ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, August 25, 2010

| kapel atau tak sebenarnya |

jom kita tangkap leleh meleleh malam ni. wahaha. korang mesti pernah merasa perasaan menyanyangi dan disayangi kan. mencintai dan dicintai. okay tipu sangat kalau kau cakap kau boleh hidup sendirian tanpa ada sesiapa di sisi. boleh gila taw tak. camner nak berkembang bilangan-bilangan manusia kat Malaysian ni nanti kan. hohO~

okay itu bukan persoalannya.

pernah tak kau berkongsi kasih sayang dengan pihak lain. kiranya ala-ala bermadu la. okay fine kau kata madu itu manis. memang manis. sedap. itu kalau madu tu sama-sama give n take antara satu sama lain. kalau madu tu saling jeles-menjeles antara satu sama lain ibarat kalau jumpa boleh main tarik rambut sampai putus, ape cer bro. parah beb parah. so penyelesaiannya, sembunyikan hubungan korang daripada pengetahuan ramai dan jumpa senyap-senyap. matilah dah macam perempuan/lelaki simpanan.

ada satu kisah, A dan B sudah lama berkawan. tetiba muncul si C, berkawan dengan si B. C menaruh perasaan cinta pada B dan B menerima cinta tersebut. C tahu mengenai hubungan B dengan A dan C menerima A seadanya. tapi A tak dapat menerima C kerana bimbang B akan berpaling tadah dan menyebabkan hubungan mereka renggang. B jadi serba salah dan C terpaksa akur dengan keputusan B. hubungan B dan C terpaksa disembunyikan daripada pengetahuan umum. kesian C.

okay. cerita faham! kau tak faham? oh punyalah aku wat ringkasan seringkas-ringkasnya. kau tak faham jugak. isk isk isk. sila baca semula. terima kasot!

*****************************************************

hidup ini tak selalunya indah. juga tak seharusnya gelap kan walaupun kau gelap. setiap manusia berhak dapat kebahagiaan sendiri. lumrah alam kot weh. tipu kalau kau cakap kau bahagia dengan status single kau. single but unavailable. wadafak! tipu tipu tipu. tepuk amai-amai lah kalau nak tipu aku pun kan. kau jeles tak kalau orang yg kau sayangi sangat-sangat asyik cerita pasal orang lain, asyik keluar dengan orang lain. sekali lagi kau nak tipu kau tak jeles kan. kau normal ke tak. or kau pun buat perkara yg sama? betul jugak kan, kalau pasangan kita tu leh wat camtu kita pun boleh la wat camtu kan. bertolak ansur katanya. kan? kan? kan? seyes weh kalau aku dalam situasi tu, aku pun jeles giler giler baban tapi apakan daya. hanya mampu jeles dihati. eh eh itu kalau. sekarang tak, aku okay je. betul tak tipu nih.

seronok kan habiskan masa dengan org tersayang. jalan-jalan shopping raya. lepak-lepak kat taman. bukak puasa sama-sama. suap-suap lagik. tengok wayang tiap-tiap minggu. seronok.

siapa jeles sila angkat tangan. hohO~

okay. paling lama berapa lama korang bertahan dalam mood cinta? setahun? dua tahun? seminggu? ada kawan aku 3 minggu je. lepas tu bermacam-macam halangan yg datang. kesian. tapi dia tabah. rilex je dia aku tengok. kagum weh. andai aku setabah itu, alangkah bahagia hidup. tu la, bukan senang nak bagi komitmen terutama kalau cinta tu berlandaskan rupa paras dan hawa nafsu kan. kalau boleh setiap hari nak declare ngan orang yg berbeza. gila kagum aku. hebat!

tapi kan tapi kan. watper kapel kalau semuanya kena rahsia. tak bahagia langsung. tak leh nak jiwang-jiwang kat facebook kan. lantak~

jom kita kapel. boleh?

notaHujungKaki : nak sangat keluar shopping raya dengan dia!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...