dah sahur semua? subuh dah masuk lama dah. sahur apanya lagi senah oi. weh tetiba aku terasa nak jadi budak baik. hakikatnya aku memang budak baik lebih-lebih pada makcik yg ada anak teruna yg hensem. dara yg comel. maksud aku nak jadi lebih baik dari sekarang.
sejak dua tiga lapan belas menjak ni aku cakap kau, banyak sangat perkara yg berlaku. terlalu banyak perkara yg aku fikirkan dan perkara yg aku cuba lupakan. kadang-kadang aku sengaja cuba melupakan kisah sedih yg pernah datang beraya menyinggah tapi tu la. tak pernah berjaya. gampang. oh budak baik tidak seharusnya cakap camtu kan.
minggu lepas contohnya. tabiat mulia suka menangguh assignment dan study untuk test sudah membuahkan hasil. akibatnya, assignment dihantar tidak sesempurna yg disangka dan test yg dijawab agak hanjeng jawapannya. tahniah dan sila buat lagi. gampang. oh! dan minggu ni, assignment kembali bertimbun. bak kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. lepas tu hangkut bukit-bukit tu hantar kat lecturer. 'maaf Dr, saya tidak mampu menyiapkannya.' cilake. azam sebelum masuk minggu baru ni, aku nak menyiapkan semua assignment dan buat sedikit revision. ya! aku serius. tengok muka aku serius ni. oh tak mengapa. orang serius tak perlu gitau orang yg dia serius. hohO~ dan aku mahu pulihkan hubungan dengan semua orang. mahu lupakan sengketa yg ada. eh eh budak baik harus berprasangka baik kan kat semua orang. biar aku ditindas jangan sesekali menindas. nanti aku revenge la. kaw-kaw punya aku bagi
aku ingat lagi. selalu sangat hati ni email berkata-kata kat aku cakap semua ni tak akan berulang. tapi aku tetap tewas. setan mana yg menghasut nih. eh bulan puasa setan semua kena rantai kan. matilah nafsu aku memang jahat! sejahat setan. ini bermakna aku juga sejahat setan. wah! bangga. cilake.
sesuai ke kalau budak baik gelak camni?
aku dah ambil keputusan. aku mahu jadi budak baik. eh budak baik kena tidur secukupnya. aku tidur dulu lah. study? ye la. aku tidur utk dapatkan rest secukupnya. kan?
notaHujungKaki : puasa ke 11. oh pejam celik pejam celik dah dekat nak raya. dah boleh pasang lagu raya kot.
No comments:
Post a Comment