ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Sunday, August 29, 2010

| berbuka puasa di Putrajaya - hampa. |

jalan jalan cari makan ke Putrajaya. hohO~ hari tu hari Jumaat kalo tak silap lah. beria-ia nak g bazar ramadhan kat Putrajaya. tak pernah pergi lagi tahun ni aku cakap kau. tu pun pergi dah lambat. ada la dalam pukul 6 camtu baru gerak dari kolej. gila tak. gila tak. aku dah risaukan kesesakan lalulintas yg melampau-lampau. eh hari tu cuti nuzul Quran. putrajaya cuti tak? tak kan? matilah jem teruk nanti. oh nasib baik tak jem. selamat.

sampai je, terus lompat dari kereta. berlari-lari anak ke bazar. okay aku tipu. kami berlenggang-lenggang mak inang je aku cakap kau padahal dah lewat giler nih. sekali usha punya usha ambik kau! sold out. nak makan ape. nasi abes. kuih pun tinggal hujung-hujung je. air lak tinggal ais jer. murtabak takyah cite la. memang licin. hampa beb. hampa. perut dah berkeroncong lagu raya berganti-ganti dengan lagu rock. mana leh tahan beb. usha lagi akhirnya jumpa jugak la air milo ngan kuih ape entah. kawan aku lagi 2 orang tu sempat la jugak cari nasik. aku tak sempat! nasik dah abes. sedih. pastu lepak makan kat monumen mesin masa kat putrajaya tu. aku makan kuih je. tetiba teringat kat mak. hohO~

gila hebat bazar kat putrajaya tuh. cepat betoi makanan sold out. orang-orang kat putrajaya tuh malas masak ke hape. kesian aku tak dapat makan. how? adeyh.

muka frust tak dapat makan nasik.

disebabkan aku tak dapat makan kenyang-kenyang masa berbuka tu aku ambil keputusan drastik dengan pemikiran yg paling rasional beserta alasan-alasan yg kukuh. mcD big mac large set!!! muktamad!

notaHujungKaki : shit! lupa lagi nak try GCB!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...