ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Friday, August 27, 2010

| benci sangat-sangat |

pernah tak kau rasa benci sangat-sangat. rasa meluat sangat-sangat. kalau boleh nak lempang laju-laju orang depan kita. benci. bila dia bergurau dgn kau, bergurau pasal something yg kau sangat tak selesa. something yg kalau boleh kau nak lupakan terus. pijak pijak sampai lumat. tapi dia boleh lak gentel-gentel jadi bulat. tapi dia tak sedar yg kau benci gurauan tu. mereka tetap bergurau pasal something tu. mereka tak tahu apa-apa, it's just a joke kan tapi bagi kau mende tu pedih. macam menikam dada kau pelan-pelan dengan pisau yg sangat tumpul dan bergerigi. dirobek pulak dada kau. habis hancur berkecai organ kau. pedih sangat. tapi kau hanya mampu diam. takut. bimbang rahsia terbongkar. dia tahu kelemahan kau. lalu kau ikut sama bergelak ketawa, sembunyikan tikaman maha dahsyat tu. ketawa sampai pecah perut. berdekah-dekah. benci sangat kan.

pernah tak kau rasa benci giler-giler. bila kau suka someone. tapi kau tak mampu buat apa-apa. kau hanya mampu diam. dan kau perhati saja dia. gerak geri dia, senyuman dia, wajah sugul dia, wajah gembira dia. kau senyum bila dia senyum. kau susah hati sangat bila tengok dia muram. kalau boleh kau nak pergi peluk dia, berbicara dan hilangkan muram tu. tapi kau tak mampu, kau hanya mampu lihat. itu sudah memadai bagi kau. kau sering cakap 'aku suka kau'. kuat-kuat. tapi tak guna, kau cakap dalam hati je. pernah sekali hati kau meronta-ronta. dan air mata kau mengalir, 'jangan, dia bukan untuk kau hati.' kau tak mampu buat apa-apa. dia terlalu berharga untuk insan seperti kau. pipit tak akan mampu berganding dengan enggang. benci sangat kan.


comel kan dia ni. benci bila tak dapat kapel dgn dia. boleh? minat giler-giler.
*kredit encik google*

petik bintang paling cantik di langit, genggam erat sampai berkecai. apa kau rasa. nothing. tarik kanvas awan di langit, ukir nama mu sendiri. apa kau rasa. nothing.

hati aku tak mewah. biasa-biasa saja. sekadar hati. terpulang mahu menerima atau menolak. hati aku sekadar hati. nothing.

tapi aku sentiasa pastikan. hati aku menyanyangi kau. kalau dia curang, aku sendiri yg akan tikam. biar pedih!


notaHujungKaki : benci bila keseorangan.

*macam seronok je bila cakap pasal hati. nothing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...