ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Thursday, August 12, 2010

| kisah di awal puasa |

sejak dua tiga menjak ni aku ada terperasan something la. tak tawu la kau perasan ke tak kan. kat fesbuk aku tu ada macam-macam bisnes dah. dulu-dulu sebelum start pose, berlambak-lambak org sibuk duk wat iklan barang diorang. shawl corak-corak la, kain pasang bermutu tinggi la, beg home made la, beg import dgn harga murah la. gigih kau kan. yelah-yelah bisnes ni bagus. menambah pendapatan. tapi yg sadisnya, sampaikan spender pun jual online?? ayo~ ape cerita tuh. nasib baik kau tak tag aku kat spender tu kan. kalau tak, mau aku serang fesbuk org tuh. gila.

tidak. blog aku tidak menjual shawl. harap maklum.
*kredit to hencik google*

itu sebelum puasa. ni sekarang dah start bulan puasa, dah tak ada lak iklan-iklan camtu. okaylah ada la sikit-sikit. yg jenis start lambat sikit. bisnes planning katanya. tapi yg paling maju skrg, iklan makanan. adoi. time-time org tgh lapar la kau sibuk duk promote makanan kau kan. ayam percik 3 lapis la, ais blended hancur berkecai la, jus mangga minggu lepas la, coklat cair la. haih~ dugaan betul. tak kurang jugak promote kuih raya. punyalah gigih nak beraya. almond london atuk saya, kuih semperit sembelit, kek span kak kiah, kuih koci berlapis-lapis. hoh?! memang menggugat iman betul. sedap tu weh! tapi kadang-kadang seronok tengok diorang berbisnes bagai nih. macam meriah je wall fesbuk aku tu. nak-nak bila diorang tag aku kat produk tu. last-last bisnes kemana, diorang bantai berborak kat produk tu. jadinya, notification aku 18 ratus setiap 1 jam. hampes~

aku pun terfikir nak wat bisnes gak nih. siapa ada cadangan? aku ingat nak wat bisnes megi hot cup. senang bagi mereka yg nak memonteng pose tu. cilake.

tu la.meriahnya pose kan. gigih masing-masing buat bisnes. eh eh ak ada terbaca kat wall fesbuk, ada orang dah start main mercun semalam. gila. baru sehari pose dah main mercun? adakah ini satu teknnik pemasaran? kut-kut nanti ada la jiran tanya, beli kt mana mercun tu? hah. untung tokey mercun tu. dpt menambah customer. entah-entah yg main tu anak tokey, saje nak promote mercun bapak. sekali yg bertanya tu polis, hah! naya. beraya dalam lokap. padan muka hang. eh tak ada pulak yg wat bisnes mercun online ek. siapa nak? angkat tangan! jom beraya kat lokap beramai-ramai. gampang. jgn main mercun lah. bahaya. kang putus segala-gala yg boleh putus. siapa mau jawab? dulu masa aku kecik-kecik, aku camtu gak. gila mercun. meleleh air liur bila dengar dentuman mercun tu. terus lupa pasal terawih. eh eh aku main mercun time malam je okay. ape barang siang bakar menda alah tu. tak feel la kan. tapi skrg, dah besar pnjang muka pun dah hensem sikit so tak fikir dah pasal mercun tu ha. eh tapi kalau ada, aku bantai jugak la. hohO~

jangan main mercun kalau sayangkan nyawa kau!
*kredit to hencik google*

awal-awal pose ni tak ada masalah sgt la time nak bangun sahur. gigih je masing-masing. last-last kelas pun tak pergi sbb bantai tidur lepas sahur. terlajak terus ke tengah hari. cilake. asal la tak terlajak terus ke maghrib. boleh terus berbuka. hohO~ makruh pose tidur lama-lama. semalam hari pertama ke bazar ramadhan. gila ramai manusia. berduyun-duyun. tak nampak gerai dah. nampak orang je. kalau lah bukak pose leh makan orang. haha. hari ni gi awal sikit lah. eh eh bukan bermaksud aku tak puasa okay!

model yg sangat popular. jom jom reramai kumpul depan tibi dengar dia wat pengumuman raya. eh eh pose baru 2 hari lah!
keh keh keh.

notaHujungKaki : kelas pukul 9. gigih ni taknak tidur lepas sahur. takut terlajak lagi.

1 comment:

sue@p.l.e.i.a.d.e.s said...

bisnes mercun cun gak.. jum3...haha..

salam ziarah..hoho~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...