrik kat beg and pamerkan kat depan so that semua orang nampak. dan semua pengawal keselamatan kat upm ni tak ada masalah pun dgn saya, tapi awak nak tunjuk kerek lak kan. tak nampak ke saya pakai kad matrik ni?? buta? cara saya pamer kad matrik tu langsung tak menyalahi undang-undang kan. sila jangan berlagak poyo boleh tak. annoying lah! saya takleh kepit kat baju sebab takut tercicir, KAU NAK BAYAR KE KALAU KAD AKU HILANG?? aku tak ada card holder yg gantung-gantung tu. KAU NAK BELIKAN KER????
okay. ridzwan, tarik nafas panjang. jom sambung lagi.

lepas ni apa lagi kau nak tegur?
'adik, jangan pakai jeans.'
'adik, jangan wat rambut pacak-pacak.'
'adik, muka jangan hitam sangat.'
'adik, jangan berangan diva kat sini.'

oh damn! kau kau kau leh pergi m****s. kau bosan sebab tak ada kerja sangat kan? gi la tolong potong rumput ke, masak maggi ke, jerang air ke, mop lantai ker, wat kuih raya ke. kan ada faedahnya. taw la kerja menjaga keselamatan.. jangan la skema sangat bang oi.
sekian terima kasot nike sport!

mujur kelas kat fakulti hanya hari isnin ngan rabu. takyah mengadap brader pengawal keselamatan tu hari-hari. senget!

notaHujungKaki : kau mmg comel, tapi...ah. blah!

Monday, August 23, 2010

| sedikit bicara hati | puasa lagi dan jom shopping-shopping malaysia! |

penat. lelah. menanti terus menanti. terkadang hingga lupa diri. lupa alam semulajadi. terus menanti. sampai bila sabar ini harus teguh berdiri. pada paksi yang belum pasti. kadang suci kadang murni. kadang lemas sendiri.

menjadi yang ketiga akan tetap menjadi yang ketiga. bersama bila diperlukan, jauh bila punya peneman. sampai bila mampu bertahan. pada sebuah bernama perhubungan. kenapa semuanya selalu berubah. kenapa perancangan seringkali dihalang. kenapa pemikiran seringkali dikaburi. kenapa keikhlasan seringkali disalahertikan. kenapa kedamaian dan ketenangan seringkali pergi menjauh. kenapa hati ini seringkali merintih merengek keseorangan. persoalan akan tetap tinggal persoalan. entah sampai bila. takdir akan menentukan.

***************************************************************

puasa sudah masuk hari ke 13. alhamdulillah, mampu bertahan. hanya tinggal 17 hari lagi dan hari kemenangan menjelma. oh! seperti budak-budak mengira hari raya. hohO~ semalam gatal kaki menjengah ke Masjid Jamek dan Sogo serta kawasan sekitar. gila kau! hari Ahad okay. manusia memang berpusu-pusu. lautan manusialah! kat Sogo ada sale okay. 70% potongannya! mata berpusing-pusing bila tengok diskaun camtu. tangan ni gatal je nak capai beberapa helai baju dan seluar. eh eh sabar. semalam kuar dalam mood dating dan usha-usha je. hohO~ next week adalah mood menyerang tempat-tempat keramat ituuuuuu. jom jom jom kawan-kawan kita shopping raya. tak sabar nih! ops~ bukan hari sabtu or ahad ya. sila pergi time hari bekerja. senang dan selamat. boleh?

now, mata sangat kuyu dan perut meragam keterlaluan. alasan, semalam tak sahur dan tak cukup tidur sebab berjalan berdating seharian. kaki tercabut masa bangun tidur pagi tadi. luckily, ada gam gajah. boleh lekatkan balik. cilake. malam ni harus berjaga. siapakan secebis lagi assignment. caiyok3!

oh ya! menu hari ini. nasi kerabu + ayam percik + murtabak daging 2 keping + air jagung. banyak? lantak~ gila melantak kan.
mission : gain some weight.
hohO~

notaHujungKaki : berbuka tanpa rumet disisi. nasib baik ada kawan-kawan lain!

Saturday, August 21, 2010

| perempuan memilih - sucks |

ada satu video org upload kat pesbuk. pasal si jantan ni mengadu kat radio ape ntah, Dr love katanya, dia punya tunang nak putuskan pertunangan sebab dia dah ada lelaki lain yg jauh lebih kaya. si jantan tadi hanya penjual burger. dan dlm on air tu jugak pempuan tu maki-maki kutuk-kutuk bekas tunang dia sebab tunang dia tak banyak duit and dia dah jumpa orang yg jauh lebih kaya dan hensem. it's on air ok. on air!

aku ni tak der la anti sgt kat pempuan. betul. tak der. aku suka pempuan. nak nak tang badan keayuan diorang. cair meleleh leleh beb. tapi tu la. bila ada pempuan yg macam dlm video tu. oh damn! no wonder jantan sekarang lebih suka bermesra ngan jantan. memilih sgt! nak yg kaya-kaya aje. nak yg hensem-hensem aje. kalau muka kau tu cantik memutih okay la jugak kan. ni kalau setakat cukup makan je, lupekan je la. silap-silap kau yg kena makan. menangis!

masa dengar rakaman tu, aku segera capai parang pisau gunting semua nak hentak pempuan tu. tapi bila sedar tu hanya rakaman, pelan-pelan aku campakkan semua tu. takut terhentak laptop aku lak. kata org, marahkan nyamuk habis rumah terbakar. marahkan pempuan tu, aku tak leh online dah. boleh?

kenapa pempuan terlalu memilih. pelik.
syukur seribu rahmat lelaki ni nak kat kau tu. ambik berat kat kau. caring. temankan kau. tapi kau nak jugak pandang rupa dan harta benda.

aku ni miskin jugak. tak hensem pon. patot la tak ade pempuan suka kat aku. cuba kalau aku kaya, bawak BMW, ada 18 kredit kad..hoh. menempel-nempel pempuan kat aku. seronok aku makan!

notaHujungKaki : annoying~ tawulah masuk tandas pon kena bayar 30 sen. jangan la demand sangat.

| aku mahu jadi budak baik |

dah sahur semua? subuh dah masuk lama dah. sahur apanya lagi senah oi. weh tetiba aku terasa nak jadi budak baik. hakikatnya aku memang budak baik lebih-lebih pada makcik yg ada anak teruna yg hensem. dara yg comel. maksud aku nak jadi lebih baik dari sekarang.

sejak dua tiga lapan belas menjak ni aku cakap kau, banyak sangat perkara yg berlaku. terlalu banyak perkara yg aku fikirkan dan perkara yg aku cuba lupakan. kadang-kadang aku sengaja cuba melupakan kisah sedih yg pernah datang beraya menyinggah tapi tu la. tak pernah berjaya. gampang. oh budak baik tidak seharusnya cakap camtu kan.

minggu lepas contohnya. tabiat mulia suka menangguh assignment dan study untuk test sudah membuahkan hasil. akibatnya, assignment dihantar tidak sesempurna yg disangka dan test yg dijawab agak hanjeng jawapannya. tahniah dan sila buat lagi. gampang. oh! dan minggu ni, assignment kembali bertimbun. bak kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. lepas tu hangkut bukit-bukit tu hantar kat lecturer. 'maaf Dr, saya tidak mampu menyiapkannya.' cilake. azam sebelum masuk minggu baru ni, aku nak menyiapkan semua assignment dan buat sedikit revision. ya! aku serius. tengok muka aku serius ni. oh tak mengapa. orang serius tak perlu gitau orang yg dia serius. hohO~ dan aku mahu pulihkan hubungan dengan semua orang. mahu lupakan sengketa yg ada. eh eh budak baik harus berprasangka baik kan kat semua orang. biar aku ditindas jangan sesekali menindas. nanti aku revenge la. kaw-kaw punya aku bagi

aku ingat lagi. selalu sangat hati ni email berkata-kata kat aku cakap semua ni tak akan berulang. tapi aku tetap tewas. setan mana yg menghasut nih. eh bulan puasa setan semua kena rantai kan. matilah nafsu aku memang jahat! sejahat setan. ini bermakna aku juga sejahat setan. wah! bangga. cilake.

sesuai ke kalau budak baik gelak camni?

aku dah ambil keputusan. aku mahu jadi budak baik. eh budak baik kena tidur secukupnya. aku tidur dulu lah. study? ye la. aku tidur utk dapatkan rest secukupnya. kan?

notaHujungKaki : puasa ke 11. oh pejam celik pejam celik dah dekat nak raya. dah boleh pasang lagu raya kot.


Friday, August 20, 2010

| kisah anniversary aku | lagi gambar comel kami |

salam Jumaat semua. camner malam tadi? ambil berkat malam sunat tak? hohO~ matilah. eh eh malam tadi a friend of mine tepon. wah lama weh tak dengar suare dia nih. kawan masa kecik-kecik dulu. main pondok-pondok. main kahwin-kahwin. gila. eh eh kau pon camtu jugak kan. tak kan la masa kecik-kecik korang dah reti main PSP ke DoTA ke FIFA ke kan. gila penipu la camtu. kawan aku ni perempuan.dah kahwin. oh pejam celik pejam celik dah setahun dia kahwin. aman damai dah agaknya. entah-entah dah bercucu. okay itu tipu.

kawan : eh wan. ko watper skrg.
aku : aku camni la. tak pernah jemu menuntut ilmu. *matilah statement riak!
kawan : cis! bila ko ni nak kerja.
aku : selagi aku belum puas menuntut ilmu.
kawan : eh eh ko taw tak.
aku : tak tawu. dragon ball ada berapa?
kawan : sengal. aku dah setahun kahwin. hubby aku bagi aku hadiah anniversary best. pelancongan ke Phuket lepas raya nanti.
aku : owh. aku tumpang gembira.
kawan : ko tak wish pon anniversary aku.
aku : perlu ker. okay. selamat ulangtahun perkahwinan. eh aku rindu kau!
kawan : aku rindu kau jugak. tapi hubby aku is everything!

senyap. dia sedang bahagia. alhamdulillah. dulu main kahwin-kahwin ngan aku. sekarang? kahwin betul-betul dah. hohO~ aku terdiam kejap. tahun ni aku sambut dua anniversary besar bagi aku. hari lahir dan ulang tahun perkenalan aku dengan dia. oh. nothing special pon. macam hari biasa jer. silap aku expect yg terbaik. dan aku hampa sendirian. silap siapa. akukah yg sentiasa mengharap atau dia yg tak pernah kisah. ish ish. syoh syoh pergi main jauh-jauh la air mata. jangan menempel kat sini.

tampal senyuman. shit! palsu. ketat.

aku ingat bila ada org yg sayang kita. semuanya akan indah. tapi.....

okay lupakan. cerita pahit yg harus aku buang jauh-jauh. pergi!

*************************************

usai sudah test 1 audio. hanya tinggal test pentadbiran selasa depan. dan beberapa cebis assignment. oh. aku tak pernah aman sejak dua menjak ni.

minggu ni hati dipalit kegelisahan. kurang perhatian dari dia. barangkali sibuk. okay. aku paham. tapi. ah jangan merungut wahai hati. dia sentiasa ada untukmu. percayalah.

************************************

hati. senyumlah. ayuh ceria!

tu dia. rumet kesayangan. kami pasangan yg comel kan.
oh kami bukan gay. kami cuma teman yg sgt mesra!

notaHujungKaki : rumet pulang ke kampung. aku nak tidur peluk siapa malam ni?

Monday, August 16, 2010

| golongan wanita yg sering dipermainkan |

oit oit oit puasa ke tak ari ni? jangan puasa nyang nyang yuk pergi dapur bukak periuk sudah la yer. hohO~ eh eh ni ada satu story best. ape lagi, pasal si perempuan la. hohO~ suka wat entry pasal perempuan kan. lantak~ ni nak gitau beberapa golongan perempuan yg sangat mudah diperbodohkan oleh lelaki. eh eh aku lelaki. haha~

Golongan mudah mempercayai lelaki
jenis yang berpegang pada pepatah cinta itu buta. last last kau yg betul-betul buta. lantak. sebab sayang yg teramat sangat, kau percayakan lelaki sepenuhnya. yela sayang la katakan, seluruh jiwa dan raga ku serahkan padamu oh arjuna. ayo~ tolonglah. hey come on! wake up. jangan meletakkan seratus peratus kepercayaan kat kami as kaum lelaki. mana kebijaksanaan korang hah?!

Golongan terdesak untuk kahwin
yg ni lagi dahsyat. disebabkan takut digelar andartu sebab usia dah lanjut, kau sanggup redah je melayan mana-mana jantan yg nak berkenalan. isk isk isk kesian. akak akak semua, kalau mahu mencari laki, sila berwaspada ya. hati-hati menempuh onak dan duri. eh eh.

Golongan suka bersosial
sebut je club mana, semua kau dah pernah pergi kan. yg ni golongan bahaya sikit. jenis yg berfikir 'hidup hanya sekali'. sebab tu la semua kau nak rasa kan. ok fine. your life.

Golongan yg tak pentingkan ilmu
bukan ilmu-ilmu yg kat sekolah atau kat universiti yer. ni ilmu pasal percintaan dan perkahwinan atau ilmu perhubungan lah. bukan boleh main redah je cik kak oi. redah punya redah last-last kau yg rebah. isk isk isk. kat internet tu banyak ilmu-ilmu camni. tinggal nak ngan tak nak jer taw!

Golongan 'gila besi' dan pandang paras rupa
gila besi merujuk kepada gila harta ye. oh ramai kot golongan yg camni. nak cari yg kaya je. cukup 5C. condo, car, cash, credit card, carier. gila. pakej nak lengkap. kalau tak jangan harap nak dekat. biasanya golongan yg camni, kalau dapat pasangan memang tak lama mana pun perhubungan diorang. well, lelaki leh je hamburkan semua kekayaan tu kat kau, tapi there's price u should pay! harharhar. pastu nak cari yg hensem-hensem jer. laki orang pun tak per. janji hensem. kononnya taknak anak nanti buruk. cis! kau tu cantik sangat ker????

Golongan 'redha'
sebabkan sayang, sanggup tutup mata je apa yg laki kau buat kan. dia sepak terajang kau, jual kau merata-rata. kau diam je. yelah, sayang punya pasal. hohO~ seronok mainkan golongan yg camni. sampai bila-bila la kau terus dipermainkan dan diperBODOHkan. hebat!

okay. dah. siapa yg berada dalam golongan camtu. sila ubah diri anda yer. hanya anda mampu mengubahnya. hohO~ eh eh harus diingat. aku lelaki baik. aku mana suka permainkan wanita nih. cuma diorang je yg suka permainkan aku. yela yela sebab dia perasan cantik kot. blah!

damn! again gambar menggugat iman. matilah~
*kredit to hencik google*

notaHujungKaki : haha. anyone to respond?

| test dan assignment | dia bersikap dingin |

test 1 pemampatan data : checked!
test 1 etika perkomputeran : tak study agi. tomorrow is the day!
assignment audio : on the way. ready to submit.
assignment animasi komputer : checked!

mati. mati. mati. again in pressure week. matilah.
tu la kau. suka sangat wat kerja last minit last-last kau jugak yg merana. eh eh study last minit tak per kan. nanti ilmu tu tak der la ilang banyak sangat. entah mazhab mana ntah aku ikut nih. hohO~ esok ada test lagi. etika dalam perkomputeran. gila. satu habuk pun belum study agi ni. stay up lagi la malam ni jawabnya! semalam pun stay up. gigih menyiapkan assignment dan study untuk test pagi tadi.

tengok tu. bukti aku sangat bizi malam tadi. hohO~

tengok ikan buntal aku tuh. orang kata namanya Nemo. comel tak? hohO~
abaikan blackberry dan iPhone aku tu ye.
*gila riak*

lukis ikan pun pakai kalkulator. gila hebat dak multimedia ni.
big clap for me!

********************************************************

hari ni hidup kurang tenang sikit sebab si dia macam bersikap dingin. silap aku jugak. wat dia kecik hati. sorry sayang. tak mo majuk-majuk ye. cenyum..:) saya tunggu je mesej awak. nyampah sangat-sangat bila dpt mesej dari orang lain or dari facebook sebab saya hanya tunggu mesej dari awak je. menci!

*********************************************************

notaHujungKaki : mata mengantuk. dah macam mata beruang panda. oh. harus ganti tidur.

Sunday, August 15, 2010

| andai ini Ramadhan terakhir buatku |

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu..kepadaNya Tuhan yg satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yg dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadduk
tubuh dan qalbu bersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil..menangisi kecurangan janji

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yg berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yg terluang
alunan al-Quran bakal kau dendangkan bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih..berqiamulail..bertahajjud..
mengadu..merintih..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMu
tapi aku takut untuk ke nerakaMu"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yg tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru..kita cari..suatu malam idaman
yg lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal meyediakan batin dan zahir
mempersiakan diri rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Illahi
andai ini Ramadhan terakhir buat aku
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti paling berseri
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu ya Illahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun teman
tak akan ada manusia yg bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yg terakhir baginya
yg mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha..bersedia..meminta belas-Nya

andai benar ini Ramadhan terakhir buatku
MAAFKAA SEMUA KESALAHAN YG PERNAH AKU LAKUKAN

notaHujungKaki : siapa tahu apa yg bakal berlaku.





Thursday, August 12, 2010

| kisah di awal puasa |

sejak dua tiga menjak ni aku ada terperasan something la. tak tawu la kau perasan ke tak kan. kat fesbuk aku tu ada macam-macam bisnes dah. dulu-dulu sebelum start pose, berlambak-lambak org sibuk duk wat iklan barang diorang. shawl corak-corak la, kain pasang bermutu tinggi la, beg home made la, beg import dgn harga murah la. gigih kau kan. yelah-yelah bisnes ni bagus. menambah pendapatan. tapi yg sadisnya, sampaikan spender pun jual online?? ayo~ ape cerita tuh. nasib baik kau tak tag aku kat spender tu kan. kalau tak, mau aku serang fesbuk org tuh. gila.

tidak. blog aku tidak menjual shawl. harap maklum.
*kredit to hencik google*

itu sebelum puasa. ni sekarang dah start bulan puasa, dah tak ada lak iklan-iklan camtu. okaylah ada la sikit-sikit. yg jenis start lambat sikit. bisnes planning katanya. tapi yg paling maju skrg, iklan makanan. adoi. time-time org tgh lapar la kau sibuk duk promote makanan kau kan. ayam percik 3 lapis la, ais blended hancur berkecai la, jus mangga minggu lepas la, coklat cair la. haih~ dugaan betul. tak kurang jugak promote kuih raya. punyalah gigih nak beraya. almond london atuk saya, kuih semperit sembelit, kek span kak kiah, kuih koci berlapis-lapis. hoh?! memang menggugat iman betul. sedap tu weh! tapi kadang-kadang seronok tengok diorang berbisnes bagai nih. macam meriah je wall fesbuk aku tu. nak-nak bila diorang tag aku kat produk tu. last-last bisnes kemana, diorang bantai berborak kat produk tu. jadinya, notification aku 18 ratus setiap 1 jam. hampes~

aku pun terfikir nak wat bisnes gak nih. siapa ada cadangan? aku ingat nak wat bisnes megi hot cup. senang bagi mereka yg nak memonteng pose tu. cilake.

tu la.meriahnya pose kan. gigih masing-masing buat bisnes. eh eh ak ada terbaca kat wall fesbuk, ada orang dah start main mercun semalam. gila. baru sehari pose dah main mercun? adakah ini satu teknnik pemasaran? kut-kut nanti ada la jiran tanya, beli kt mana mercun tu? hah. untung tokey mercun tu. dpt menambah customer. entah-entah yg main tu anak tokey, saje nak promote mercun bapak. sekali yg bertanya tu polis, hah! naya. beraya dalam lokap. padan muka hang. eh tak ada pulak yg wat bisnes mercun online ek. siapa nak? angkat tangan! jom beraya kat lokap beramai-ramai. gampang. jgn main mercun lah. bahaya. kang putus segala-gala yg boleh putus. siapa mau jawab? dulu masa aku kecik-kecik, aku camtu gak. gila mercun. meleleh air liur bila dengar dentuman mercun tu. terus lupa pasal terawih. eh eh aku main mercun time malam je okay. ape barang siang bakar menda alah tu. tak feel la kan. tapi skrg, dah besar pnjang muka pun dah hensem sikit so tak fikir dah pasal mercun tu ha. eh tapi kalau ada, aku bantai jugak la. hohO~

jangan main mercun kalau sayangkan nyawa kau!
*kredit to hencik google*

awal-awal pose ni tak ada masalah sgt la time nak bangun sahur. gigih je masing-masing. last-last kelas pun tak pergi sbb bantai tidur lepas sahur. terlajak terus ke tengah hari. cilake. asal la tak terlajak terus ke maghrib. boleh terus berbuka. hohO~ makruh pose tidur lama-lama. semalam hari pertama ke bazar ramadhan. gila ramai manusia. berduyun-duyun. tak nampak gerai dah. nampak orang je. kalau lah bukak pose leh makan orang. haha. hari ni gi awal sikit lah. eh eh bukan bermaksud aku tak puasa okay!

model yg sangat popular. jom jom reramai kumpul depan tibi dengar dia wat pengumuman raya. eh eh pose baru 2 hari lah!
keh keh keh.

notaHujungKaki : kelas pukul 9. gigih ni taknak tidur lepas sahur. takut terlajak lagi.

| kisah rumput dan kasih sayang |

pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kpd gurunya. ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : cikgu, mcm mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yg paling kita sayang? mcm mana jugak kasih sayang tu nak berkekalan?

Cikgu : ok. kamu ikut apa yg cikgu suruh. kamu pergi ke ladang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. dan pilih yg paling cantik, bawa ke kelas.

apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai pun rumput di tangannya.

Cikgu : kenapa tiada rumput yg dipilih?

Pelajar : tadi masa berjalan, sy carilah rumput yg paling cantik. memang ada banyak yg cantik tapi cikgu kata pilih yg paling cantik, maka sy pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, sy tak jumpa pun yg paling cantik tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg sy boleh petik.

Cikgu : ya, itulah jawapannya. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yg kita sayang, janganlah kita mencari lagi yg lebih baik dari itu. kita patut hargai orang di depan kita sebaik-baiknya. janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap dah berlaku. semoga yg berlalu tak berulang lagi. dan ingatlah orang yg paling kita sayang itulah yg paling cantik dan paling baik.walaupun nak ikutkan banyak lagi yg lebih cantik dan baik seperti rumput tadi.
**************************************************************************

makanya, kita harus hargai orang yg sentiasa ada disamping kita. tatkala kita sedih dan tatkala kita gembira. dia sentiasa berada disamping kita. tapi lumrahlah, manusia tak pernah puas dengan satu. selalu inginkan dua tiga dan seterusnya tanpa menyedari ada yg terluka. namun atas tiket sayang, dia tetap setia. walaupun dihujani pelbagai masalah dan dugaan. itulah nikmatnya kasih sayang, jarang sekali orang menyedarinya.

**********************

notaHujungKaki : bersahur dengan nasi lemak memang sangat menyelerakan. eh aku rindukan nasi lemak mak!!

Wednesday, August 11, 2010

| header baru lagi |

oyeah oyeah ah ah. erk?! lain lak bunyinya tu. hohO~

ni ni aku nak habaq mai nih.

new header!!!
ouch.biru in house okay! so cool. aku suka tengok warna biru nih. tenang je rasanya. eh eh kadang-kadang blog aku ni ada cite panas-panas hingga boleh buat orang lain rasa panas semacam je. hope hope bila ada header kaler biru bagai nih, kurang la sikit panas korang tu. tapi cerita yg panas tetap akan kekal panas lah. boleh? eh eh siapa yg belom sempat tengok header lama aku tu (memang penipu kalau baca blog aku tapi tak tau header lama camner), meh sini aku tayang sikit kenangan lampau.
kenangan katanya~

*klik utk besarkan*

hah. begitulah alkisahnya header lama aku. warna-warna ceria gitu. ala-ala tadika kemas. boleh? kali ni header tak ada mata besar-besar tu sebab puasa-puasa ni kite kena jaga mata. jangan tengok benda yg bukan-bukan. hohO~ tapi walau bagaimanapun (matilah ayat skema), muka aku yg hensem dan comel tu tetap kena ada kat situ. supaya kau kau kau kenal pemilik blog nih. haha. gila promote diri nih. semoga enjoy lah tengok header bar nih.

************************************************************

hari pertama puasa. dan hari ini aku skip semua kelas. akibat tertido kekenyangan lepas sahur. gila buruk perangai kan. maap cikgu, saya tertidor. matilah alasan budak tadika. gampang.

notaHujungKaki : tiba-tiba mahu berbuka dgn mak!

Monday, August 09, 2010

| gambar tak bape nak gambar sangat - masa PC |

okay. entry bergambar sempena pameran biro ari tu masa perkampungan canselor.
huhu. jom jom jom cekidaut!!


biro pembangunan usahawan.
'tiada hari tanpa urusniaga'
billionaire to be..boleh?
waka waka eh eh..;p

oh speaker aku!! dan LCD rumet aku. huhu. untuk present multimedia biro kami..:)
tahun lepas pun guna method yg sama untuk present biro kami.

3 jejaka yg sangat sengal.
3 jejaka maskulin terakhir. hohO~
friends forever beb!!

rumet aku yg sgt comel..huhu.

jom kita main teka-teka nak??
antara ayam dan telur, mana yg kuar dulu???
hahahaha~

notaHujungKaki : tamat sudah~



| selamat datang Ramadhan Al-Mubarak |


insyaAllah 11 ogos 2010 nanti bermulalah bulan Ramadhan al-mubarak. so siapa-siapa yg tak hingat niat puasa, jom jom jom kita praktis sekarang. nanti tak der la terkial-kial bukak buku cari niat puasa lak kan. so kpd sesiapa yg belom habis ganti puasa tu, ape cer? bila nak ganti puasa ni? tawun depan? tepuk dada tanyalah selera. makin besar selera, makin bertambah bilangan hari nak ganti puasa. oh itu sememangnya benar kan. well, penghidap gastrik bermusim akan bertambah secara tak langsung. aku kagum. boleh tak ini dikategorikan as satu keajaiban dunia? sebab penyakit gastrik ni ada musimnya sendiri. iaitu time bulan puasa je. hebat!

dan kereta-kereta jenazah dah diservis kot. maklumlah, bulan puasa ni kenderaan tu dah jadi kenderaan awam. nak bagi khidmat terbik buat yg ada penyakit bermusim tu ha. senang nak hangkut ke pejabat agama. free of charge. memang sangat menjimatkan. kanss??

oh ya. lepas ni rumah-rumah bujang akan tertutup je pintunya sepanjang hari. okaylah mungkin sebab diorang ada kelas or gi kerja. tapi kalau hari-hari termasuk hari minggu pun pintu tertutup rapat, ape cer?? masak maggi beramai-ramai ke bang? eh eh akak-akak pun sama. bulan mengambang katanya. hari-hari ke bulan mengambang cik kak? tragis betul. jom jom kita pergi pasar raya or mana-mana kedai esok. mesti stok maggi laku giler time ni. sebab semua dah hangkut bawak balik umah. senang nak memonteng puasa kan. cilake. drive thru mcD or KFC pun tak ketinggalan jugak. yg chinese n indian look mesti happy giler time ni. konfiden masuk drive thru, tapau sepuas hati then makan dalam kereta. aku rasa kena bagi cadangan kat pejabat agama suh diorang standby pegawai kat drive thru section, tak pun kat jalan keluar. abis je diorang beli kat situ, jalan depan sikit terus kena tahan dek pegawai agama. siap dengan bukti agi. ok x?

rokok? alah, masing-masing lepak dalam toilet je la pasni. kalau tak nak kantoi, bwk minyak wangi sikit. pas hisap rokok, sembur-sembur sikit then walah!! muka suci je kuar toilet. cam gampang. ingat senang ke bagi perokok tegar nak stop merokok untuk sehari? susah beb. eh eh eh aku tak merokok. ni kawan aku yg cakap. aku tak tawu betol ke tak.lalala~

yg peliknya kan. diorang ni la yg akan datang paling awal ke bazar ramadhan. tak caya, tengok ah nanti.

apa-apa pun, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dan SELAMAT BERPUASA.

notaHujungKaki : malam selasa dah start terawih taw!

| test 1 | PC |

test 1 animasi komputer - selesai. eh eh lega sikit sebab dah lepas test animasi yg agak susah tadi. well, sesusah mana pon test tu aku redah dengan penuh konfiden. ah konfiden itu penting. biar nampak gempak je. boleh? next test - esok! okay sila sambung study.

************************************************************

semalam tamat sudah perkampungan canselor. alhamdulillah, terbaik!! perkampungan canselor terakhir buat aku disini. dah final year la katakan. hohO~ dan tetra aku kalah teruk. but aku betul-betul bangga dengan tetra aku. TETRA PINOCCHIO!! memang bagi aku adalah terbaik. happening dan ceria je sumer. aku sayang korang semua. hohO~ takpe, kita kalah dalam pertandingan tapi kita menang di hati kita sendiri. pedulikan apa org ckp ya! *walaupun aku sedikit jeles tetra aladdin menang besar!!*


Sunday, August 08, 2010

| perempuan dan bantal |

weh weh weh. ada someone yg buzz kat ym aku tetibe. oh kawan sekolah aku rupanya. lama tak dengar cerita dari dia. well well well sebenarnya dia just nak tanya aku something, camner nak kenali perempuan. oh wadafak sejak bila aku bertukar profession sebagai perunding wanita lak ni. or pakar sakit puan? seronok gak kalau betol kan. gampang! eh eh dia cakap sebab aku kan ramai kawan wanita, so aku la org yg dia rasa sesuai nak tanya soalan camtu. sekali lagi wadafak fak fak.

baiklah. *sambil tarik nafas dalam-dalam*. aku bersedia menjawab. setelah aku buat research sikit pasal isu yg tak berapa nak hangat ni, aku jumpa la camner nak kenal perempuan melalui bantal. hah ambik ko!!! agak hanyut ke lembah asmara sikit bunyinya. tapi jangan bimbang. ini hanya research. tiada uji kaji yg berkaitan isu lucah ya. harap maklum. cilake~

jom. cekidaut!

1) memeluk bantal
- berjiwa seni. mempunyai penghargaan yg tinggi trhadap lukisan, muzik dan sastera. punyai jiwa yg romantik. sangat prihatin terhadap kesopanan dan kesusilaan hidup.

2) guna banyak bantal
- kurang keyakinan diri. perlukan pendamping atau teman-teman yg dpt membantu mereka. jarang buat keputusan sendiri. sukar berdikari.

3) tidur dengan satu bantal
- boleh menerima sesuatu keadaan seadanya. buat keputusan berdasarkan rasional pemikiran. tidak mengikut hawa nafsu.

4) tidur dengan bantal bawah kaki
- jarang bergaul dengan orang ramai. kaku dalam pergaulan. cenderung bersifat egois. gemarkan jalan pintas untuk mencapai cita-cita. tidak suka berusaha.

5) tidur tanpa bantal
- sifat percayakan diri sendiri yg sangat tinggi. kadang-kadang bersifat ego. sering memandang rendah kepada orang lain.

okay lepas ni jom kita selidik awek-awek kita tu tidur camner. how to selidik?? sila jangan tanya aku. kau lebih arif kan. aku masih suci. ta tahu menda-menda ni sume. lantak~

*agak-agak menjawab tak soalan kawan aku tadi??

notaHujungKaki : lelaki dan bantal. anyone??

| perkampungan canselor 2010 |

haaa..mari-mari. yg jauh sila datang dekat, yg dekat sila rapat-rapat, yg rapat sila ketepi sikit bagi laluan sebab yg jauh dah datang. ha...mari-mari. hohO~ PERKAMPUNGAN CANSELOR datang lagi. mari mari mari. eh eh ada bakat jadi penjual buah kat pasar malam tak? gila ah!

PERKAMPUNGAN CANSELOR 2010/2011
konsep : fairy tales.
tema : 'bayangan fantasi pemacu generasi'
tarikh : 6 - 8 ogos 2010.

hoho. sila jadi kanak-kanak tadika ceria sebentar. jom kita beralih ke dunia dongengan.

tetra 'snow white' - ground murni, 1st mahsuri, 2nd masria, 3rd malinja.
tetra 'cinderella' - 3rd murni, ground mahsuri, 1st masria, 2nd malinja.
tetra 'aladdin' - 1st murni, 2nd mahsuri, 3rd masria, ground malinja.
tetra pinocchhio - 2nd murni, 3rd mahsuri, ground masria, 1st malinja.

okay floor aku tetra pinocchio. so aku kena la berhati-hati jangan berbohong nanti tak pasal-pasal hidung jadi panjang. gila. malu siot hidung panjang cam pinocchio. jatuh saham. hohO~

actually perkampungan canselor ini adalah satu program untuk meraikan pelajar baharu. lebih kurang macam majlis sambutan buat mereka la. konsepnyer lebih kpd hari keluarga. tujuannya untuk mengeratkan silaturahim sesama junior, senior dan pihak pentadbiran kolej. alhamdulillah, so far misi ini berjaya!!

well semalam ada pameran biro, bertujuan untuk menarik minat warga kolej mendaftar di bawah biro-biro yg ada di kolej canselor ini. dan aku in charge biro pembangunan usahawan (BPU). huhu. biro ni dapat no 2 biro terbaik keseluruhan malam tu. bangga seh!!! kami sediakan beberapa game untuk pengunjung yg datang berkunjung ke pameran kami antaranya kira gula-gula dlm balang, baling lubang burung, pecahkan belon dan roda usahawan. berkerumun manusia sejagat. lalala~

dan malam ni ada perbarisan tetra dan pertandingan hiasan buah-buahan. huhu. aku pun turut serta tapi sebagai penonton je la. bagi adik-adik junior je yg buat. lalalala~ gila berlagak senior korang ni kan. lantak~ dan bila korang wat cheers kolej, oh aku tersangat rindukan zaman orientasi masa aku junior dulu. so sweet!! terkenang kemeriahan masa tu. gila happening. seronok. really miss that moment!

dan esok malam penutup. hope happening~

*sengal gambar takleh upload. ni la masalah bila guna uspot!!!

notaHujungKaki : pinocchio??



Saturday, August 07, 2010

| setahun perkenalan |

oh my gosh! dah cukup setahun aku kenal dia. dah macam-macam dugaan yg datang. tak sangka. hope dia ingat anniversary ni. wishing him all the best!!!!

dear friend, semoga bahagia selalu. doaku sentiasa bersamamu.

notaHujungKaki : teringat masa first time jumpa dia. so sweet!!

Thursday, August 05, 2010

| perempuan yang seksi |

tadi masa aku sorang-sorang duty kat GUC, ada sorang minah ni datang kat aku. dia ni kiranya kawan baik aku jugak la.hohO~

minah : wan da ada awek?
aku : awek? perlu ker?
minah : takder ker? tipu la.
aku : mls nak awek2 nih. kang asyik nak dating jer.
minah : ari tu tgk pic wan mandi-mandi dgn awek seksi. wan suka pempuan seksi ke?
aku : seksi itu menawan. x salah cuci mata kan.

*dush. gila lahanat statement!

well memang lelaki suka tengok perempuan-perempuan seksi. nak nak yg jenis pakai baju adik tu, mungkin mak abah tak bagi duit nak beli kain baju. lagi singkat baju depa, lagi lah jantan lelaki suka tengok. betol tak tipu. okay tok imam pon boleh tercabut kopiah yer. alah, bukan susah pun nak tengok yg seksi seksa ni. pergi je kat mana-mana shopping complex, tengok la puas-puas. sumer seksi-seksi. betol. aku selalu nampak. eh eh bukanlah aku saje nak usha. dah ternampak kan. layan je la. hohO~

matilah blog aku kene laknat sbb ada pic seksi.

aku langsung tak nafikan lelaki memang suka perempuan seksi. cair katanya. bukan aku okay! meleleh segala air yg ada. cilake. tapi when it comes to kawin, sape je yg nak perempuan seksi-seksi ni? aset terdedah. tak secure woooo.. pelaburan masa dpan yg sgt tidak menguntungkan. okay aku sudah bertukar kerjaya sebagai perunding aset dan kewangan. dush! eh betol. kalo yg seksi-seksi ni nak dijadikan awek, ayo...tolonglah. fikir 18 ratus kali kot. kang orang lain asyik usha hotspot awek kita tu, eh eh awek ko tu tak ke merana ko. kang timbul lak iri hati bagai. hah! sape nak jawab? ada talian hayat ker? lalala~ okay ada yg ambik perempuan seksi as awek diorang. tapi tapi tapi sure ke itu awek? or just sex partner?

pang!! okay mulut aku mmg lancang~

hell yeah. tak ada lelaki yg suka aset awek dia ditenung oleh lelaki lain. so, kalo korang perempuan rasa nak pakai seksi-seksi, silakan. tapi jangan ingat lelaki akan ambil korang as bini or awek. err..i mean JANGAN BERANGAN. silap-silap korang dicop perempuan murahan. hoh?! jatuh standard beb. paling tidak pun, lelaki akan mintak no phone jer. nak wat geli-geli. nak ajak kawin?? jauh sekali. wadafak la! dan lelaki memang sering tidak menolak rezeki. bak kata orang, rezeki jangan ditolak nak nak show free. hohO~

lepas tu, touch n go! mana kau nak topup kalau kredit abes??

biasalah, lelaki ni time bujang memang berlumba-lumba rosakkan anak dara orang. tapi bila nak kahwin, cari yg dara sahaja okay! well, perempuan kan ramai. haha.

notaHujungKaki : lain kali jgn tanya aku pasal perempuan. aku malas nak sentapkan korang.

Wednesday, August 04, 2010

| no mood for any entry |

serabot sangat-sangat diz week. don't know why. mood untuk mengarut dlm blog pun tak ade. apa nak jadi? u tell me!!!! hohO~ blogwalking pon kadang-kadang jer. ah. cepatlah berlalu week yg amat memboringkan ni. bosan okay!

***********************************************************

notaHujungKaki : speechless~

Tuesday, August 03, 2010

| kisah mami dan dedi |

eh eh dah 3 Ogos. haiya! belom ade entry bulan baru. lalala~

*****************************

oh my mami n dedi ada di Bangi. mami ikot dedi kursus di Niosh, Bangi. heavennyer diorang bercuti ke KL sebab anak-anak sorang pon tiada di rumah. wah wah wah. ini boleh mendatangkan kejelesan melampau nih. eh eh ada cerita kelakar. mami n dedi sesat di kuala lumpur. harharhar. sesat entah kemana. gigih sangat datang KL awal-awal tak nak bagitawu aku. harharhar. kalau tak aku boleh je guide dari tol gombak tu hingga ke Bangi. hajat hati nak singgah umah makcik aku kat Ampang n jumpa adik aku kat sana jugak, tapi sesat punya pasal depa terus je ke Bangi. kelakar lah mami n dedi nih.

oh esok kelas sampai pukul 5 sahaja. maknanya aku mahu mengikut mereka jalan-jalan cari makan sekitar KL. mami n dedi sila jemput saya di UPM ya. jangan sesat lagi. lalalala~ diz coming friday, my bro nak datang bertandang ke sini. hoh?! menumpang di bilik aku la jawabnya. nak ajak jalan-jalan katanya. eh eh maksud aku nak suh aku bawak jalan-jalan. hoh?! layankan je la~

mami n dedi esok jangan lupa bawak buah duku yg saya mahu tu ya!
keropok lekor ada tak?

notaHujungKaki : tak sabar nak jumpa mami n dedi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...