ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Monday, August 23, 2010

| sedikit bicara hati | puasa lagi dan jom shopping-shopping malaysia! |

penat. lelah. menanti terus menanti. terkadang hingga lupa diri. lupa alam semulajadi. terus menanti. sampai bila sabar ini harus teguh berdiri. pada paksi yang belum pasti. kadang suci kadang murni. kadang lemas sendiri.

menjadi yang ketiga akan tetap menjadi yang ketiga. bersama bila diperlukan, jauh bila punya peneman. sampai bila mampu bertahan. pada sebuah bernama perhubungan. kenapa semuanya selalu berubah. kenapa perancangan seringkali dihalang. kenapa pemikiran seringkali dikaburi. kenapa keikhlasan seringkali disalahertikan. kenapa kedamaian dan ketenangan seringkali pergi menjauh. kenapa hati ini seringkali merintih merengek keseorangan. persoalan akan tetap tinggal persoalan. entah sampai bila. takdir akan menentukan.

***************************************************************

puasa sudah masuk hari ke 13. alhamdulillah, mampu bertahan. hanya tinggal 17 hari lagi dan hari kemenangan menjelma. oh! seperti budak-budak mengira hari raya. hohO~ semalam gatal kaki menjengah ke Masjid Jamek dan Sogo serta kawasan sekitar. gila kau! hari Ahad okay. manusia memang berpusu-pusu. lautan manusialah! kat Sogo ada sale okay. 70% potongannya! mata berpusing-pusing bila tengok diskaun camtu. tangan ni gatal je nak capai beberapa helai baju dan seluar. eh eh sabar. semalam kuar dalam mood dating dan usha-usha je. hohO~ next week adalah mood menyerang tempat-tempat keramat ituuuuuu. jom jom jom kawan-kawan kita shopping raya. tak sabar nih! ops~ bukan hari sabtu or ahad ya. sila pergi time hari bekerja. senang dan selamat. boleh?

now, mata sangat kuyu dan perut meragam keterlaluan. alasan, semalam tak sahur dan tak cukup tidur sebab berjalan berdating seharian. kaki tercabut masa bangun tidur pagi tadi. luckily, ada gam gajah. boleh lekatkan balik. cilake. malam ni harus berjaga. siapakan secebis lagi assignment. caiyok3!

oh ya! menu hari ini. nasi kerabu + ayam percik + murtabak daging 2 keping + air jagung. banyak? lantak~ gila melantak kan.
mission : gain some weight.
hohO~

notaHujungKaki : berbuka tanpa rumet disisi. nasib baik ada kawan-kawan lain!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...