ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Friday, August 27, 2010

| kau hati-hati sikit boleh? |

aku ni takder la kolot sangat. okay je dengan dunia sekarang. pempuan sekarang makin advance. aku okay je. lantak kau la kan. tangan yg menghayun buaian mampu menggegarkan dunia ke apa lebih kurang camtu la katanya. lantak. aku okay je. pempuan sekarang berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan lelaki kan. okay. fine. kau memang dah advance. aku memang respek abes la. ramai je pempuan jadi bos sekarang. lelaki lak jadi kuli. okay. aku okay je. tak kisah. dah rezeki kau kan.

yg aku kisahnya, bila atas jalan raya. hoih. aku langsung tak paham apa masalah kau. aku tak tahu camner kau boleh lulus ujian memandu pastu dapat lesen memandu. aku betul-betul pelik. apa jadah pon aku tak tahu. kalau slow, pergh dia punya slow siput pon leh pintas. muka selamba je duk lane paling kanan dengan halaju 50km/j. rasa nak sodok je bontot kete kau. tapi kalau kena yg jenis bawak laju, mak haih kau punya laju. asap pun aku tak sempat nak bau tau. mencanak. mat rempit pun sanggup sembah kau lah.


harap-harap aku tak ada kat jalan raya masa pempuan ni drive.
*kredit to encik google*

tadi aku nak kuar gi bazar. ada lak sorang pempuan bawak kete. terpampang sticker 'P' kat depan kete dia. mak haih selamba badak je dia berhenti tengah jalan lama-lama sebab nak turunkan kawan dia. apa jadah kau berenti tengah-tengah jalan tu. cilake. punyalah besar ruang, tengah-tengah jalan jugak kau nak berenti kan. selalu jugak kat atas jalan raya time aku tgh khusyuk memecut 140km/j tetiba ada kete masuk lane kanan pastu slow slow mak inang gitu. hangin beb hangin. aku terpaksa tekan brek beb dan potong belah kiri. salah tu potong belah kiri. aku usha la pemandu kete tu. tu dia pempuan!! baik punya duk reply sms. cilake. aku carutkan puas-puas. tapi dalam hati je la.

kadang-kadang nak maki tak sampai hati. yelah, kau selalu wat muka comel kan walaupun terang-terang kau salah. ada yg bagi signal belah kanan, tetiba pusing belah kiri. kete kau tu short circuit ke hape. tetiba suis signal tertukar. cilake betoi. bercerecek bunyi brek nak elak kete kau. lagi satu time nak kuar dari simpang. tu dia kau punya muncung kete terjulur lebih. satu keje lak aku nak elak muncung kete kau tu. langgar kang dikatanya salah aku. hangin beb hangin. pastu muka tak menggambarkan yg kau bersalah kan. memang stok kena maki betoi.

itu kete. kalau motor? sama jugak. kalau laju, huh aku nak kejar memang tak sempat lah. tapi kalau slow, haih. bosan pulak aku nak ngikut. nak nak kalau jalan sempit dan aku tengah bawak kete follow belakang dia. rasa nak patah balik je. lembap! rupa-rupanya tangan satu lagi duk sibuk balas sms. woi. aku pun ada henpon jugak lah! tak menyabor nak balas sms tu. cilake.

yela yela aku tawu bukan semua pempuan camtu. tapi sebab ade yg camtu la aku jadi hangin. ada je lelaki yg cmtu, tapi aku nak wat camne kan dah asal kejadiannya lelaki memang lebih brutal dan selamba. bukan salah aku pun. kau pempuan, alangkah baiknya bersopan santun berhemah tinggi. kan. susah-susah sangat kau naik bas je lah. senang.

cantik kan kete kat belakang pempuan tu. pempuan tu? hurm..lite lite aje.
*kredit to encik google*

notaHujungKaki : sticker 'P' mmg utk perempuan ke?

1 comment:

farah diaz said...

P utk pondan...haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...