ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Monday, August 09, 2010

| selamat datang Ramadhan Al-Mubarak |


insyaAllah 11 ogos 2010 nanti bermulalah bulan Ramadhan al-mubarak. so siapa-siapa yg tak hingat niat puasa, jom jom jom kita praktis sekarang. nanti tak der la terkial-kial bukak buku cari niat puasa lak kan. so kpd sesiapa yg belom habis ganti puasa tu, ape cer? bila nak ganti puasa ni? tawun depan? tepuk dada tanyalah selera. makin besar selera, makin bertambah bilangan hari nak ganti puasa. oh itu sememangnya benar kan. well, penghidap gastrik bermusim akan bertambah secara tak langsung. aku kagum. boleh tak ini dikategorikan as satu keajaiban dunia? sebab penyakit gastrik ni ada musimnya sendiri. iaitu time bulan puasa je. hebat!

dan kereta-kereta jenazah dah diservis kot. maklumlah, bulan puasa ni kenderaan tu dah jadi kenderaan awam. nak bagi khidmat terbik buat yg ada penyakit bermusim tu ha. senang nak hangkut ke pejabat agama. free of charge. memang sangat menjimatkan. kanss??

oh ya. lepas ni rumah-rumah bujang akan tertutup je pintunya sepanjang hari. okaylah mungkin sebab diorang ada kelas or gi kerja. tapi kalau hari-hari termasuk hari minggu pun pintu tertutup rapat, ape cer?? masak maggi beramai-ramai ke bang? eh eh akak-akak pun sama. bulan mengambang katanya. hari-hari ke bulan mengambang cik kak? tragis betul. jom jom kita pergi pasar raya or mana-mana kedai esok. mesti stok maggi laku giler time ni. sebab semua dah hangkut bawak balik umah. senang nak memonteng puasa kan. cilake. drive thru mcD or KFC pun tak ketinggalan jugak. yg chinese n indian look mesti happy giler time ni. konfiden masuk drive thru, tapau sepuas hati then makan dalam kereta. aku rasa kena bagi cadangan kat pejabat agama suh diorang standby pegawai kat drive thru section, tak pun kat jalan keluar. abis je diorang beli kat situ, jalan depan sikit terus kena tahan dek pegawai agama. siap dengan bukti agi. ok x?

rokok? alah, masing-masing lepak dalam toilet je la pasni. kalau tak nak kantoi, bwk minyak wangi sikit. pas hisap rokok, sembur-sembur sikit then walah!! muka suci je kuar toilet. cam gampang. ingat senang ke bagi perokok tegar nak stop merokok untuk sehari? susah beb. eh eh eh aku tak merokok. ni kawan aku yg cakap. aku tak tawu betol ke tak.lalala~

yg peliknya kan. diorang ni la yg akan datang paling awal ke bazar ramadhan. tak caya, tengok ah nanti.

apa-apa pun, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dan SELAMAT BERPUASA.

notaHujungKaki : malam selasa dah start terawih taw!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...