ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, June 30, 2010

| diari hatiku..eh?! boleh? |

ouch! lama x hapdet blog nih.bersawang.padahal baru bape hari tak hapdet kan.haha.maklumlah sejak dua menjak jadi blogger tegar nih hati dan perasaan memberontak mengamuk nak hapdet blog tapi apakan daya kesihatan tidak berapa nak mengizinkan.adeyh! saje dengki kat aku kan, tak bagi aku hapdet blog.tetiba ada satu suara berbisik "kau merungut kat siapa? siapa yg bagi kau sakit, dan bagi kau sihat?" oh.menusuk terus ke ulu hati.pedih.dush! inilah manusia, asyik merungut je kan.ya! aku masih manusia.tahniah! erk.erk.erk.

26 jun 2010, ke Sunway Lagoon lagi bersama tuan rumah, Ahmad Mahyuddin.ehem ehem dia belanja ok.terima kasih din.sayang kamu lebih.puas berendam kat sunway tu, balik umah aku dah rasa lain. leher macam sakit macam terbelit urat saraf, tekak perit semacam dan kepala berat macam ada batu dalam otak.damn! baru 2 minggu lepas aku mengalami demam dan kini demam datang lagi.nampak sangat dengki kat aku.ya ampun! aku merungut lagi.panggg!!! diam~

dalam demam-demam tu, aku sempat memandu sampai ke UPM then ke Mydin Subang beli barang-barang utk kiosk kolej then balik UPM.hoh.masa tu memang flat giler-giler.rasa nak tumbang je masa tu.luckily, nak balik Shah Alam si Munie yang sgt gojes pandu.leh aku rehatkan diri (tak rehat sangat la bantai berborak je dengan dia takut-takut dia lost control lak memandu sorang-sorang.huhu.)


seronok kalau ada yang tuamkan aku camni.oh giler aku akan menangis terharu.sila percaya.

dan Isnin aku sangat dalam keadaan yg lemah.kepala tersangat berat tapi memandangkan aku bakal keseorangan kalau duk kat umah je, aku gagahkan diri pergi ofis.muka agak lemau masa tu dan rasa nak pitam je.gila! masa tu memang nyesal giler sebab tak ambik MC je.ayo.belagak punyer pasal.padan muka aku.tepuk tangan.panggg!! lepas lunch aku pun pergi sofa belakang, tidur.memang tak sedar apa dah masa tu.bos lak takder dan staf ramai yg keluar ada kerja.hebat! terbongkang tidur kat belakang.oh ok aku tipu.aku tidur dengan sopan ya.betol! balik rumah, aku sambung tidur.maklumlah hari tidur sedunia.pangg lagi sekali.

Selasa.lecturer dari UPM dtg observe kami kat sini.lagi sekali aku terpaksa gagahkan diri pergi ofis.masa tu dah tak teruk sangat demam.kira ok la sikit.cuma suara tak bape sedap dan kepala masih berat.aku pun diam je tak banyak cakap sangat.ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.wah! panggg! lama pulak lecturer tu datang tengok kami.ayo! suka borak-borak dengan dia, banyak suggestion yang dia bagi.membuka minda.hebat! yang tengah-tengah demam ni pon semangat bila dengar dia bercakap.(poyo jer..;p)

dan hari ini Rabu.aku sihat.cuma tekak je sakit.petang ni mahu berenang.hahaha.nakal betol.baik je demam terus mahu pergi berenang! kalau demam balik, padan muka kau tau!!!! disebabkan hari ini otak mula berfungsi dengan baik.maka terhasil la entri ini.entri yang agak senget.sebab otak masih senget sikit.boleh?
hohOO~

notaHujungKaki : seksanya demam.sakit badan, sakit kepala, sakit tekak, mata pedih.ayo.syukur sekarang dah sihat.syukur sangat2!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...