ouch!
Wednesday, December 22, 2010
| Hantu Kak Limah Balik Rumah |
| bingit lah! |
hola. selamat hari rabu boys and gurls. now cuaca agak mendung sikit. jap lagi hujan lah tu. dah nampak kilat memancar-mancar. now aku masih lagi di UPM tercinta. dalam proses wat final year project katanya. tapi haram! satu jadah haram pon tak buat lagi. proposal aku percaya masih lagi tergantung cantik depan bilik supervisor kitorang. mana ntah perginya supervisor tuh. bercuti kot. takkan pergi haji x balik-balik agi. pelik. shopping sakan ke hape kat Mekah nun.
srooot srooot. sadis sangat bila kena flu nih. actually baru baik demam. tinggal selsema je. shit. suara sengal. kalo karok ni sure sedap. serak serak basah gitu. Ramli Sarip pon menangis la kalau dengar. kihkihkih. sebut pasal karok nih, ada la hamba Allah tu dah la menumpang kat blok kami. siap bawak mic ngan speaker, diorang boleh bantai karok dalam blok tak kira waktu. memekak kot. kalau suara sedap, aku nak la jugak tunjuk double thumbs up kat depan diorang. nih suara haram. sumbang yg amat, pecah koyak rabak terus. pitching lari. high note low note hancuss. hampir-hampir nak gi tunjuk double middle finger depan diorang. well, aku kan baik. tak boleh wat camtu. nape nak rosakkan imej wat menda-menda camtu kan. dengar je la suara diorang yang lite lite je tu. lantak lah. lagi kuat diorang melalak, lagi kuar aku pulas volume speaker aku. biar bergegar bilik nih dengan lagu-lagu Maher Zain. aman! kihkihkih.
cuti ada lagi 2 minggu lebih kurang. dah nak masuk sem baru. my very last sem! yeay. tak sabar nak abes belajar, nak kerja. nak pegang duit sendiri. yezza.
ehem. tinggal lebih kurang 9 hari lagi nak masuk tahun baru. so aku nak cakap satu je la. toksah nak berangan bagai nak pasang azam tahun baru kalau azam tahun lepas satu haram pon hangpa tak buat. bullshit azam bagai. *tak terasa. tak terasa.
okay. selesai sesi melalut.
Wednesday, December 15, 2010
| selamat hari lahir mak! |
hari ni 15 Disember 2010. genap umurnya 52 tahun. ya Allah. dah tua rupanya mak aku nih. tapi kekal bersusah payah demi memastikan anak-anaknya dapat pendidikan yang secukupnya. dia taknak anak-anak jadi macam dia, pendidikan tak tinggi. dia taknak masyarakat pandang serong kat anak-anak dia.
Monday, December 13, 2010
| topup celcom rm10 |
Friday, December 10, 2010
| cara aku handle masalah |
hello. malam ni aku sorang sorang je duk kat kolej. eh bukan malam je. siang tadi pon duk sorang sorang je. takper. takder hal la. hati mau kental beb. menangis sebab kena tinggal ke, meraung sebab bosan ke tu belakang cerita ah ye dak?
okay. aku nak story mori sikit nih. ada la sikit moral of the story kata omputih. benda-benda mulia ni kita kena la kongsi ye dak?
ya. straight to the point.aku mula dengan cerita sikit. ala, bagi kau semua feel dulu la kan.
dua malam lepas, aku dan Miss M kuar makan kat luar. restoran ape benda ntah namanya. tak sempat nak tengok nama. asal nampak macam restoran je aku pon lepak je ah.
"order bang". tanya tukang ambik order kami 30 saat lepas kami duduk dengan penuh gaya. hidup mesti mau gaya.baru org tengok kagum!
aku pun order apa yg patot. Miss M pon leh tahan gak dia punya melantak.takper. takder hal. lapar kot. brader ambik order tadi terhangguk-hangguk tanda paham. tangan ligat tulis atas kertas kecik. lepas settle, brader lap lap meja sikit terus blah ke dapur. semangat brader nih. bagus!
aku pun layan borak borak ngn Miss M. pasal politik. pasal isu semasa. pasal belanjawan tahun baru nnti. pasal holiday. selang 20 minit, makanan kami smpai. just perfect! semua ada. takder yang tertinggal. air jus tembikai aku sedut dua tiga kali. pekat!
aku dan Miss M makan. layan. sedap. after selesai, aku angkat tangan panggil brader tadi suh kira. jerit-jerit aku tak main. takda kelasss. sambil angkat tangan mulut aku berbisik 'bill please.' brader tu dengar ke tak dengar tu belakang cerita. aku dah buat isyarat tangan. brader tu datang dengan gayanyer sambil tangan seluk poket depan apron sambil keluarkan kalkulator. Miss M sibuk lap mulut ngan tisu sambil kontrol ayu.
'makan ape bang?' gentleman gila suara brader ni.
aku dah pening dah cuba nak ingat apa yg aku makan tadi. berkerut dahi aku nak sebut makanan aku order tadi. bila aku dah ingat, aku terus angkat muka dengan yakin.
BigMac set besar dengan McChicken Deluxe set medium. aku senyum puas.
brader tu aku tengok perlahan-lahan pusing ke belakang lepas cakap 'jap ye bang, sy ambik kertas order tadi.'
aku senyum. Miss M dah merah mukanya.
sekian.
so moral of the story. kita sebagai manusia yang matang ni tak perlu marah-marah. sometimes problem ni kita kena handle dengan penuh profesional. tengok cam aku. rilex je. hati kena cool beb. senyum jangan lupa.
notaMoral : nak cuba boleh, tapi tengok keadaan jugak la yek. kalau kena brader brutal yg amek order, jangan sesekali buat aksi tu. customer not always right. silap-silap kaki meja atas kepala kau. [ cerita ada sedikit unsur rekaan bagi menambah perisa ]
| pensel dan pemadam |
| personaliti menurut bulan Islam |
hai. salam malam Jumaat. kehkehkeh. post kali ni aku nak bawak satu kelainan sikit. cuba teka apa dia. teka la. teka la. gedik sangat. okay. post kali aku nak bawak kita kenali identiti seseorang melalui bulan kelahirannya. ops. bukan bulan biasa biasa tu ye. ni kelahiran dalam bulan Islam. ha. kan satu kelainan tu. apa barang tengok melalui bulan Januari Februari bla bla bla tu kan.sempena nak hujung hujung tahun ni, meh la kita sama-sama lihat siapa sebenarnya kita. xoxo. yezza. jom cekidaout!
MUHARRAM - anda seorang yang pendiam dan sihat akalnya. mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna. jika dididik dengan baik, anda boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada pada anda. anda mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaan selamat.
SAFAR - tabiat anda buruk.anda tidak suka mengakui kesalahan.ibu bapa anda perlu mendidik anda bagi menghilangkan tabiat buruk itu. jika tidak kehidupan anda akan menjadi lebih susah dikemudian hari. namun, jika anda melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL - perwatakan anda baik.mungkin anda akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.dalam pekerjaan ramai yang sukakan anda.sifat negatif anda termasuklah kurang sabar, keras hati dan mudah marah.
RABIULAKHIR - perwatakan anda jahat. hati anda tidak tetap. fikiran dan kemahuan anda pula lemah, buruk nafsu, berwatak kasar dan seseorang yan suka memukul.kehidupan anda menjadi sukar kerana tabiat buruk anda itu. ibu bapa menempuh kesukaran dalam mendidik anda.
JAMADILAWAL - anda mempunyai keyakinan diri yang tinggi. anda berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh dan merbahaya. keberanian anda akan membuahkan hasil dan juga kadangkala menemui kegagalan.
JAMADILAKHIR - berwatak berani dan hormat kepada orang lain.orang yang kaya dengan ilmu dan kepakaran. apabila sedar akan kesilapan dan kekeliruan, anda mudah mengakuinya. bila anda tahu anda benar, pendirian anda keras dan tidak mahu mengalah.sewaktu kecil, ibubapa anda perlu mendidik anda dengan baik agar sifat-sifat yang baik menyerlah. jika baik asuhannya, maka anda adalah anak yang akan menyenangkan ibu bapa dan keluarga.
REJAB - sewaktu kecil anda seorang anak yang degil dan nakal. ibu bapa anda patut mendidik anda dengan baik agar anda dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. ketika sudah dewasa, anda suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.ini agak berlainan dari sikap anda ketika kecil.walaubagaimanapun, hidup anda selamat dan sentosa.
SYAABAN - perwatakan anda baik.hidup anda selamat dan rezeki anda tidak putus-putus. sewaktu kecil, anda mudah mengalah dengan kawan-kawan. kelakuan anda baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang kepada anda. ketika dewasa, anda akan berjaya dalam segala kerjaya dan mudah mendapat rezeki.
RAMADHAN - anda baik, pendiam dan suka merendah diri. anda tidak angkuh kepada teman yang dikenali. anda tidak suka menonjolkan diri. kehidupan anda selalu selamat.
SYAWAL - perwatakan anda keras. hati anda keras. anda tidak suka dikalahkan oleh orang lain. hal ini membahayakan hidup anda. didikan yang betul diperlukan supaya kehidupan anda kelak tidah susah kerana perangai keras hati anda. dan anda selalu bergaduh terutama dalam isu mencari rezeki.
ZULKAEDAH - pendiam. banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi perkara buruk. anda banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti anda kan mendapat hasil yang sangat baik. tapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, perbuatannya kadangkala menjadi sangat keliru. anda seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir.
ZULHIJJAH - jika anda jahat, anda terlalu jahat tapi jika anda baik, anda terlalu baik.anda sering mendapat padah atas perbuatan anda sendiri. anda sukar mengawal perasaan, kadangkala terlalu berlebih-lebihan dan sebaliknya.sukar mempertimbangkan akan baik buruk perbuatannya. seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
notaBulanIslam : aku lupa aku lahir bulan apa. aih.
Thursday, December 09, 2010
| kita dan EGO |
| tolong jangan jadi DIVA yer? |
oh ya. aku nak habaq mai. kita sebagai manusia ni, kena la sedar kita ni siapa. bumi mana kita pijak hentak. langit mana kita junjung. okay.
agak klise bunyinye.
kita ni sebagai manusia, sedar la sikit taraf kita. belajar kita tu tahap mana je? gaji kita ribu riban tu tahan sampai bila je? kete kite yg besar gedabak laju berdesup tu kalo eksiden kemik jugak. rumah besar 100 km dan nampak bumbung tu kalo terbakar, abes jugak.
so tak perlu la kita nak berlagak jeling-jeling orang sebelah hanya kerana dia agak berlainan dan nampak tarafnya rendah dari kita. tak perlu semua tu. tak perlu. dia manusia, kita manusia. sama je. apa kata kalau kita simpan ketat-ketat, genggam kemas-kemas perasaan EGO kita tu. jangan tonjolkan. malu la.
boleh? sama-sama la kita ye.
notaEgo : simpan je lah perasaan DIVA melets kau tuh! boleh?
*post yang agak sopan santun. aku hampir muntah 18 belas kali masa nak taip. pernah ke aku jadi sesopan ni?
Wednesday, December 08, 2010
| al-kisah formSpring |
Friday, December 03, 2010
| hati dan perasaan |
kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk diam di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. jangan harapkan cinta sebagai balasan. nantikan sahaja ia mekar di hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya boleh jadi palsu. jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, perhilag kemana-mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana nada hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan diri anda kuat, kesediahn yang cukup untuk memastikan anda adalah seorng insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah yang ia mungkin akan menyakitkan orang lain juga.
kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memliliki segala yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam kehidupan mereka. kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang tealah mencari dan mereka yang telah mencuba. hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Wednesday, December 01, 2010
| kenangan MRSM |
Thursday, November 25, 2010
| lelaki dan sifat A to Z |
Thursday, November 18, 2010
| nikah gantung |
Wednesday, November 17, 2010
| jangan kecewakan orang yg mencintai kamu |
| salam eid al-adha |
Wednesday, November 10, 2010
| 30 perkara perempuan taknak bagitau lelaki |